Wednesday, March 1, 2017

* Futsal Piala Pengarah Urusan BERNAS ke-9, 2016 *

Date: 21st May 2016
Location: De Baron Futsal, Langkawi Kedah

Assalam alaykom...program yang hampir setahun berlalu dan harus juga memaksa diri untuk update agar ceritanya tidak terus tersimpan. Maaf jika bercerita tentang peristiwa lama namun ianya bakal menjadi sejarah pada masa akan datang. Memandangkan kesuntukan masa saya hanya akan mencoret 3 program peringkat Nasional anjuran Kelab BERNAS Malaysia (KBM) yang mana secara tidak langsung saya terlibat sebagai salah seorang urusetia dan menjadi insan di sebalik tabir anjuran program. Program-program yang dimaksudkan adalah Kejohanan Futsal Piala Pengarah Urusan BERNAS kali ke-9, Program Hari Wanita BERNAS kali ke-3, dan juga Pencarian Khazanah BERNAS kali ke-5 atau dikenali sebagai treasure hunt. Selain program utama ini, saya juga terlibat menguruskan Mesyuarat Agung Khas Perwakilan Kelab BERNAS Malaysia yang diadakan pada hari yang sama dengan program futsal yang mana ketika itu saya telah dilantik sebagai Setiausaha Agung KBM menggantikan mantan Setiausaha yang mengambil VSS. okay... fokus kembali kepada cerita program yang mana hanya dibuat ringkasan sahaja. 

Kejohanan Futsal Piala Pengarah Urusan BERNAS kali ke-9 diadakan di De Baron Futsal, Pulau Langkawi Kedah yang mana menemukan seluruh pasukan-pasukan futsal cawangan KBM bertanding merebut piala pusingan. Program futsal ini anjuran Biro Sukan & Rekreasi KBM Pusat dengan kerjasama KBM Kedah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BERNAS a.k.a CEO dan saya bertugas sebagai pengacara majlis a.k.a emcee. Cabaran kali ini mrs Emcee perlu mendukung bersama lil' Emir kerna hubby Moose turut bertugas di pelabuhan Dataran Lang Langkawi. Lucky me dibantu oleh mr Hafizy selaku co-emcee yang bertugas sepanjang pusingan liga. Thank you Bro. 


Juara: KEDAH A
Naib Juara: SARAWAK
Ketiga: KELANTAN
Keempat: SELANGOR


Tahniah diucapkan kepada Pemenang & Semua Pemain.
Terima kasih kepada CEO, Presiden KBM, Penganjur Kedah, Para Penyokong dan Semua yang menjayakan program.

mrs Cyana and lil' Emir @ Langkawi

perjalanan kami sekeluarga ke Pulau Lagenda 

cute lil' Emir yang ketika ini berusia setahun tiga bulan

good boy tidak menangis sepanjang berada dalam pesawat

lil' Emir at De Baron Resort

jalan-jalan sekitar resort

mrs Cyana memeriksa bilik taklimat untuk sesi undian pasukan 

mrs Cyana with Tika and Tidil... AJK KBM HQ

sesi taklimat pasukan dirasmikan oleh Presiden KBM

mrs Emcee turut hadir mendengar taklimat

barisan urusetia KBM Kedah

jersi pasukan

Piala Pusingan Futsal yang menjadi rebutan

the next morning... program bermula seawal jam 8 pagi

lil' Emir turut sama mengikut tema kuning

pose for IG... hiks

lil' Emir gembira dapat berlari keliling court

emcee junior on the move!!!

futsal tyme!

pembukaan majlis dengan bacaan doa

perasmian oleh CEO BERNAS

pose with team KBM HQ

pose with CEO BERNAS, Presiden KBM dan para penyokong KBM HQ

mrs Cyana, mrs Tika and miss Tidil

lil' Emir yang kepenatan teman Umy

catch my Boov!

hubby Moose yang sedang bertugas di bawah Dataran Lang

sempat minum susu di tengah padang

pose with Tika

lil' Emir and CEO BERNAS

okay... Umy dah dapat pengganti emcee

hello Umy!!!

pose sambil bertugas

mrs Cyana and YDP KBM HQ mrs Niza

pasukan Sarawak dan Kedah yang bertanding untuk perlawanan akhir

kemenangan kepada Pasukan Kedah sebagai Johan dan pasukan Sarawak menyandang Naib Johan.
TAHNIAH kepada semua.

gambar kenangan bersama CEO BERNAS,  KBM Pusat dan Urusetia KBM Kedah

the next morning.. sesi sambungan tugasan hubby Moose

my lil biker! 

pose sebelum pulang ke KL

sleepy Boov yang kepenatan 


tyme to go home!

lil' Emir and ME sepanjang dalam pesawat menuju ke Subang Airport

Alhamdullillah program berjalan lancar dan gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan dalam program anjuran KBM. 

No comments:

Post a Comment