Assalaam alaykom... it's 1st April 2015!!! Tarikh yang dinanti-nanti sejak setahun yang lalu dimana diumumkan tarikh perlaksanaan GST atau Goods and Service Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau bayaran cukai yang perlu dibayar oleh penduduk Malaysia. Welcome GST!!!! Mahu atau tidak! Suka atau tidak! Benci atau tidak! kami terpaksa menempuhnya kerna ianya adalah perintah atau arahan dari pihak yang berkuasa memerintah cuma adakah perlaksanaannya itu memberi kesan baik atau tidak akan terjawab kelak. hmm. Apa yang pasti ianya seperti fenomena kenaikan harga walhal sebelumnya dikatakan GST bakal memberi pulangan yang baik malah menjana ekonomi negara. Benarkah?
Jika ditanya pendapat saya... mungkin ada baik dan buruknya. Kesempatan menaikan harga pasti akan dibuat oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengaut untung berganda. Tetapi apa yang pasti sebagai pengguna akhir, impak GST adalah kenaikan kos sara hidup yang mana kenaikan pendapatan isi rumah tiada. Gaji masih di takuk lama... oh. itu subjektif mungkin! Bebanan pasti terasa kerna apa yang di war-war di iklan kaca televisyen tiada caj GST kepada bahan mentah seperti ayam, tiada caj GST terhadap pengangkutan awam.... namun ingat kad Touch & Go juga perlu ditukar kerna GST, pengeluaran wang di mesin ATM juga malah kenaikan tambang pengangkutan awam telah diumum... benarlah tiada caj GST tetapi cuma kenaikan tambang! enough said!
oh GST oh GST... yes! Go Shopping Today or Go Shopping Tomorrow tidak memberi impak yang besar bagi pembeli seperti saya. hmm.
maka mari layan biskut Tiger untuk menambahkan tenaga! ahaks!
atau bersantai bersama Tiger yang pastinya tidak tahu harga makanannya juga bertambah mahal juga. hiks!
Marilah menyambut GST dengan hati terbuka walaupun wajah itu tersenyum dalam duka kerna poket akan sengsara. Katanya itu ini dikecualikan GST tetapi isu terkini oh tidak cukup penguatkuasa untuk memantau semuanya. Itu normal alasannya kerna peniaga harus jujur bukan? Tetapi lucu pula bila barangan dikecualikan GST turut sama menaikan harga... maka dijangka penguatkuasa tiada masa melawat kawasan kerna perlu melayan beribu lemon aduan daripada pengguna. Anyway Welcome GST! hmm.
Mahu atau tidak, kita tetap kena melaluinya...
ReplyDeleteBenar Kakcik... kita mungkin golongan yang tertindas. Semoga keluarga dimurahkan rezeki dan bahgia hendaknya. Laluinya dengan redha.
Delete