Tuesday, June 11, 2013

* get TEMPO! *

 butter.fly

Assalaam alaykom... setelah beberapa ketika kurang berbicara saya akui agak kelu sebenarnya atau otak kurang aktif untuk mengarah jari menaip. hehe. Bila mana mula menulis pastinya rentak serancak lagu namun benar untuk menulis mood harus girang atau tidak penulisan pasti akan suram. Cyana... follow the tempo! owh.. itu kelemahan saya kerna senantiasa tersasar dari tempo pabila semuanya mahu cepat. ermm.. jalan cepat, makan cepat, tulis cepat, memberi respon juga cepat.. dan kadang kala respon itu mungkin tidak bisa dikawal sebenarnya kerna ia mengikut rentak emosi. Yang penting bila buat sesuatu perkara haruslah disusuli dengan rasa minat dan tanggungjawab.

owh.. ceritanya saya mahu bercerita, tetapi bila semakin banyak pending storty, semakin kehilangan tempo menulis juga. huhu. Semakin kurang tempo menulis semakin kering idea. huhu. Semakin kering idea maka akan berasa diri kurang produktif.. huhu. Cyana.. get the tempo right! do what you want. do what you like. Ya! kerna itu saya akan pastikan juga cincin sedondon hijab walau tiada siapa pun yang akan meneliti apa yang saya pakai. hehe. Sekurangnya saya gembira dan tersenyum lebar bila mana ada yang perasan perkara seremeh itu. Sekurangnya saya masih bisa tersenyum sambil berbicara. Peace No War!


Sunday, June 9, 2013

* Lurvely YOU *

Assalaam alayakom... owh YES! they're the same! the same electrical substation with different angle and different days. Bagaimana saya mula berminat merakam pencawang elektrik adalah bermula dengan koleksi Instagram. Kebiasaannya sebelum memula rentak, pastinya harus survey trend dan interest. Ketika itu iaitu setahun yang lalu saya mendapati Instagrapher akan mempunyai minat tersendiri iaitu seperti mengambil gambar makanan dan fesyen. Namun ada yang sedikit pelik iaitu merakam gambar jendela dan jambatan. hmm.. Ketika itu terdetik untuk saya merakam sesuatu sebagai simbolik atau mencipta identiti sendiri. Begitulah bermulanya detik merakam pencawang elektrik mahupun tiang elektrik. Bak kata tak kenal maka tak cinta bukan? Yang pasti jatuh cinta pabila mata sememangnya akan senantiasa memandang ke langit dan sepanjang jalan juga pasti mencari pencawang dan setelah mengenali, rupanya terdapat pelbagai bentuk dan rupa.

Back to my lil' mission and back to work! haha. Misinya adalah menyempurnakan tugasan yang sama namun dengan kaedah sedikit berbeza atau lebih tepat kali ini harus disiapkan mengikut jadual agar tiada lagi kelewatan atau pihak A menyalahkan pihak B atau sebaliknya. Dan apabila diberi tugasan sebegini perkara pertama adalah menyenaraikan semua tugasan serta pembahagian tugas dan apa yang penting agar masing-masing tidak tersasar TIMELINE dan maklumat yang dikumpulkan perlulah lengkap dan sebagainya. Cerewetnya saya kerna setiap format kerja harus senada dan semuanya mahu SIGNOFF sebelum ke fasa berikutnya. sorry team jika anda terpaksa bekerja lebih pula namun demi kebaikan kita bersama agar tiada lagi pihak yang menyalahkan kita. I believe we can do it!

Jom layan koleksi Cinta Langit saya... 
tanpa jemu mata merenung kamu dengan senyuman yang sama.


 
the makin'.. beruntung kerna saya dapat melihat pembinaannya

 
lovely sunset!!!

Lurve is in the air! 
Lurvely YOU... the electrical substation.

