Saturday, July 20, 2013

* Rezki Ramadhan *

kedondong && mangga

Assalaam alaykom... sudah masuk ke hari ke-11 berpuasa dan rasanya hampir 98% dari hari tersebut menu minuman di Baitul Ar-Rahmah adalah air kedondong dan mangga yang dibeli dari Bazaar Ramadhan Seksyen 2. Itu air kegemaran Insan Terchenta. Kemudian IBU mendapat pula menu air tembikai dan air tebu segar dari Bazaar Ramadhan Seksyen 18. Kesimpulannya meriah meja dengan pelbagai jenis minuman. owh.. lupa pula selalunya di hujung meja iaitu di tempat duduk tetap mrs Cyana ada lagi satu bungkusan iaitu Teh Ais dari Gerai Frado Seksyen 2. oppps!!! 

Semalam turun sahaja dari tren wajah tersenyum kerna mendapat message berbunyi "Mucab dah beli ayam penyet"... yeay!!!!! Thank you CYGku!!!! Terus hati berbunga-bunga mahu makan ayam walau juadah utama semalam adalah ikan pari asam pedas masakan IBU yang istimewa untuk iftar. owh... ditambah pula dengan kuih cara oleh Cik Mona yang dalam anggaran 10 ketul tetapi mrs Cyana yang makan paling banyak. hiks! Thank you Cik Mona. Rezki Ramadhan, Alhamdullillah. 

okay.. mahu bersiap untuk ke program seterusnya yang memerlukan saya memakai batik sekali lagi. haih! Bila bermesyuarat dengan memakai batik terasa sangat formalnya. hiks. Semoga mesyuarat kali ini berjalan lancar. InshaALLAH. owh.. hari ini mrs Cyana akan bersama mr cTam yang baru pulang dari bengkel. Rindu kamu 40 hari tidak melihat kamu... erk.. 2 hari pun dah rindu, bayangkan jika separuh hari tidak nampak kelibatmu? hiks! Happy Ramadhan.


No comments:

Post a Comment