Assalaam alaykom... cerita pindah ofis yang telah berlalu dan hanya kini sempat berkongsi cerita. Diringkaskan kami mendapat beberapa arahan berpindah ke sana dan ke sini namun akhirnya ditetapkan Unit Perolehan berpindah ke Pejabat Glenmarie, Shah Alam. Tarikh 17 Jun 2014 adalah hari pertama kaki menjejaki Pejabat Glenmarie, maka berakhirlah kerja di bandaraya Kuala Lumpur yang mana kami bermastautin selama 4 tahun di tengah-tengah kotaraya. Jika dahulu berat hati mahu ke Kuala Lumpur, tetapi apabila tiba masa berpindah lebih berat kaki rasanya. Rindu zaman mengejar keretapi, zaman bangun awal bergegas ke stesen dan hanya pulang pada malam hari. Rindu shoppin' dan makan di Pavillion dan KLCC juga joggin' di taman KLCC... owh lebih rindu sarapan pagi di Meal Station kerna rindu teh ais itu lebih kuat rasanya. huhu.
Namun kami redha dengan perpindahan ini yang mana kami akan berada dalam satu bumbung bangunan milik syarikat yang sama. Okay... diringkaskan lagi cerita, pastinya layan sesi gambo ya. Kali ini saya tidak terlibat dalam komuniti perpindahan dan berasa lega dapat berehat tidak seperti sewaktu zaman perpindahan dahulu, tegar jam 3 pagi saya masih berada di lobi menuggu lori. Apa yang pasti setelah ianya berlalu walau 4 tahun yang lalu, kini saya mendengar maklum balas yang positif yang mana warga kerja pastinya membandingkan susun atur kerja perpindahan yang lalu berbanding dengan yang terkini. Maka saya harus tersenyum bangga, sekurangnya penat lelah saya dihargai. Alhamdullillah.
my last workstation at Menara HLA
bersedia untuk packin'
antara lukisan tangan sendiri
lukisan kenangan sewaktu menghadiri kursus
piala-piala yang menghiasi hari mrs Cyana
kucing-kucing comel
koleksi kasut untuk berpindah ke lokasi baru
koleksi keychains juga mahu turut berpindah
packin' tyme
ready to go!
masa membungkus dokumen
pose sambil bertugas
sesi menolak troli
then apabila mendapat berita saya sedang pregnant, maka saya menjadi tukang arah sahaja
mr Boss's room
selfie with boxes
penat bersama kotak dokumen
masa untuk membuang kertas terpakai
bilik tender yang akan ditinggalkan
kotak-kotak menunggu mover
candid by mrs Julia... thanks sis!
lurve this pic!
selesai berkemas!
mrs Ika juga sibuk berkemas
gambar kenangan di Aras 31
workstation sementara selama hampir satu bulan
mr Boss juga tidak mempunyai meja
movers datang mengangkut barang
my last view of KLCC
candid semasa sibuk membantu mover
mr Boss and his last room
the signature pose.. kelihatan Meal Station dan laluan jalan kaki ke KLCC
my favourite shoes's pose with KLCC
hari terakhir di Menara HLA
masa untuk meninggalkan lift kegemaran
Pejabat Glenmarie dalam pembinaan
Pejabat Glenmarie yang hampir 90% siap untuk diduduki
kotak-kotak telah tiba di pejabat baru
my new workstation
selfie with miss Tender
the new meeting room
msa untuk kembali menghias
the new tender room
last but not least... mrs Cyana's signature pose @ Glenmarie