Saturday, February 8, 2014

* Keep Smile *

mrs Cyana in grey and red 

Assalaam alaykom... sebelum kembali berceloteh dengan karangan panjang dan sementara mengumpul kembali tenaga untuk kembali bekerja, mahu sahaja saya kongsi "what I wear?" bila mana perlu memilih persalinan mengikut tema. Cerita penuh sekitar program akan menyusul beberapa jam sahaja lagi.. hiks! 

Ceritanya kami petugas di meja pendaftaran perlu mengenakan tema merah dan berhijab kelabu. So mrs Cyana yang agak sibuk dengan meeting sepanjang minggu hanya sempat berkomunikasi melalui WhatsApp yang mana setibanya saya di lokasi... someone said... "Cyana.. why baju bunga-bunga?" erk??! "No worry! I'm gonna wear blazer". End up rupanya dalam ramai-ramai petugas, saya seorang yang baju dan hijab bercorak. oppss!!! 

Yang penting sepanjang bertugas wajah harus sentiasa mengukir senyuman dan berbudi bahasa. Yang menarik pastinya bila kaunter saya di tutup lebih awal namun hasil pendaftaran di kaunter saya adalah yang tertinggi. yeay!!! Itu maknanya saya aktif bertugas.. hehe. owhhh.. dan yang gembira lagi bila ketua petugas berbangsa Cina akhirnya bertanya "Kenapa tudung awak lain dari yang lain? tak sama macam lain-lain. macam orang Arab saja?" I'm smilin'... and my answer "my husband ada campur arab maa"... And I keep on smilin'!!! 

Details of me: Flowery red dress from Dorothy Perkins, Black blazer from Calvin Klein, scarf from Cotton On, bag from Coach and black boots from Clarks.

* fever *

Assalaam alaykom... I'm down with fever for two days. Mulanya terasa seperti sudah lama tidak di serang demam dan apabila demam menyerang, what I can do is sleeping! Tidur sepanjang hari nak buka mata pun terasa amat berat sekali. Mungkin itu masanya untuk saya benar-benar berehat. hmm. 

Thank you to my lovely doctor in house, hubby Moose yang menjaga wifey sepanjang suhu badan meningkat ke paras yang lebih tinggi. Erm.. suhu sudah menurun tetapi kepala masih lagi berpinar. mungkin perlu badan dilap dengan ais seperti setiap kali demam cara ABAH merawat anak perempuannya sebegitu kerna anaknya degil tak makan ubat.. hiks. and I think I need that traditional method.

relaxin' weekend

Peel Fresh for ME.. thank you CYGku. 

Sunday, January 26, 2014

* the relaxin' Sunday *

Assalaam alaykom... I'm back again! Mood berceloteh itu lebih tinggi dari mood mahu membuat kerja. Agaknya jika buat kerja di luar ofis adakah akan dihargai pengorbanan masa? atau jika tiba masa pengurusan mahu mengurangkan staf, saya dahulu yang akan dipangkahnya. hiks. Nyaman pada waktu hujung hujung minggu dengan cuaca mendung dan tidak terlalu panas. Kebelakangan ini berlakunya perubahan paksi bumi yang mana beberapa kawasan di Malaysia turut sama terkena tempias menjadi suhu lebih sejuk dari biasa. oh.. misi minggu ini adalah turun padang membeli barangan dapur... bak kata jika hobi suka shopping dapat beli barangan dapur juga hati gembira. ahaks. 

Semalam bersama hubby Moose pergi melawat Setia City Mall dan hari minggu wifey yang rajin bab pergi ke Giant Hypermarket atau ianya di rujuk sebagai pasar untuk saya membeli barangan dapur. ohh...pastinya lebih teruja shoppin' berpandukan senarai 'things to buy'.... lebih semangat lagi kerna di Giant Seksyen 13 terdapat gerai yang menjual teh ais kegemaran mrs Cyana. wink! wink!

 sunday morning

 masa untuk membeli-belah

my brunch nasi lemak ayam goreng nyaman dengan teh ais

 
 tyme to go home

 must stop station... deretan kedai di Seksyen 2 Shah Alam

and cookin' tyme. 
Misi hari ini adalah menggoreng bihun kegemaran hubby Moose

okay...stop bloggin'! 
masa untuk menghidangkan minuman petang. 
Happy eatin' everyone!!! 

* ohh CUTIE puff... melting! *

Hello CUTIE puff!

Assalaam alaykom... bersantai di hujung minggu jika dapat menikmati cutie caramel puff pasti enak! Tiba-tiba tekak diserang mengidam akan cutie puff yang sangat comel dengan dua kali gigit sahaja cair di mulut. Tetapi pasti lebih enak jika puffy dihidang bersama teh tarik ais.. hehe. Sebelum kembali ke meja karangan kertas kerja, lebih baik mengarang di blog yang tiada halangan mahu menulis apa sahaja. hehe. Bezanya pabila mengarang kertas kerja pastinya lebih skema menggunakan bahasa buku dan perlu melalui pelbagai peringkat kelulusan. Di sini pula saya bebas bersuara seperti mana rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana demokrasi. erm... agar demokrasi akan terus stabil dan bukannya dibentuk menjadi demokrasi terpimpin. owh! saya dibesarkan dengan cerita filem Hindustan dan karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, hampir sebahagian besar karya beliau telah ditonton berkali-kali tanpa jemu dan hinggakan dialog juga bisa dihafal. Dan dalam tidak sedar dialog yang diungkap beberapa tahun dahulu adalah relevan dan telah berlaku pada masa kini seolah-olah ianya dijangka akan berlaku. hmm. 

Lucu namun itulah realiti. 
Anyway... can I have cutie puff!! nyummy! 
I miss u cutie puff!!! Sooo melting!