Assalaam alaykom... sebelum bercerita tentang kemeriahan Syawwal, mari saya mulakan dengan kemeriahan sambutan Ramadhan keluarga besar the Wayfarers. Diringkaskan cerita, kami berkesempatan menyambut malam pertama Ramadhan dan berjemaah taraweeh di Baitul Ar Rahmah dengan di imamkan oleh saudara mara. Kemudian berkumpul dengan keluarga besar di Kampung Chengkau dan dimeriahkan letupan bunga api yang menjadi salah satu acara tahunan. Seterusnya menyambut penutup Ramadhan dengan bertakbir di musolla dan diikuti bersama Tok Baba yang turut bertakbir walau sebak dengan linangan airmata kemenangan dapat beliau berpuasa walau masih uzur dan terlantar di katilnya.
Keluarga kecil saya seperti biasa membuat persiapan sederhana sahaja. Apa yang lebih penting berkongsi bersama rezeki dengan membeli baju untuk anak-anak saudara {mungkin kerna tahun depan sibuk mahu membeli baju untuk lil' One... InshaAllah}. So aunty Cyana dan uncle Chab hanya membeli keperluan ala kadar untuk sambutan eidulfitri tahun ini. Bab makanan pula, saya akan lebih gemar memasak kerna tekak hanya mahu makan yang ringkas serta sinonim dengan selera. hehe.
Berehat setelah keletihan seketika dan sempat selfie for IG.. wink!
dress for lil' Summayya
and dress for me... oppss!
tyme to go home...!!
waktu shoppin' untuk mencari jubah hubby Moose yang lebih mencabar
finally... dapat jubah hitam setelah dipujuk berkali-kali... hehe
baju for Tok Baba
and baju for Tok Mami... ada berlian katanya.. hehe
sesi berkumpul di Chengkau
Alhamdullillah sempat bersahoor bersama di kampung
last day of taraweeh
masjid pilihan untuk mengerjakan taraweeh dan solat eidulfitri
look at them.... brother Musleh lebih tinggi dari hubby Moose
bertakbir di bilik Tok Baba
lil' Umayrah juga turut sama bertakbir
mr cTam juga mahu raya yo!
okay... jom layan sesi pergi market yang akan sentiasa ditemani hubby Moose
seronok bila pregnant, pergi pasar juga ada peneman bawakan beg... hiks!
air soda bekalan untuk raya
my most favourite!!!! talang masin masak cili
hubby Moose's favourite kembong rangup
iftar jika penuh meja bermaksud ramai pengunjung di Baitul Ar Rahmah
ready for iftar
mee goreng basah
semua favourite saya kecuali ikan kembong
kari ayam
kari daging
kuih cara kegemaran
nasi goreng ikan kembong untuk hubby Moose
daging masak lemak kegemaran hubby Moose jika berkunjung kke Restoran Selero Negori
buah ciku kegemaran hubby Moose
and most favourite... nasi ayam penyet! lalalala
and this is hubby Moose's favourite spot for menu nasi ayam penyet sebab ada ikan kembong panas
Ramadhan kali ini lebih banyak iftar di Baitul ar Rahmah kerna tekak tak bisa makan bermacam-macam menu serentak dan tidak juga boleh terlalu kenyang. Tahun ini menu wajib adalah apple hijau dan air oren untuk sahoor dan berbuka juga dengan air oren kerna tak bisa minum teh ais... nanges!!! hehe. Namun saya gembira kerna dapat menjalani ibadah puasa sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment