Wednesday, April 1, 2015

* April | Cesarean Awareness Month *

Assalaam alaykom... bulan April merupakan bulan senyuman bagi para Ibu yang melahirkan anak secara pembedahan atau sering disebut c-section. Mempunyai pengalaman melahirkan anak secara pembedahan dianggap sebagai pilihan kedua selepas normal. Walaupun saya akui sering juga melihat sinis memek muka apabila saya menjawab "oh... saya bersalin secara c-section!" seakan memperlekehkan keupayaan seseorang tersebut. Jujur saya dapat rasakan begitu bila bertemu segelintir mereka yang tidak melaluinya. hmm. Benar saya telah bertarung nyawa untuk bersalin secara normal namun takdir tertulis saya perlu melalui c-section. Walaubagaimanapun saya bersyukur anak sihat, selamat dan 'Parut Cinta' itu akan terus kekal selamanya. 

      Mahu dikongsi bersama luahan rasa hati seorang ibu yang melalui c-section.. Baca dan anda akan lebih fahami pengorbanannya...      

            Kamu beruntung dapat rasa sakit contraction tapi kami tidak!
·         Kamu beruntung dapat pegang anak selepas bersalin tapi kami tidak!
·         Kamu beruntung boleh duduk bangun dengan mudah tapi kami tidak!
·         Kamu beruntung hari ini bersalin esok discaj tapi kami tidak!
·         Kamu beruntung suami dapat teman semasa bersalin  tapi kami tidak!
·         Kamu beruntung  tak perlukan penjagaan rapi luka bersalin tapi kami tidak!
·         Kamu beruntung boleh mengurut seluruh badan tapi kami tidak!
·         Kamu beruntung boleh pakai bengkung tapi kami tidak!
·         Kamu beruntung boleh baring lama atau duduk lama tapi kami tidak!
·         Kami terpaksa mengawal ketawa,bersin dan batuk.

·         Secara keseluruhannya kamu yang boleh bersalin normal adalah sangat beruntung daripada orang yang tidak berupaya bersalin secara nrmal (caesarean).
·         Secara jujurnya luluh hati kami bila doktor beritahu kami tak dibenarkan bersalin secara normal dan terpaksa dibedah.

·         Sakit bersalin normal adalah semasa mengeluarkan bayi tapi kami menanggung sakit luka pembedahan selepas mengeluarkan bayi selagi mana luka bersalin tidak sembuh sepenuhnya.
·         Kami mempunyai risiko seperti jahitan terbuka semula, jangkitan pada luka, pendarahan pada luka dan kesakitan akibat pergerakan.

Jadi tolong jangan cakap yang caesarean n itu tidak sakit sebagaimana sakitnya hati kami apabila orang memperlekehkan nasib kami yang tidak berpeluang untuk merasa bersalin secara normal walaupun kamu beritahu contraction itu amat menyakitkan tapi hati kami lagi sakit bila tidak dapat merasa langsung kesakitan contraction dan bersalin secara normal.

Benar kata-katanya melalui pengalaman saya hadapi juga bila mana melalui emergency c-section, saya tidak lagi ditemani Insan Terchenta. Hanya doanya mengiringi saya masuk ke bilik pembedahan dan saya tidak berpeluang memeluk lil' Emir ketika mendengar tangisan pertamanya. Syukur Alhamdullillah saya diberi kekuatan untuk terus menyusunya ketika pertama kali memegangnya. Seharian terlantar di katil tanpa dapat bergerak dan pada malam pertama tidur bersama adalah saat yang menjadi kenangan kerna saya gagahi untuk bangun dan menyusunya walaupun dalam keadaan sakit. Semuanya itu pastinya akan terus segar diingatan kerna benar senyuman anak bisa mengubat kesakitan kerna saya bertuah diberi pengalaman contraction dan juga c-section. 

lil' Emir selepas keluar dari bilik pembedahan 

 lil' Emir pada hari pertama melihat cahaya dunia

saya hanya mampu melihatnya dari jauh. 
Terima kasih terutamanya buat Insan Terchenta yang sentiasa berada disisi serta memberi sokongan

My scar is a souvenir from the most amzing of my life... 
And it's all mine, mine. 
Love you Emir Al Qays bin Mus'ab Al Khair!!!! April 1st, 2015.

1 comment:

  1. Salam dear..

    tahniah akak ucapkan.. normal or not yang penting dapat menzahirkan zuriat bersama.. dan seterusnya ke fasa yang ke depan... semogan little one menjadi insan yang soleh... berjaya dunia dan akhirat..

    ReplyDelete