Assalaam alaykom.... sudah menjelang tanggal 15 Mei 2015 yang diringkaskan dalam bentuk nombor 15.05.15 mungkin lebih menarik susunannya. owh! lamanya tidak berbicara dan bila menaip sambil berkata terasa seakan getaran yang kuat melanda. YES! I'm pretty nervous! Tak kira berapa kali kaki menjejak kaki ke pentas, tangan memegang mic, mulut berbicara tanpa henti namun perasaan gementar itu pasti ada bila mana saya mendapat tugasan menjadi pengacara. Jantung akan mengepam kencang walaupun wajah saya kelihatan tersenyum seadanya. Petang tadi tiba-tiba saya ditegur oleh pengawal keselamatan bangsa Nepal yang mana beliau memberi pujian untuk saya yang mengendalikan majlis KBM yang lalu. Walaupun sebutir kata-kata saya tidak difahaminya, namun beliau tetap mahu memuji katanya enak didengar. Thanks brother! Itu sudah cukup memberi semangat dan membuahkan senyuman walaupun ketika ini saya sering berbicara bernada itik mungkin dengan si kecil lil' Emir.. ahaks!
Namun kata-kata itu walau sepatah akan tetap segar diingatan saya. Apatah lagi saya seorang yang suka mengimbau kenangan silam.. pejam mata dan saya masih dapat mengingati zaman kanak-kanak dengan jelas, zaman remaja yang nakal menaiki bas awam, zaman universiti dan percintaan malah detik pertama melihat lil' Emir yang dipegang sebelah kakinya oleh doktor yang menunjukkan bayi itu selamat dilahirkan oleh insan sekerdil saya. Alhamdullillah.
Senyuman lil' Emir yang memberikan ketenangan
and YES! my cheeky lil' Emir yang akan sentiasa merenung tepat ke dalam mata memberi isyarat bahawa Umy seorang yang kuat dan bisa mengharungi segala onak rasa. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment