Assalaam alaykom sisters... I'm back with smile!!! Just thought I'd share my Eid outfits this year... hope not too late.. hehe. Cabaran utama tahun ini adalah menyusun pakaian untuk sedondon warna dengan anak-anak. Maka perkara pertama yang saya buat adalah senarai tema warna hari pertama sehingga hari keempat. Tahun ini diterbalikkan saya mencari pakaian anak terlebih dahulu kemudian pakaian Umy dan Aby. Yang paling sukar adalah mencari baju melayu untuk EAQ dek kerna saiz terhad dan warna yang dijumpai agak terang benderang seperti bulan purnama. hehe.
Dimulakan dengan raya pertama, hajat mahu memakai maroon atau hitam lagi tetapi dek kerna tiada baju melayu Maroon akhirnya kami sekeluarga memilih hijau kusam atau warna 'moss green' yang kebetulan sedondon pula dengan warna uniform pesakit di wad hospital. oppss! Alhamdullilah dapat juga saya mencari baju melayu anak-anak dengan kebatasan masa dan ruang kerna saya hanya mampu shoppin' di sekitar Shah Alam sahaja. huhu. Cabaran kedua adalah untuk matchin' tudung dengan pakaian anak-anak agar Umy tidaklah keseorangan warna berbeza dan pastinya apabila tahun ini pulang ke Penang menaiki pesawat, perkara paling sukar adalah menghadkan pakaian. Senarai pakaian adalah rujukan utama agar tidak membawa lebih muatan.
Okay... jom lihat apa yang kami sarungkan sepanjang sambutan Eid Mubarak. Yang pasti Umy Cyana beraya tanpa handbag kerna perlu menggalas bagpack sahaja untuk memudahkan barangan EAQ sentiasa dibawa bersama.
1st Syawwal... persalinan moss green yang sedondon lil' Emir dan lil' Eijaz dengan hijab berwarna hijau lumut
tahun ini tak sempat OOTD, makanhanya ini gambar yang ada bersama my SIL Fateyn yang juga tahun pertama beraya bersama putera mereka lil' Amal
2nd Syawwal dengan persalinan batik dari Parca kerna anakanda EAQ juga memakai kemeja batik... owh tahun pertama juga saya mengenakan baju design kurung kedah dengan hijab gold. hehe
3rd Syawwal saya mengenakan semula baju kurung yang sama design dengan raya pertama dari butik Imaan
owh.. kasut terpaksa casual putih dek kerna travelling dan tak dapat membawa kasut lebih dari sepasang
lil' Eijaz dan lil' Emir mengenakan Tshirt merah agar sama ton Umy
4th Syawwal saya mengenakan batik dari Parca... nampaknya tahun ini membeli design sama je
batik berwarna oren dengan kasut putih.. hehe
kemudian raya seterusnya saya mengenakan semula baju kurung maroon dipadankan dengan tudung light orange dan lil' Eijaz mengenakan Tshirt merah yang sama.. hehe
Menghadiri Rumah Terbuka Peringkat Negeri Selangor dengan baju batik dan anakanda EAQ mengenakan Tshirt kuning dan seluar ton sama baju Umy
collage gengPS untuk pakaian raya kedua
Our BEST family photo... (sila abaikan lil Emir yang sibuk dengan Elmo)
I'm very happy with my eid outfit as it was comfortable.
Just take a second to appreciate yourself and keep smilin'. Alhamdullilah.
No comments:
Post a Comment