Monday, February 27, 2017

* lil' Emir @ TISA *

Assalam alaykom... Februari 2017 adalah bulan permulaan buat anakanda Emir melangkah ke alam taska atau dikenali sebagai 'nursery'. Sejujurnya saya juga baru terdedah kepada dunia asuhan yang mana terdapat beberapa istilah yang membezakan peringkat jagaan anak-anak asuhan iaitu taska, transit dan tadika. Perbezaan yang boleh disimpulkan untuk rujukan iaitu taska adalah pusat jagaan anak-anak, transit pula untuk anak yang hanya pulang ke taska untuk salinan pakaian semasa waktu pertukaran sekolah agama dan sekolah rendah contohnya. Manakala tadika untuk kanak-kanak memasuki alam pra-persekolahan. okay... dahulu mungkin saya hanya tahu taska dan tadika sahaja. Banyak cabang pendidikan untuk anak-anak seawal usia 3 bulan ke atas sehinggalah ke enam tahun. 

Konsepnya jagaan secara berkumpulan oleh beberapa orang guru mengikut kuota yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Malah saya disaran mencari pusat jagaan dibawah pemantauan JKM agar skop pembelajaran dan persekitaran dipantau oleh badan terbabit. Seingat saya pernah juga mencari taska atau saya lebih gemar merujuk sebagai nursery ketika usia lil' Emir menjangkau 6 bulan. Namun ketika itu banyak nursery yang telah penuh kuota dan ada pula yang tidak dapat mengambil bayi yang mengambil susu ibu dek kerna tidak mempunyai peralatan khas pengendalian susu ibu. Dan kemudian saya terus mencari pengasuh dan lil' Emir dihantar ke nenek saudara atau Nenda yang kediamannya terletak di Seksyen 26 Shah Alam. Demi mendapatkan pengasuh yang baik dan agar hati bisa tenang di ofis maka saya sanggup meredah jarak perjalanan yang agak jauh dan saya perlu pulang tepat jam 5 petang untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan hanya akan tiba dikediaman pada jam 7 malam. Begitu juga dengan jarak perjalanan ketika lil' Emir dihantar kepada MamaYus yang tinggal di Subang Bestari. Walaupun kediaman pengasuh berada dalam kawasan Shah Alam namun kekesakan jalan raya membuatkan perjalanan selama dua jam yang perlu ditempuh bersama anakanda. 

Kemudian sekali lagi terpaksa mencari pengasuh baru apabila MamaYus tidak dapat lagi menjaga lil' Emir sama seperti Nenda dahulu kerna perlu menumpukan jadual dengan keluarga. Sekali lagi pencarian pengasuh dibuat sekitar Shah Alam dan Alhamdullillah kali ini hubby Moose mempertimbangkan cadangan untuk menghantar lil' Emir ke nursery memandangkan umur menjangkau 2 tahun perlu diberi pendedahan kepada pra-sekolah. Agak sukar hati mahu menghantar anakanda ke nursery atas beberapa faktor utama seperti anak asuhan yang ramai dan kerisauan jika lil' Emir tidak dapat menerima persekitaran nursery. Namun saya tetap kuatkan hati menyatakan anakanda seorang yang cekal dan bisa menyesuaikan diri dengan persekitaran cuma 'kemanjaan' beliau kekadang agak ketara dek kerna dijaga sendiri oleh hubby Moose sekiranya hari tidak menghantar lil' Emir ke rumah pengasuh. Survey terhadap beberapa nursery sekitar kawasan kediaman merangkumi Seksyen 2, Seksyen 3, Seksyen 4, Seksyen 6 dan Seksyen 7 atau secara keseluruhan saya survey hampir 10 buah nursery. hmm. 

Tanggal 1 Februari 2017 adalah hari sejarah buat lil' Emir untuk memulakan hari di Taska Ijtihad Shah Alam (TISA) atau dirujuk sebagai 'school' oleh anakanda. Alhamdullillah rezeki lil' Emir mendapat tempat di nursery ini pada saat-saat akhir penghujung bulan Januari kerna terdapat anak asuhan yang berpindah lokasi. Pemilihan nursery ini dibuat berdasarkan TISA adalah dibawah pemantauan JKM, lokasi yang paling dekat dengan kediaman dan yuran bulanan yang berpatutan selain mempunyai kemudahan transit dan menjaga anak asuhan bermula seusia 3 bulan {doa saya agar ade tempat kosong untuk lil' second ONE kelak}. 

