Monday, February 18, 2013

* YES! I'm pretty NERVOUS *



BIG and YEARLY Tournament Coming UP!!!

Assalaam alaykom... minggu ini adalah fasa akhir untuk menyiapkan semua keperluan sebagai penganjur program Kejohanan Boling BERNAS Piala Presiden KBM 2013 yang akan berlangsung di Melaka Bowling International Centre, Ayer Keroh Melaka. Sebanyak 10 pasukan dari seluruh cawangan KBM seluruh Malaysia  akan menyertai kejohanan ini dan yang pasti KBM Wilayah Persekutuan diberi tanggungjawab meneraju sebagai tuan rumah a.k.a penganjur program tahunan boling yang pertama seadanya.  

Nervous? Sudah tentu!! mrs Cyana sebagai Program Koordinator pertama kalinya juga melepaskan hampir 80% tugasan kepada semua unit-unit AJK kerna kali ini tugas utama adalah merangka dan menyelaras selain daripada mengkoordinasikan tugasan disamping memberi pendedahan kepada AJK dalam menguruskan program sebesar ini. YES!! I am lucky! unit-unit AJK semuanya komited dan banyak membantu serta ringan tulang. Hanya tinggal fasa akhir iaitu mengemaskini pendaftaran, penyediaan hadiah, pengumpulan barang-barang program dan juga masa untuk beraksi. Pray for us. 

mrs Cyana pastinya berdebar kerna akan memikul tanggungjawab memastikan semua aturcara berjalan lancar seperti dirancang disamping berceloteh sebagai pengacara majlis. Semoga program tahunan pertama  KBM HQ di bawah kendalian saya berjaya dan bakal mengukir kenangan sepertimana program TWM Bowling Tournament 2012  yang meriah dengan konsep 'Green'... i luv the details! 

to my ALL superb AJKs... WE CAN DO IT!!! InshaALLAH!

2 comments: