Assalam alaykom... masih lagi cerita Eid Mubarak yang mana persiapan raya dengan gambar yang beribu lemon maka entry juga bersambungan sementara masih dalam mood update blog. ahaks! Seperti kebiasaan para ibu semestinya mahu memberikan yang terbaik untuk keluarga dan semestinya saya yang sedikit cerewet mahu penampilan yang kemas, bergaya dengan kos yang minima. hehe. Survey pakaian raya telah bermula sebelum Ramadhan lagi. Selalunya sebelum membeli saya akan door-to-door shoppin' di beberapa butik atau kedai yang biasa dikunjungi. Jika dahulu perlu mencari pakaian untuk hubby Moose kini tambahan pula pakaian untuk dua hero kecil yang mana cabaran utama adalah mahu mencari sedondon dengan saiz berlainan. Oleh itu, tidak hairan sebagai Ibu saya akan pergi ke sekurangnya tiga kedai sebelum membuat pilihan. hiks.
Sambil bercerita dengan gambar untuk kenangan bersama.. owh tahun ini menarik juga bila saya perlu membawa bersama dua-dua putera untuk membeli-belah pada hujung minggu dek kerna hubby Moose banyak bertugas di luar kawasan. Dengan gigih, Umy Cyana membawa lil' Emir dan lil' Eijaz walau dalam kekalutan melayan mereka berdua, saya harus juga pergi ke favourite spot anak-anak yang saya namakan 'market' iaitu bahagian basah di supermarket untuk melihat jualan ikan, sotong, udang... lil' Emir pada usia ini sangat gemar explore dan setiap haiwan yang dilihat mahu dipegangnya. Lepas itu, jangan lupa cuci tangan. hehehe. Tetapi tips jangan bawa ke kedai toys!!! Big NO! NO!
tamar chocolate
look at my lil' Boov yang sentiasa mencuit hati
candid by Emir
sebelum raya, kami singgah ke taska lama lil' Eijaz untuk menyampaikan hadiah kepada bekas penjaganya sebagai tanda penghargaan menjaga putera Pooh
bergambar bersama penjaga lil' Emir dan lil' Eijaz di taska
lil' EAQ ready untuk shoppin'
happy kiddo
sesi mengenal ikan
lil' Emir belajar membeli barang dan membayar di cashier
lil' Emir merasai pengalaman membakar lemang mainan.. hehe
sesi mengacau dodol.. hehe
hadiah untuk kakak-kakak yang menjadi teman sepermainan
baju yang di survey awal tidak dapat dibeli kerana ketiadaan saiz pada saat akhir. maka tema akhirnya bertukar ke hijau
akhirnya dapat membeli baju melayu anakanda EAQ di SACC Mall
Tshirt untuk anakanda EAQ
koleksi kasut lil' Eijaz
koleksi kasut terkini bersaiz UK8 untuk lil' Emir
koleksi pakaian raya untuk anakanda EAQ
pakaian keluarga untuk raya pertama dengan ton hijau
pakaian keluarga untuk raya kedua dengan tema batik
sesi susunan pakaian untuk packing pulang ke kampung halaman
survey baju melayu untuk hubby Moose
gigih Umy bawa baju lil' Emir untuk memudahkan pencarian baju Aby Moose
finally dapat juga baju melayu hubby Moose di outlet Uniqlo Empire
sesi menyusun pakaian... sememangnya hitam yang menjadi pilihan utama
sesi mrs Cyana mencuba kasut... I really miss Doc Martens!
sesi pilihan kasut raya merangkap kasut kerja
senarai pendek kasut.. hehe
kasut yang menjadi pilihan
happy me!!! dapat sepasang kasut putih
butik Imaan yang kini berada di aras bawah memudahkan pelanggan... terus park depan kedai
lil' Eijaz teman Umy Cyana membeli-belah saat akhir untuk mencari baju sama warna
Pastinya saya akan ke butik yang tertutup agar mudah anak-anak bermain sementara menunggu urusan pembelian
one for the album!
cincin for Eid!!!
happy me! koleksi cincin yang disusun rapi
sesi percubaan baju berwarna oren
lucky me mendapat baju kurung ready made yang menjadi kegemaran
baju kurung dari Imaan Boutique dengan potongan ala baju kurung Pahang
shortlisted warna hijau
seterusnya pilihan baju bertema batik agar sedondon dengan pakaian anakanda EAQ
last but not least!!!! my must have POSE with shoes!!!
Alhamdullillah... rezeki dikongsi bersama keluarga. Paling gembira apabila lil' Emir memahami bila diberitahu baju raya dan dikatanya "Ini baju baru. Siapa beli Umy?" itu soalan lazim yang sering menjadi dialog anakanda Emir yang petah berkata-kata. Benar apabila mempunyai anak mereka yang diutamakan agar riang menyambut Eid Mubarak. Semoga sedikit perkongsian ini menjadi kenangan bersama keluarga. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment