Friday, July 19, 2013

* Ten Years @ Shah Alam *

Shah.Alam

Assalaam alaykom... sudah menjelang malam ke-10 Ramadhan dan pasti menjadi kenangan manis pabila saya menyambut ulang tahun ke-10 tahun menetap di Bandaraya Shah Alam. Begitu pantas masa berlalu sehingga tanpa sedar tahun ini telah sedekad saya bermastautin di sini. Benar saya amat mencintai Shah Alam kerna bandarnya yang aman damai, lalu lintas tidak terlalu sibuk dan yang penting pusat membeli-belah juga berdekatan. hiks! 

Jika 20 tahun yang lalu, saya hanya menonton rakaman azan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah... kini setiap kali Ramadhan saya berpeluang mengerjakan taraweeh di masjid itu. Syukur Alhamdullillah. Cumanya sehingga kini masih belum berkesempatan solat Eid di masjid tersebut, mungkin satu hari ini akan diIzinNYA. InshaALLAH. 

Masih segar di ingatan yang mana semasa ketibaan saya ke Shah Alam, agak sesat mencari jalan kerna bandar ini terkenal dengan bulatan-bulatannya. Hampir sesat hampir dua jam semata-mata mencari Intekma Resort ketika itu tetapi sekarang Intekma hanyalah terdekat di belakang kediaman. hehe. Masih segar ketika itu jalan masuk dari tol Shah Alam ke Seksyen 13 sedang dibina dan ketika itu hanyalah terlihat Giant yang besar namun kini bangunan yang lebih terserlah di Seksyen 13 adalah bangunan MSU yang mana saya tidak berkesempatan belajar di kampus MSU yang baru. owh.. ingat lagi setiap petang saya akan berjoggin' mengelilingi Stadium Shah Alam... eh? did I say joggin'? ahaks! 

Beberapa kawasan yang pernah didiami adalah seperti di TTDI Jaya, Seksyen 13, Seksyen 16 dan yang terakhir Seksyen 7. Kemudian bertemu jodoh dengan warga Seksyen 7, maka terus menetap di Seksyen 7 yang terkenal dengan kawasan gedung pakaian muslimah yang baru sahaja dibuka berdekatan Wisma Jackel... dan lebih popular adalah bandar bercahaya iCity. Jika ditanya pastinya mahu terus menetap di Shah Alam kerna penempatannya yang strategik begitu juga dengan makanan-makanan yang enak. owh...mungkin juga rezeki untuk terus menetap di Bandaraya Shah Alam bandar Anggerik. InshaAllah.

4 comments:

  1. Peh. Dah lama dah. Hehehehe...

    ReplyDelete
  2. bro.. maksud lain dah lama jugak kenal kamu kan? hehe

    ReplyDelete
  3. bravo nyiok...iol pon windu s alam...banyak cikjan....larikkk!

    ReplyDelete