* the PURPLE Cyana *

Assalaam alaykom sisters... agak lama rasanya tidak berbicara tentang fesyen. owh.. pastinya fesyen mrs Cyana harus yang tidak terlalu sarat dan tidak terlalu glamour namun harus kelihatan simple yet elegen.. eh sempoi. hiks!!! Seperti biasa jika mendapat jemputan untuk ke majlis, perkara utama adalah berangan mahu memakai baju apa kemudian akan ditambah dengan senarai aksesori dan kasut. Kemudian melihat pula kepada keperluan.. jika sebagai peserta pakaian adalah sesuai dengan aktiviti dan jika sebagai AJK, harus jua dilihat bergaya. ahaks! Alhamdullillah, program wanita pertama dibawah seliaan mrs Cyana telah berlangsung dengan jaya dan memandangkan tahun ini kebanyakan program wanita bertema ungu maka barisan urusetia juga bersetuju untuk menggunakan warna ungu. owhh.. pastinya sewaktu majlis makan malam saya paling teruja bila mana setiap langkah yang masuk mengenakan tema ungu dengan pelbagai fesyennya. Yes.. saya menarik nafas lega dari konti mrs Emcee. 

Yang pasti lebih esklusif lagi mrs Cyana menyampaikan sajak dan menyanyi bersama beberapa barisan urusetia sebagai persembahan penutup majlis. Pasti menjadi kenangan manis kerna ia adalah kali pertama saya menyanyi dihadapan warga kerja BERNAS. Chill ya'! Sebelum ke laporan penuh program, mari meninjau fesyen ungu sepanjang 3 hari 2 malam berada di program wanita.

mrs Cyana and flowery symbolic shoes!!!

first day..setibanya di tempat program, terus pose bersama kasut

 wearing Abaya untuk ke kelas motivasi

 senamrobik di pagi hari

sukaneka kerusi muzik

 
mrs Cyana in action! 
{thanks KR for this moment in action pic}

Gembira juga kerna bisa berkongsi sedikit pengalaman dengan semua peserta semasa sesi rehearsal sebelum mereka membuat persembahan. owh.. mungkin benar bak kata mereka bila memegang mic mrs Cyana bercakap tanpa henti, namun sebenarnya sebelum bercakap itu tahap gemuruhnya sampai ke telinga. hahaha. Anyway saya bersyukur kerna diberi kekuatan untuk terus tersenyum dan mempunyai sikit bakat menghiburkan orang lain agar mereka tersenyum sama. Happy.

Saturday, June 8, 2013

* Shikin&Ieman | Engagement *

Date: 25th June 2013
Location: Damansara Damai, Selangor

Assalaam alaykom... sorry for late entry again. Anyway.. just wanna update tentang majlis pertunangan sepupu sebelah hubby Moose yang berlangsung dua minggu lalu. Ini bermakna agak lama juga saya tidak menjenguk ke laman blog sendiri apa ntah lagi blog sahabat-sahabat yang lain. Forgive me. 

Majlis pertunangan sista Shikin dan brother Ieman diadakan di kediaman MakBusu iaitu adik bongsu kepada AYAH. Maaf sekali lagi kerna sudah lama tidak turun padang menembak, mulalah kehilangan idea angle dan moment apa yang perlu dirakam. Kemudian menggunakan mr Nikon 300s adalah sesuatu yang sedikit janggal kerna baru pertama kali juga menggunakannya.. setting entah kelaut mana. oppss! Anyway... mari kongsi bersama sedikit gambar yang ada. Menariknya perkenalan pasanagan ini baru menjangkau tiga bulan namun ALLAH swt telah mengaturnya agar berjalan lancar dan sempurna.

hantaran dari pihak sista Shikin yang digubahnya sendiri

buah-buahan penyeri hantaran


sirih junjung pemberian pihak lelaki

pemberian dua bentuk cincin tanda merisik dan pertunangan

 
lil' Yumna and IBU

 
lil' Ammar and papa Muadz

sesi make up
the pink dress



 
sweet in pink

 
sista Shikin

my fav piece

the sisters

sista Shikin and her mother



sesi perbincangan diwakili oleh AYAH

Alhamdullillah sudah mendapat kata sepakat


sista Shikin and her simple pelamin

sesi sarungan cincin


bersama Ieman's mother



pakcik dan makcik yang sentiasa ceria

the family

 
 pose kenangan sebelum pulang 

 Alhamdullillah selesai sudah majlis pertunangan sista Shikin dan brother Ieman yang diadakan secara sempurna dan berjalan lancar. Makanan juga dimasak sendiri oleh MakBusu...sangat lazat dan enak. Semoga ikatan ini akan berterusan sehingga ke jinjang pelamin. InshaALLAH.