Monday, February 27, 2012

* owh CAME-- ROOON *

Assalaam alaykom...owh benar dalam carta hati Cameron Highland di tempat KETIGA selain Pulau Mutiara dan Kuching Sarawak. Mungkin kerna faktor usia saya lebih mengemari tempat yang aman suasananya. {bak kata miss Marvic dah three series kan? hiks}. Actually Genting Highland menarik juga tetapi di sebabkan puan badan kurang gemar menaiki mainan yang bisa menusuk dada dengan jerita {owh.. penakut sebenarnya! haha}.... Dan saya juga kurang menggemari berjemur di tepi laut seperti miss Zetty atau miss Gee kerna ianya bisa membuatkan kulit bertambah tanned. So lebih bagus melayan mata dengan sayuran dan buah-buahan.

Jika mahu mendamaikan jiwa mententeramkan mata singgahlah ke Cameron Highland, Pahang Darul Makmur. Cuacanya sejuk dan bisa melihat rumah2 kolonial lama. Terdapat beberapa cabang jalan yang bisa dilalui untuk sampai ke sana, dan kebiasaan saya akan menaiki bukit melalui jalan dari Simpang Pulai dan menurun bukit melalui jalan ke Tapah. Makanan? owh.. biasa-biasa sahaja, cuma bisa mendapat makanan segar seperti ubi keledek rebus, strawberi coklat dan madu pada bila-bila masa.

rumah orang asli di pinggir bukit

pondok jualan barangan orang asli di sepanjang jalan menuju ke Tapah

bak kata lil' Aiman... tempat relax sebab ada butterfly farm.. ahaks!

bunga-bungaan juga segar... roses? sebut sahaja colornya...

sayuran di ladang

ladang strawberi

boleh petik strawberi dan terus makan

Tea time anyone? my fav!!! yeay!

sang mentari menyinari pagi di Cameron

ladang teh terbentang luas

kediaman tersergam indah di lereng bukit

Subhan'ALLAH beautiful scenary... lurve it!!!

All pics courtesy by mr Moose

Alangkah indah jika jarak Cameron sama dengan Genting sahaja, boleh setiap minggu boleh makan keledek.. hehe. Jika hubby Moose mahu pergi lagi ke Cameron... pastinya mrs Cyana reply 'YESSSS!!!" {tempat favourite mr Phatlee juga kan? hehe}

owh... ada kaktus pelbagai saiz, bentuk dan rupa!!!!
from MALAYSIA with LURVE!!!

2 comments:

  1. sis, beli la rumah sebijik kat sana...buat home stay.

    then kalau dah nak pencen, buat 2nd home.hehehe...

    ReplyDelete
  2. bro phatlee,

    kalo dah beli terus duduk sana jek, lg nyaman dan tenteram

    ReplyDelete