Wednesday, June 22, 2011

* team LUPUS aset *

meow meow @ Teluk Intan

Assalaam alaykom... team lupus aset masih berada di KBB Sg Ranggam, Seberang Perak untuk mengesahkan senarai aset verifikasi di gudang-gudang lama dan yang sudah tidak terpakai.. mahu dilupuskan atau sebaliknya. Jika lupus, tender pelupusan akan dilaksanakan.hmm. ermm... Hilangkan penat dan stress sebentar melayan kucing.. meow!!!! Cerita penuh akan menyusul kemudian. InshaAllah.

Akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas mesyuarat.
Make du'a for OUR journey!!!!

Tuesday, June 21, 2011

* MUCABku *

mr LURVE in pose!!!!

Assalaam alaykom hubby Moose... orang kata "Rindu itu Indah", orang kata bila berjauhan masing2 akan merindui antara satu dengan yang lain.. hmm. Mungkin ada benarnya. Bila berjauhan dengan Insan Terchenta, rindu mula menular. {Cie kata kalo jauh2 nanti sure Mucab rindu Cie.. tapi kenapa Mucab tak telefon pun? hehe}. Mulalah memikirkan apa yang sedang dibuatnya dan siapa yang menyediakan makanan untuknya. Rindu lagi bila berjauhan tiada orang yang akan bertekak dengan saya. hehe. Pasti Mucab sedang tersipu malu kerna terbitnya entry ini. Yang pasti.. biar apapun keputusan Mucab...Cie sentiasa akan menyokong walaupun hanya memberi sokongan secara maya. Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Teguhkan iman kuatkan hati dalam menempuhi semuanya. Semua dugaan yang mendatang itu adalah sebahagian daripada proses kehidupan dalam kita menimba pengalaman. BE STRONG CYGku!

well...He's my soulmate! my backbone! Beliau sangat faham kemahuan wifeynya. Sangat memahami perangai wifey yang cerewetnya entah apa2.. hehe. Sangat sabar melayan kerenah wifey yang lebih manja dari itik nila.. opppss!!!! Saya sangat bersyukur ditemukan dengannya. Dianugerahkan seorang suami yang kental jiwanya. Dianugerahkan seorang seorang teman yang kreatif dan berbakat besar dalam bidang seni. Saya adalah peminat karya2nya! Entah bila saya bisa sebaris dengan karyanya? Entah bila saya akan bisa memahami beliau yang sangat abstrak pemikirannya. Entah bila saya akan benar2 menjadi seorang teman sejati yang bisa mendampinginya sepanjang masa. Entah bila saya akan bisa mewarnai kitaran hidupnya. hmm.


p/s: adush! tengah buntu nak hadiahkan apa ya sempena birthdaynya? hmm

Monday, June 20, 2011

*safety first *

the signboard

Assalaam alaykom.... sesekali bila turun padang gembira juga. Rasanya 3 tahun yang lalu pernah sekali saya turun ke KBB (Kilang Beras Bernas) untuk mengkaji penggunaan sistem padi. Kemudian bila secara langsung menjaga tender2, teringin pula untuk turun ke KBB untuk melawat kawasan.. sekurangnya2 tidak buntu bila mereka berbicara tentang CHF, gutter, IBD and etc.. hmm. Tetapi masih belum dapat kesempatan lagi, maka setiap hari hanya membaca tajuk2 tender yang bermula "Cadangan Kerja2 bla2x...". hehe. Kali ini rezeki saya untuk melawat gudang2 kosong tinggalan yang sudah tidak digunakan lagi. eik? ada gudang? Seingat saya hanya ada gudang sewa... rupanya ada juga gudang dari zaman LPN yang kini tidak lagi digunakan. Dalam syarat, Gudang tersebut tidak boleh disewakan dan hanya boleh diguna untuk tujuan yang melibatkan beras dan padi. grrrr!!! Tujuan lawatan ke gudang2 lama ini adalah untuk memeriksa aset2 yang mana mungkin mahu dilupus a.k.a dijual melalui proses tender. erm.. bila melibatkan aset syarikat, aset tidak bisa sesuka hati dibuang begitu sahaja... semua memberi pulangan nilai walaupun RM1.. huhu.

Bagusnya lawatan ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan dan dapat juga mengumpul sejarah2.. hmm. Hari ini melawat gudang lama di Parit Buntar dan Bagan Serai, esok jawatankuasa pelupusan aset akan bergerak ke Ulu Dedap... dimana? entah... teruja sebenarnya dapat melawat kawasan2 yang tidak pernah saya jejaki. Excited!!!

More pics in my NEXT entry.. STAY TUNED!!!

* take care CYG *

Assalaam alaykom... bersiaran secara langsung dari Parit Buntar Perak Darul Ridzuan atas tugasan kerja menilai aset2 gudang lama yang mahu dilupuskan. Gembira hati tadi sempat menjenguk ABAH di kampung semperna Hari Bapa. To ALL AYAH, Bapa, Walid, Papa, Daddy... Happy Father's Day!!!!

owh.. tiba2 otak menjadi buntu.. maka lebih baik saya tidur. hehe

btw... maaf CYGku, terpaksa sekali lagi meninggalkan kamu demi tuntutan kerja. hmm. Rindu sangat dengan mr Moose a.k.a mr Mus'ab Alkhair Dzulkefly!!!!! take care CYG! Lurve Ya'