Thursday, September 26, 2013

* Majlis Eidulfitri Kumpulan Tradewinds 2013 *

Date: 30th August 2013
Location: Grand Ballroom, Hotel Istana Kuala Lumpur
Assalaam alaykom sisters & brothers... Majlis Sambutan Eidulfitri Kumpulan Tradewinds 2013 kembali lagi yang mana ianya merupakan majlis Syawwal penutup tempoh hari yang diadakan di Grand Ballroom Hotel Istana. Majlis diadakan pada sebelah petang Jumaat maka mood bekerja adalah separuh hari sahaja. hiks. Majlis kali ini menampilkan beberapa bakat baru dan beberapa penyanyi yang merupakan warga Tradewinds diiringi persembahan kugiran oleh The Tradewinder. Memandangkan cerita hampir sahaja luput.. haha.. maka mari bercerita dengan koleksi gambo. 

 sebelah pagi jamuan makan meraikan beberapa staff Admin yang bersara

 hari pink sedunia BERNAS.. hiks

 
 hari terakhir bersama mother to be.. umy Eka.

 hidangan di setiap meja makan

 
 my meal.. favourite koay teow goreng

 
 sebaik sahaja bertemu 3G.. terus bergmbo.. hehe

 with mrs Munirah... peminat himpunan hitam

 
with miss Lyn...suka keronsangnya

 with miss Zaty... bak kata pose wajib!

 with miss Hyira yang berketinggian model.. hehe

 with mrs Julia in senyum tanpa nampak gigi pose

 
 with mrs Julia in again senyum nampak gigi pose

 happy me.. tahun ni dapat memenuhi hajat memiliki beg putih 

 persembahan dari Kumpulan Al-Mawwadah

 owh.. boss-boss kami di atas pentas ya!

 3G posing moment

free styler 3G!

 
last but not least... we are in Gyiomi pose!! 

Thanks to ALL yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. 
Gudnite!

Tuesday, September 24, 2013

* I am WHO I am *

Assalaam alaykom... I'm so happy today. Smile! Walaupun dalam kepenatan seharian ke hulu ke hilir naik tangga turun tangga jalan pula mungkin melebihi beribu langkah namun tetap gembira bila mana hari ini sama-sama bersama Insan Terchenta melalui jadual perjalanan 'public transport' bersama. Sekurangnya hubby Moose bisa merasai apa yang wifey rasa sehari-hari bangun seawal pagi bergegas ke stesen KTM untuk merebut tren awal agar dapat duduk kemudian berjalan dengan kadar kelajuan 20km/j menuju ke destinasi. Lucunya wifey sesekali tertinggal Insan Terchenta di belakang {owh.. kerna itu perlu berpegangan tangan} haha. Pernahkah kalian berfikir bahawa jodoh kita itu berlawanan wataknya... jika saya bertutur, memberi maklum balas dan berjalan dengar kadar laju, berlainan pula dengan pasangan saya yang mana dalam kategori 'cool'. Jalannya, tuturnya, responsenya sangat perlahan... bak kata sabar Cyana sabar.. hiks!  Erm... Itulah realiti kehidupan agar hari-hari tidak membosankan. Tetapi bila mendapat teman yang sama pantas dan sama laju, mungkin bisa lebih mantap jika bergandingan atau mungkin sebaliknya. hmm.. 

 smile.again

 
 candid wifey Cyana by hubby Moose
 
 the hug!

 mrs Cyana's signature... the ring and shoes!

 owh.. another signature.. the Selfie Me! smile in black!

 melayan tekak dengan keropok lekor

and egg and toast for hubby Moose

Nevermind! as long as I'm happy! I'm happy with what I have now... Yes I am! melihat kamu setiap hari 'the same Electrical Substation' juga bisa membuat saya tersenyum kerna teruja mahu mengambil gambo dari sudut manakah agar koleksi IG tidak membosankan. {thats my KPI! secara maya... hiks!} Sebelum tidur, mari bersama luangkan sedikit saat untuk mengingati hari-hari indah. I am who I am... saya memilih untuk sentiasa senyuman. Positive me. Ameen. Gudnite!


