Assalaam alaykom... Happy Ramadhan to ALL MUSLIMS!!! Sepanjang bulan Ramadhan syarikat memendekkan waktu kerja namun seperti biasa aura Ramadhan atau mungkin kerna aura Bazaar Ramadhan semuanya berpusu-pusu pulang maka kesesakan jalan raya lebih hebat dari biasa. huhu. Dan bila mana pertukaran waktu tidur yang perlu bangun seawal pagi untuk menyediakan sahoor kemudian terus bergegas ke ofis adalah sesuatu meletihkan. Cemburu juga bila melihat rakan-rakan sempat tidur pada waktu rehat kerna saya pula seperti mengejar waktu dan tidak mempunyai cukup masa kerna semua kerja mahu dilaksana dengan sempurna. Lucky me tidak cerewet dengan kerja orang namun jika diberi kesempatan untuk mengkritik pastinya panjang berjela. oppss! Satu prinsip yang dipegang adalah hasil kerja itu adalah refleksi anda dan pastinya orang akan menilai anda melalui hasilnya. hmm.
owh.. sebenarnya sedikit teruja bila mana prosedur tender yang telah lama dirangka bakal membuahkan hasilnya. Bayangkan angka rujukan draf telah menjangkau ke angka 8, namun masih belum bisa dilaksanakan hinggakan bila terlalu lama dalam 'KIV box', mood untuk menyiapkannya sedikit sebanyak akan terkubur sahaja. Kerna bagi saya bila kita mula merancang melakukan sesuatu... Please get it DONE!!! else hanya menjaja tetapi tiada hasilnya. Nevermind... think positive! Dengan usaha berterusan dan niat yang ikhlas pastinya ianya akan terlaksana. Happy ME sesuatu rombakan akan berlaku dan dalam masa yang sama Pity ME kerna kerja bakal bertambah. huhu.
Setiap kali Insan Terchenta bertanya pasti jawapan adalah 'Cie tengah meeting.' Itu adalah jawapan yang bisa di copy-paste dalam peratusan masa saya di ofis. Duduk dalam bilik mesyuarat dari pagi sehingga ke petang adalah lumrah biasa. Itu belum lagi dicampur dengan menyiapkan minit mesyuarat dan laporan. hmm. Bila agaknya masa rehat saya untuk membaca junk-mail? Jawapnya TIADA MASA. Namun akur bahawa saya seorang yang mengikut protokol kerna setiap kali mendapat balasan email penuh nama mrs Tender. Agak janggal jika ada yang membalas mrs Tender tidak menjawab email jika dituju kepada saya dan ianya harus berkaitan kerja. erm.. kerna saya sentiasa mengingatkan diri bahawa kerja itu amanah, setiap masa kita bekerja dibayar dan tanggungjawab itu adalah berat untuk dipikul. Again...selalu mengingatkan diri agar tidak hanya selalu berkata-kata tetapi praktik sebaliknya. hmm.
mrs Tender ditemani cutie paper clips bagi menceriakan hari bila kebosanan dalam bilik mesyuarat. owh... satu lagi yang selalu saya ingatkan miss Tender juga adalah tepati masa mesyuarat. Jangan lewat! kerna masa orang lain juga berharga bukan datang dan tunggu anda yang berlenggang kangkong seperti puteri putera dan tidak menghormati masa mesyuarat.
Hari ini dalam sejarah sebagai mrs Tender a.k.a Sekretariat, jawatankuasa menilai satu tajuk tender selama dua jam. Bayangkan jika satu mesyuarat mempunyai lima tajuk? nangis!!! Ini adalah cabaran berhadapan dengan jawatankuasa tetap yang baru dilantik yang mana mereka sedaya upaya mahu memahami proses tender di samping menambahbaik prosedur perolehan.
I'm playful! Yes I am! tetapi kerja tetap kerja. Prosedur dan tatacara perolehan haruslah diikuti dan aksesori rutin menghiburkan hati bila mana sepanjang masa berdamping dengan dokumentasi. wink! wink!
double.love by ME
That is my paper clips! owh.. mrs Tender adalah seorang yang cerewet bak kata miss Tender nak pergi mesyuarat pun sibuk memilih kasut. hiks. Yang pasti mrs Tender mahu keberadaannya diingati. InshaALLAH. eh... kenapa asyik sebut nama miss Tender a.k.a miss Zaty? Rindu kamu sebab seminggu bekerja tanpa melihat kelibat miss Tender yang sedang menjalankan sesi pengambilan saiz uniform di semua lokasi di Utara Semenanjung Malaysia. All the best to you. Misi dan tugas yang agak mencabar namun percayalah kamu akan lebih produktif. {seminggu juga tiada orang mengusik saya... nak cerita tentang kasut pun tiada siapa yang sudi melayan.. ahaks.} SMILE!
No comments:
Post a Comment