Monday, February 24, 2014

* my Hectic FEB *

Assalaam alaykom.... sedar atau tidak sudah menghampiri penghujung Februari dan agaknya dengan kepadatan jadual kerja membuatkan saya juga turut leka hampir sepanjang hari rutinnya seperti biasa, keluar rumah sesudah Subuh dan hanya tiba di kediaman sesudah Isya'. Terus mata meminta untuk berehat dan begitu juga badan yang semakin hari semakin kekurangan tenaga. Mungkin dek kerna minda sentiasa memikirkan kerja yang tidak perlu ada kesudahannya. hmm. Anyway... mencuri masa seketika sebelum tidur dan kembali kepada rutin padat sepanjang minggu. owh.. mungkin depan juga pasti akan menguji tahap mental dan fizikal kerna perlu menghadiri mesyuarat tender dengan keberadaan AJK yang baru. Maksudnya disitu, dengupan jantung pasti akan bergerak kencang untuk berhadapan dengan AJK baru yang mana mengikut pengalaman saya... polisi! polisi! polisi dan tugas-tugas AJK mestilah diterangkan selancar air terjun. Semuanya fakta DO's and DONT's mestilah diminda agar tidak tergagap semasa menjawab soalan mereka. Dengan keberadaan AJK baru, maka perkara baru adalah mengkaji rentak mereka agar saya bisa memastikan suasana mesyuarat tenang dan berjalan lancar. 

Jika minggu lalu seperti lipas kudung mengejar dateline kertas kerja untuk menghadiri persidangan mesyuarat EXCO dan Tender Comm, minggu ini pula bakal berkejaran juga mengejar mesyuarat Board dan ISO. arghh!!!! YA ALLAH!!!! Berikan hambamu sedikit kekuatan agar terus tersenyum dalam mengharungi masa-masa sukar. Apa yang pasti sesuatu yang telah lama benar saya usahakan akan direalisasikan. Begitu banyak pancaroba telah dilalui... jika dirujuk draf juga entah versi berbelas hendaknya. Itu belum bercerita tentang isi kandungan yang hampir 60% telah bertukar halamannya. Sebelum ke cerita penuh... beberapa gambo sebagai rujukan cerita dan mengurangkan tekanan minda yang mana sepanjang minggu otak bekerja tanpa henti.

smile after fever

mr cTam yang terkena paku dan menguji hari saya

tender briefing yang agak besar skop kerjanya.... hmm

 
hari terakhir bersama Pengerusi dan AJK Tender

 
tiba-tiba saya rasa terharu atas komitmen yang telah mereka sumbang selama beberapa bulan bersama meneraju mesyuarat tender

senyum walau pada hari saya mengharungi kekalutan masa tahap maksima. 
Perjalanan dari Shah Alam-Asia Jaya-Port Klang-Shah Alam-Kuala Lumpur-Subang.... huhu. 
Masa itu emas! Alhamdullillah... sesekali perkara sebegitu membuatkan saya semakin berdikari

menghadiri taklimat tender yang mana majoritinya tauke-tauke beras...
so I spoke Hokkien.wink! wink!

sadly... selepas menukar air balangnya, Molly Cookies meninggal dunia dek kerna kesalahan mrs Cyana menggunakan air suam menggantikan air lamanya..... whuaaa!!! Please forgive me. I miss you Molly Cookies!!! Selepas ini tiada lagi teman di bilik mandi. Good Nite!


Tuesday, February 11, 2014

* Poem for Matahari *


" Semalam kau hadir... menyinari hariku... 
Setiap detik, setiap masa pabila merenungmu... 
Hariku ceria walau dalam kekalutan kotaraya...
Setiap nafasku memberi kekuatan untuk terus berlari.... 
Sang lebah sentiasa menghinggapmu... 
Aku juga mahu begitu.

Tiba-tiba Matahari...
Kau lenyap dari mataku...
Tiba-tiba Matahari... 
Tiada lagi cebismu...
Tiada lagi ku lihat putikmu...
Tiada lagi gugurnya kuntummu... dan
Tiada lagi senyumanku. "

~ Nukilanku buat bunga-bunga Matahari yang suatu ketika di persimpangan Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Honestly saya tidak pandai bersastera atau bermadah pujangga, tetapi demi kamu matahari saya ciptakan sajak ini untuk lakaran di blog kesayangan. Lurve. 



