Wednesday, March 1, 2017

* Pencarian Khazanah BERNAS kali ke-5, 2016 *

Date: 11th to 13th November 2016
Location: KBB Seri Tiram Jaya Selangor to Lumut, Perak

Assalaam alaykom.... Pencarian Khazanah BERNAS kali ke-5, 2016 adalah program anjuran Biro Sukan & Rekreasi Kelab BERNAS Malaysia dengan kerjasama KBM Selangor dan KBM Perak ini telah menarik minat 50 buah kereta dari seluruh Malaysia. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak consultant yang dilantik iaitu InfraTama Travel. Pelepasan kereta bermula di Kilang Beras BERNAS Seri Tiram Jaya Selangor dan berakhir check-point di Jeti Marina Lumut Perak manakala semua peserta bermalam di Coral Bay Hotel Pulau Pangkor Perak. 

Memandangkan kesuntukan masa dalam penganjuran program dan mata juga sudah mengantuk untuk update peristiwa program bertubi-tubi maka biarlah gambo yang bercerita. Gambar-gambar program boleh didapati di FB Kelab BERNAS Malaysia atau FB InfraTama dan mrs Cyana selaku mrs Emcee yang bertugas ketika pelepasan lebih banyak berehat pada hari program dan dapat duduk tenang menikmati jamuan makan malam. Program ini juga adalah program terakhir Presiden KBM, Hj Amiruddin Ahmad Tajuddin yang telah lama bersama KBM dan berkhidmat lebih 30 tahun di BERNAS. Saya selaku barisan KBM Pusat pastinya merasai kehilangan Tuan Presiden kerna beliaulah tunggak utama atau orang kuat dalam setiap penganjuran program sejak sebelum memegang jawatan Presiden KBM. Walaupun saya hanya bekerja di bawah seliaannya semasa dalam KBM namun sikap beliau yang sangat dedikasi dan senang untuk berurusan amatlah dihargai. Beliau juga seakan bapa yang memberi tunjuk ajar dalam mengendalikan urusan kelab dan selaku Setiausaha sememangnya saya banyak berhubung terus dengannya. Benar kata Tuan Presiden yang saya tidak dapat menerima akan kehilangannya. Namun saya tetap cekal dengan tugasan yang diamanahkan oleh beliau yang mana lantikan saya sebagai Setiausaha Agung adalah atas saranannya dan lantika Bendahari Agung juga atas cadangan saya. Thanks to Haji Amir yang memberi kepercayaan kepada saya untuk meneraju KBM. 

Back to Treasure Hunt story... hehe


mrs Cyana and anakanda yang bersama sepanjang Umy bertugas di lokasi

sesi taklimat oleh mr Tulip 

mr Firdaus selaku Programme Coordinator

masa untuk mendengar taklimat dan tips dari mr Tulip

selepas sesi taklimat singgah melawat monyet-monyet di Kuala Selangor

mrs Cyana bersama ahli dan urusetia KBM Selangor

masa untuk bertugas


sesi pelepasan kereta di KBB Seri Tiram Jaya

selfie sambil bekerja

lil' Boov yang turut sama hadir ke lokasi

lunch sebelum bertolak ke Lumut Perak

Perjalanan ke Lumut melalui jalan lama

Alhamdullillah selamat tiba untuk menaiki bot ke Pulau Pangkor

mrs Cyana and lil' Emir in pose

waktu menaiki bot


suasana dari dalam bot

lil' Emir yang excited menaiki bot

sesi melawat Ballroom untuk majlis makan malam

ready for dinner

meja VIP

hadiah-hadiah untuk semua pasukan

hadiah utama

lil' Emir yang paling aktif di pentas

ketibaanVIP

bacaan doa oleh YDP KBM Selangor

Presiden KBM menyampaikan ucapan terakhir sebelum bersara

spot my hero!!

semeja dengan mr Firdaus orang kuat program

dinner tyme!

lil' Emir yang mahu suap makanan sendiri

Presiden KBM bersama Ketua Jabatan Sumber Manusia

meja YDP-YDP KBM Negeri

mr Emcee selaku ketua InfraTama yang bertugas memeriahkan majlis 

mrs Cyana with Presiden KBM and Timbalan Presiden

gambo kenangan barisan tertinggi KBM Pusat

antara gambo kenangan pasukan yang menang

pemenang TOP THREE

barisan KBM Pusat

breakfast tyme!

anakanda yang suka makan sendiri sehingga comots

pool tyme!

bubble tyme!!!

last but not least... mrs Cyana @ BERNAS Treasure Hunt

Post Mortem program ini senarainya agak panjang walaupun dilihat secara keseluruhan progam berjalan lancar namun memakan belanja yang agak tinggi kerna diuruskan secara total oleh pihak Consultant. Walaupun dilihat saya tersenyum sepanjang program namun saya juga menyimpan seribu jenis keluhan untuk memastikan program berjalan mengikut perancangan. Apapun tahniah kepada penganjur dan berharap dapat menjalankan program-program lain pada masa akan datang dengan lebih baik. 



No comments:

Post a Comment