Saturday, September 21, 2013

* Listen to your Heart.. DwiHati *

 Listen to your heart... One song can change your life! 

Assalaam alaykom... sambil berehat di petang hujung minggu sambil menonton cerita "Listen to Your Heart" yang mengisahkan percintaan antara seorang jejaka kelas pertengahan namun berjiwa besar dengan seorang gadis kelas atasan namun beliau pekak disebabkan kemalangan ketika kecil. Menariknya cinta membuat mereka mengenali pasangan dan si jejaka juga belajar bahasa isyarat untuk memudahkan komunikasi. Yang membuat hati saya tersentuh bila mana si jejaka berkata tentang cinta mereka "Tidak mahu melepaskan sesuatu yang hebat walaupun ianya menyukarkan". Namun apabila hampir berjaya yang mana si gadis sudah pulih dari pendengaran, si jejaka pula disahkan mengidap cancer kronik dan menunggu saat kematian. Namun si gadis tetap bersama sehingga ke akhirnya. hmm.. Pesan si jejaka... "always listen to your heart!"

 must watch!

owh.. petang tadi terdengar suara si Yuna dan si Aizat dalam mendendangkan "Dwihati".
 Suara yang merdu, bersahaja dan susunan muzik yang catchy! 

Presenting cutie song...

"Dirimu bagaikan, sebuah lukisan, 
Penuh warna penuh seni, tak layak ku miliki...
Jangan kau berpura, Engkau juga sama, 
Membuat aku rasa tenang, Hati ku kau miliki...
Dengar kan  gurindam,
Inilah lagu cinta ku pada mu, 
Andai nya ku hilang, 
Biarlah lagu ku jadi teman mu...
Diantara kita, Suka sama suka, 
Aku pasti kau punya hati, Ingin bersama jua..
Tidak semestinya, Sebuah cerita Cinta, 
Kan berakhir sesempurna, Seperti kita impikan..."
                                                                  * Dwihati


Wednesday, September 18, 2013

* owh.. my daily routine *

Assalaam alaykom... sebelum dibuai mimpi, mari merekod rutin harian iaitu bangun pagi berkejaran masa ke stesen komuter untuk mengejar tren yang lebih awal agar bisa duduk sepanjang perjalanan 45 minit bersama komuter dan agar dapat berjalan lenggang kangkong sambil menghirup udara segar di KLCC. Kemudian rutin makan pagi dan seterusnya mesyuarat ataupun dengan harapan dapat berangan di bilik tender. {erk.. rindu bilik tender!} Bila matahari menegak sesi memeriksa stok di Pavillion atau makan tengahari. Bila petang sekali lagi berkejaran menaiki dan bersesak seperti sardin dalam tren sekali lagi. Bila sampai rumah, jika rajin sempat masak untuk Insan Terchenta... tidakpun mata meminta untuk tidur lebih awal dek kepenatan. 

Kesimpulannya... meninggalkan rumah sesudah subuh dan hanya pulang selepas fajar menyinsing. what a life! huhu. Mungkin itulah perngorbanan bekerja di Ibu Kota.

 
 the 6:30 am train

 
 fajar menerangi alam.. ketika ini sudah berada dalam LRT

 
 atau jika hari memandu, sempat juga bersantai dalam kereta sambil menikmati permandangan alam

 my favourite routine.. amik gambo jika tiada penghuni lain dalam lif

 
light breakfast!

 
 my favourite lunch menu.. AYAM!

 else.. egg tart and chocolate drink

paling awal tiba di Baitul Ar Rahmah bila matahari mula terbenam

 
nasi putih bersama lauk ikan kegemaran buat Insan Terchenta. 
wifey? pastinya menu ayam goreng dengan sambal jawo. hehe

owh.. my daily routine, penat namun menggembirakan dengan melihat pelbagai ragam.
 
Gudnite!!! Tyme to sleep!