Terima kasih sayangku matahari... walau seketika kita bersama, setiap pagi kita potret berdua. Itu sudah cukup membuat nukilan kebahagiaan sejarah kita bersama. Mekarlah semangatmu matahari dalam diriku. Semoga keceriaan warnamu terus segar dalam sanubari. Kini tiada lagi bunga-bunga matahari setelah diganti dengan bunga separa ros. huhu. 

Sweet dreams. 

Monday, February 10, 2014

* Arjuna... Never lose HOPE *

" Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa.


hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela...."
                                      ~~ Fynn Jamal



Never lose HOPE. 
You NEVER know what tomorrow may bring.

Sunday, February 9, 2014

* Something that I wanna SHARE *

Be Tender. Keep Smile. Be Lovely.

Assalaam alaykom.... well I must share this funny story. Age is just a number!! Agree? Please say Yes! I'm an optimistic person who perceives good things happening to me.. InshaALLAH. 

Ceritanya bermula pabila saya menjejak kaki keluar dari bus express tersebut sambil menarik beg yang serupa mahu bercuti satu bulan padahal satu hari sahaja. opps! Saya terus menuju ke stesen teksi kerna mahu ke tempat penginapan. Ringkasan perbualan seperti berikut ya...

Cyana: Hotel Regency
Pakcik Teksi: Hotel Regency?
Cyana: Hotel Regency... yang dekat area Pekan Rabu tu {sebab muka pakcik teksi terpinga-pinga...I'm fast response person kann?}
okay... saya terus ikut dan memasuki teksi.
Pakcik Teksi: Hotel Regency tu baguih. {pakcik teksi lograt utara memulakan perbualan}
Cyana: oh.. itu hotel panel tempat saya kerja. 
Pakcik Teksi: Baguih... muda-muda dah jadi pegawai {first time saya mendengar perkataan pegawai secara lisan}-
Cyana: Saya takdak la muda sangat pakcik...dah 35 tahun pun {nak jugak speaking utara naa -- guess what? I'm laughing! oppss! }
Pakcik Teksi: Laa.. pakcik ingat dalam 22 tahun.. takpun 25. Ingat student tadi. Tu yang pakcik tanya betui ka nak pi Regency.... takut salah tempat. {aiyooo... pakcik... again! I'm laughing}
Cyana: ohh.. arini cuti, saya tak pakai baju kerja. {baju yang dipakai adalah baju dalam gmbo di atas. Agaknya kalo pakai baju kerja ada nampak perbezaan kah? hehe}

Ketawa dalam hati... tetapi seperti biasa bila menaiki kenderaan awam, mata akan sentiasa peka melihat jalan dan pura-pura berbual kerna takut juga kan diculik... malang tidak berbau. hiks. 

So... moral of the story, saya harus kelihatan lebih matang seusia agar tidak nampak seperti kanak-kanak kandos baru habis belajar. ahaks! Anyway.. I'm so proud with my age and my look. hiks! Syukur saya tidak mempunyai masalah kesihatan kronik cuma kini kulit wajah sedikit kekeringan kerna faktor kurang air dalam badan. hehe. I'm extremely happy in my life. Be positive and keep smilin'. Thank you ALLAH. 

* EGM | BERNAS *

Date: 27th January 2014
Location: Hotel Istana Kuala Lumpur

Assalaam alaykom... a quick update with photos. EGM BERNAS atau Mesyuarat Agung Luar Biasa BERNAS telah berlangsung pada 27 Januari 2014 yang lalu. Mesyuarat membincangkan tentang pengguguran BERNAS dari Bursa Saham dan hasilnya majoriti memihak kepada BERNAS dikekalkan dalam Bursa Saham. So BERNAS tidak ditukarkan ke SDN BHD, masih lagi BERHAD. Cerita berkaitan ekonomi mungkin bisa google sahaja... kali ini ceritanya hanyala berkisar tentang kami yang membanting tulang bersama-sama membantu kelancaran majlis berlangsung dengan lancar dan sempurna.