Diringkaskan perkembangan anakanda Emir ketika dihantar ke TISA... hari pertama menangis sekuat mungkin dan terus dibawa masuk ke dalam nursery oleh penjaga tanpa memberi kata dua. Hanya kemudian saya meminta nombor telefon penjaga untuk bertanyakan perkembangan lil' Emir. Penjaga memaklumkan sesekali anakanda akan menangis apabila teringatkan Umy dan Aby dan akan merenung pintu.. ohh NOOO!!!! Hari kedua Aby ditugaskan menghantar lil' Emir namun gagal menghantarnya ke nursery kerna selihatnya TISA, lil' Emir akan menangis sekuat hati dan membuatkan hubby Moose terus pulang ke rumah. Hari ketiga dan beberapa hari seterusnya lil' Emir akan mula menangis seawal dikejutkan dari tidur dan akan memanggil Aby untuk menyelamatkannya dari dihantar ke TISA {clever boy!!!!! well Umy tetap cekalkan hati menghantar lil' Emir walau risau melebihi tahap maksima}. Dua minggu pertama lil' Emir masih diberi kelonggaran untuk tidak hadir ke nursery atas alasan Aby sayu hati melihat anakanda menangis.  Lucunya.... lil' Emir akan hanya memanggil Aby tidak pula menyebut Umy!!! huhuhu. 

Masuk minggu ketiga, masih lagi sedikit serpihan drama airmata namun sudah terkawal dengan hanya mencuka dan seakan mahu menangis tetapi paksa rela melangkah ke nurserynya. Alhamdullillah pada tanggal 20 Februari 2017, lil' Emir tidak lagi menangis namun bisa turun dari kereta dan dipimpin masuk ke dalam TISA. Good boy!!!!! He is a clever boy!!! Pantas  menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan yang terkini sudah tahu jadualnya bangun pagi untuk pergi 'school'. okay.. panjang cerita jom layan sedikit gambo sepanjang bulan pertama anakanda di TISA. {Umy pula seakan tidak percaya melihat perkembangan pembelajaran lil' Emir di TISA}. Love you Boov!!!!! 

 first day at TISA

 waktu pulang pada hari pertama


second day sudah gagal ke nursery.. hmm


menangis sepanjang perjalanan ke nursery


happy boy bila petang hari dapat makan aiskrim

 third day Umy menghantar lil' Emir

sedikit ceria waktu bermain

waktu makan bersama rakan sebaya

 lil' Emir artwork

minggu pertama dengan tema 'color'

his first evening at TISA

roleplay bersama rakan sebaya
{lil' dino peneman anakanda}

second week... masih lagi sesekali menangis 

 tanggal 16 Februari 2017... sudah memakai tshirt TISA

look at him... an active lil' boy!

 aktiviti bercucuk tanam pada 17 Februari 2017
{owh.. Umy ingat tarikh sebab jubah hanya dipakai pada hari Jumaat}

hasil tanaman lil' Emir

aktiviti menampal dan mengenal huruf


keep focus!!

 aktiviti roleplay bermain pasir

 lil' Emir happy main pasir

 Group Darussalam

 kesimpulannya koleksi gambo lil' Emir yang banyak di TISA... ahaks!

today at 5.30pm... 

Umy yang menjemput lil' Emir pulang gembira dengan perkembangan anakanda di TISA. Bisa melambai dan bersalaman dengan cikgu-cikgunya dan akan menggalas beg sendiri untuk masuk ke dalam kereta. Cepatnya lil' Emir membesar!!!!! You're still a baby to ME!!!!! Sedikit coretan kenangan buat anakanda terchenta. Perkembangan harian lil' Emir bisa diikuti di mrs Cyana's Instagram. hiks.

Semoga lil' Emir akan terus sihat kesihatan, cemerlang dan membesar menjadi anak yang soleh. Ameen. 


No comments:

Post a Comment