Thursday, September 6, 2018

* Simply Black *

Assalam alaykom....Black is forever my favourite color! Sehingga kini saya masih lagi meminati warna hitam.  Sejak dari zaman bangku sekolah saya gemar memakai tshirt hitam dan apabila masuk ke zaman universiti saya bermain dengan warna-warni dan kemudiannya pabila melangkah ke alam pekerjaan saya lebih kerap menyarung pakaian berwarna hitam atau lebih mudah warna majoriti dalam jadual harian. Maka tidak hairan jika saya mempunyai koleksi yang hampir sama, beza hanya pada design tetapi semuanya berwarna hitam. owh.. cincin, tudung, handbag, kasut malah kereta juga pilihan warna adalah hitam. easy me! hiks. 

Simply Black adalah perkongsian entry warna kegemaran dan kebiasaannya setiap hari Isnin saya akan mengenakan hitam from head to toe. Sampaikan kereta juga dicatnya hitam.. ahaks! Lucky me anak-anak tidak semestinya hitam tetapi wajib ada koleksi hitam. hehe. 

my current favourite outfits

and this is my favourite reflection

OOTD baju kurung yang jarang-jarang berlaku.. hehe


OOTD kebaya


OOTD black skirt

OOTD Abaya

OOTD fittin' room


OOTD jubah


OOTD kebaya labuh... one of my favourite outfit


OOTD collage with my beloved hubby Moose yang segak bergaya sewaktu bekerja di Parlimen

#blackisbeautiful 

Wednesday, September 5, 2018

* BTS of OUR Eid Mubarak's Preparation *

Assalam alaykom... masih lagi cerita Eid Mubarak yang mana persiapan raya dengan gambar yang beribu lemon maka entry juga bersambungan sementara masih dalam mood update blog. ahaks! Seperti kebiasaan para ibu semestinya mahu memberikan yang terbaik untuk keluarga dan semestinya saya yang sedikit cerewet mahu penampilan yang kemas, bergaya dengan kos yang minima. hehe. Survey pakaian raya telah bermula sebelum Ramadhan lagi. Selalunya sebelum membeli saya akan door-to-door shoppin' di beberapa butik atau kedai yang biasa dikunjungi. Jika dahulu perlu mencari pakaian untuk hubby Moose kini tambahan pula pakaian untuk dua hero kecil yang mana cabaran utama adalah mahu mencari sedondon dengan saiz berlainan. Oleh itu, tidak hairan sebagai Ibu saya akan pergi ke sekurangnya tiga kedai sebelum membuat pilihan. hiks. 

Sambil bercerita dengan gambar untuk kenangan bersama.. owh tahun ini menarik juga bila saya perlu membawa bersama dua-dua putera untuk membeli-belah pada hujung minggu dek kerna hubby Moose banyak bertugas di luar kawasan. Dengan gigih, Umy Cyana membawa lil' Emir dan lil' Eijaz walau dalam kekalutan melayan mereka berdua, saya harus juga pergi ke favourite spot anak-anak yang saya namakan 'market' iaitu bahagian basah di supermarket untuk melihat jualan ikan, sotong, udang... lil' Emir pada usia ini sangat gemar explore dan setiap haiwan yang dilihat mahu dipegangnya. Lepas itu, jangan lupa cuci tangan. hehehe. Tetapi tips jangan bawa ke kedai toys!!! Big NO! NO!

tamar chocolate 

 look at my lil' Boov yang sentiasa mencuit hati

 candid by Emir

sebelum raya, kami singgah ke taska lama lil' Eijaz untuk menyampaikan hadiah kepada bekas penjaganya sebagai tanda penghargaan menjaga putera Pooh

bergambar bersama penjaga lil' Emir dan lil' Eijaz di taska

 lil' EAQ ready untuk shoppin'

 happy kiddo

 sesi mengenal ikan

 lil' Emir belajar membeli barang dan membayar di cashier

 lil' Emir merasai pengalaman membakar lemang mainan.. hehe

 sesi mengacau dodol.. hehe

 hadiah untuk kakak-kakak yang menjadi teman sepermainan 

sesi carian baju melayu untuk anakanda EAQ


baju pilihan tetapi tiada saiz 

baju yang di survey awal tidak dapat dibeli kerana ketiadaan saiz pada saat akhir. maka tema akhirnya bertukar ke hijau

akhirnya dapat membeli baju melayu anakanda EAQ di SACC Mall

Tshirt untuk anakanda EAQ

 koleksi kasut lil' Eijaz

 koleksi kasut terkini bersaiz UK8 untuk lil' Emir

 koleksi pakaian raya untuk anakanda EAQ

pakaian keluarga untuk raya pertama dengan ton hijau

 pakaian keluarga untuk raya kedua dengan tema batik 

sesi susunan pakaian untuk packing pulang ke kampung halaman
  
 survey baju melayu untuk hubby Moose

 warna yang dicari adalah hijau 

gigih Umy bawa baju lil' Emir untuk memudahkan pencarian baju Aby Moose 

finally dapat juga baju melayu hubby Moose di outlet Uniqlo Empire 

 sesi menyusun pakaian... sememangnya hitam yang menjadi pilihan utama

 sesi hubby Moose dan lil' Emir shoppin' kasut



 so cute!!!!

 sesi mrs Cyana mencuba kasut... I really miss Doc Martens!

 sesi pilihan kasut raya merangkap kasut kerja

 senarai pendek kasut.. hehe

kasut yang menjadi pilihan

 happy me!!! dapat sepasang kasut putih

kasut raya yang belum dipakai pose atas meja.. hehe. Selamat Bercuti Eid!

butik Imaan yang kini berada di aras bawah memudahkan pelanggan... terus park depan kedai

lil' Eijaz teman Umy Cyana membeli-belah saat akhir untuk mencari baju sama warna 

Pastinya saya akan ke butik yang tertutup agar mudah anak-anak bermain sementara menunggu urusan pembelian

 one for the album!

 cincin for Eid!!! 

happy me! koleksi cincin yang disusun rapi


sesi percubaan baju berwarna oren

 lucky me mendapat baju kurung ready made yang menjadi kegemaran

 baju kurung dari Imaan Boutique dengan potongan ala baju kurung Pahang 

shortlisted warna hijau

 seterusnya pilihan baju bertema batik agar sedondon dengan pakaian anakanda EAQ

last but not least!!!! my must have POSE with shoes!!! 

Alhamdullillah... rezeki dikongsi bersama keluarga. Paling gembira apabila lil' Emir memahami bila diberitahu baju raya dan dikatanya "Ini baju baru. Siapa beli Umy?" itu soalan lazim yang sering menjadi dialog anakanda Emir yang petah berkata-kata. Benar apabila mempunyai anak mereka yang diutamakan agar riang menyambut Eid Mubarak. Semoga sedikit perkongsian ini menjadi kenangan bersama keluarga. InshaAllah.