Jam 7:00 pagi harus berada di lokasi kejadian, maka mrs Cyana sedaya mungkin On-Time. Setibanya di Hotel Istana, meja pendaftaran baru sahaja di buka dan kami yang bertugas juga di syaratkan tidak dibenarkan menggunakan telefon.  {wah! kalah bekerja di production line jek} Then selepas tamat bertugas di meja pendaftaran, sambung pula bertugas menjaga pintu. {wah! pintu juga perlu jaga... sound like your pass please?}. Anyway, selesai bertugas dengan ceria dan pulang ke kantor sambung tugasan dokumen seperti biasa.

traffic at 6:45am

our chip a.k.a mrs Eka yang telah melapor kehadiran di lokasi


the registration table

morning breakfast at Istana

at our registration table

our Boss juga melawat kami

hasil pendaftaran yang mencapai target tertinggi

candid semasa sedang bertugas

and fast candid pose for miss photog

mrs Tender and miss Tender in pose

the view... ketika sesi menjaga pintu

group selfie

mrs Cyana, mrs Eka and mrs Julia


full dress pose for Kak Rohani

suasana di dalam dewan

and group pose outside the hall

with my 3G girls in pose


last but not least... my favourite pose in front of mirror! 
Keep Smilin'! 

* Homey Sunday *

Assalaam alaykom... bab berceloteh seperti demam sudah reda. hiks. Mode sortin' gambo sambil mata melayan Batman Returns sambil jari jemari menaip. Memandangkan banyak lagi pending entry yang masih dalam draft and waitin' list..so cerita ringkas-ringkas sahaja ya. owh...memandangkan cuti panjang minggu lalu dan cuti dari mengemaskini blog maka banyak juga rupanya cerita tertunggak. Mungkin kerna kekerapan aktif di Instagram membuatkan saya terlupa yang mana blog juga memerlukan pengemaskinian semasa. forgive me. 

Cerita hujung minggu yang mana permintaan Tok Baba untuk cucu menantunya menyediakan bihun goreng untuk para tetamu yang akan datang melawatnya. Bila hubby Moose bertanya pada wifey, pastinya saya seakan tidak percaya kerna atas permintaan itu agak berat bunyinya walhal saya yang jarang turun ke dapur mahu menyediakan hidangan untuk tetamu. whuaa. Yang membuat wifey lebih nervous pastinya bila hubby Moose asyik bertanya "Cie...bila nak beli barang? Bila Cie nak masak?" Rumusannya wifey masak dua bungkus, satu versi sayur dan tauge... satu versi tanpa tauge dan kurang pedas. hehe... okay. nervous ya!


sunday morning

 mrs Cyana on the way to Giant

shoppin' tyme... my favourite!
well... that Mamee Monster is for my hubby Moose!

nasi lemak for my sunday brunch

 tyme to go home

 road block at Seksyen 2.. hmm

 and as usual.. stop at Seksyen 2 for teh ice.. hehe

 I'm ready to cook

 
bihun goreng sedia untuk dihidang

Ibu melayan tetamu minum petang

 tetamu bergambo kenangan sebelum pulang

 and behind the scene.. candid by hubby Moose 

this is for hubby Moose...versi tanpa tauge ya! 
Happy eating CYGku! 

* When I'm Alone *

Assalaam alaykom.... short update ya, jam menunjukan waktu tempatan 12:02 pagi dan telinga sedang di hidang dengan berita BRIM yang mana objektifnya membantu golongan berpendapatan rendah kerna kenaikan kos sara hidup. erm... BRIM tu jika RM650 sekali setahun maksudnya dalam RM55 sebulan maksud lain itu hanyalah wang sekali isian minyak kereta bagi yang jarak bergerak jauh mungkin bisa tahan RM55 untuk tempoh seminggu. Okay abaikan... cerita lain adalah kisah pabila mrs Tender seorang diri tanpa keberadaan miss Tender yang bercuti lagi atas tiket cuti-cuti makan angin. hehe. 

Bila berseorangan tanpa teman secermin di sisi pastinya mrs Tender sibuk dengan aktiviti sendiri yakni window shoppin'. owh.. window shoppin' hanya sempat berlaku apda hari Jumaat. Dari Selasa sehingga Khamis sepanjang hari saya terkurung di bilik mesyuarat, sampaikan saya bisa membaca intipati minit dalam mimpi. huhu! 1 or 2 or 3? I must admit that I'm outspoken... sorry ya tuan-tuan dan puan-puan yang harus bertekak dengan halus sebelum membenarkan saya berkata YA. hehe. 

 my friday spot!

 tanpa miss Tender... tetap juga saya berkunjung ke Cotton On favouritenya

 and pose pics to miss Tender

 back to old face wash 


 lil' Uqail came to office

 cookies and cream for me

 pulang pabila menjelang senja merah

thanks to miss Tender yang membawa pulang ole-ole dari Bali
{well... tak sempat rasa, hubby Moose makan untuk saya.. wink}

When I'm alone... I love to dream... Shoes! Shoes! macam dah lama tak beli kasut kan? huhu