Assalam alaykom... sekejap rasa sudah tiba penghujung bulan Februari dan minggu depan sudah menggamit Mac. Pantas benar masa berlalu malah ingatan masih lagi kuat pada setiap detik melahirkan anakanda Emir pada tahun 2015. Ketika ini saya diberi izin ALLAH swt sekali lagi mengandungkan anakanda kedua yang bakal melihat dunia pada bulan Mei 2017. Doakan semoga dipermudahkan dan melahirkan anak yang sihat walafiat. Mohon doakan juga kesihatan saya yang mana kandungan kali kedua kerap mengalami kesakitan kerna uri berada di bahagian bawah dan telah tiga kali setakat ini terpaksa ke hospital kerna mengalami minor bleeding. Apapun saya tetap bersyukur kerna tidak diuji dengan cabaran yang berat. Pemakanan masih lagi seperti biasa, tiada sebarang alahan malah saya hanya mengetahu usia kandungan pada minggu keduabelas. Saya sendiri tidak mengalami apa-apa masalah dan tidak sedar akan kehadiran anakanda. Alhamdullillah ALLAH swt memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan pekerjaan seperti biasa malah ketika awal kehamilan itu sedang sibuk dengan program Hari Wanita anjuran Kelab BERNAS Malaysia.
Cuma selepas sehari saya mengetahui tentang kehamilan kedua saya diuji dengan sedikit alahan iaitu gatal seluruh badan termasuk muka. Dek kerna sedang hamil, maka doktor hanya memberikan ubat sapu dan perlu pantang makanan. owh... kehamilan kedua ini sebenarnya lebih diuji dengan alahan dan bleeding namun yang lain seperti biasa sehingga tidak terasa diri seakan membawa anakanda kedua. Terima kasih atas rezeki yang diberi kerna sebelum ini menunggu hampir enam tahun sebelum menimang cahayamata pertama dan kali ini jarak agak dekat dan saya akur dengan ketentuanNYA. Syukran ya ALLAH!
Ketika catatan ini ditulis, saya telah memasuki trimester ketiga kehamilan bersamaan 28 minggu dan alhmdullillah kandungan sihat dan membesar dan seberat satu kilogram mengikut ukuran doktor. Cuma selepas ini saya sudah perlu menjalani pemeriksaan setiap dua minggu untuk memantau pergerakan bayi. Jom layan sedikit koleksi bergambo sebagai kenangan untuk kehamilan anakanda kedua.
mrs Cyana ketika membawa kandungan dua bulan
Alhmdullillah disahkan hamil selepas mengalami bleeding beberapa hari yang berlarutan
{actually saya ingat sedang datang bulan ketika itu}
alahan gatal timbul di muka dan badan
smile with my lil' Emir
sesi teman Umy ke DEMC
perkhidmatan buggy yang disediakan oleh DEMC
sesi minum air gula dan ujian darah sebanyak dua kali.. Alhamdullillah keputusan normal
my lil' second ONE
my Boov yang cerdik sudah tahu Umy mempunyai baby
owh... seperti biasa mula mencari kasut untuk baby
the latest ME yang naik berat sebanyak 15 kilogram... 0ppsss!
Doakan semoga OUR lil' second ONE sihat dalam kandungan dan selamat untuk dilahirkan sebagai khalifah ALLAH swt.
#prayforbabycyanamoose
No comments:
Post a Comment