Wednesday, February 29, 2012

* an Effective Course *

Assalaam alaykom... indahnya jika bekerja di sekitar Shah Alam. Walaupun sedikit sesak namun bisa lagi tersenyum girang tidak perlu melalui tol dan tidak perlu menekan minyak seperti kura2. Dua hari saya menghadiri kursus Effective Management and Conduct Tender Meeting di Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie. Nama sahaja Kuala Lumpur tetapi lokasinya di dalam Shah Alam. Setibanya di kawasan hotel, suasana amatlah tenang... parking pun percuma! best kan?

Dua hari menimba ilmu pengetahuan berkaitan dunia perolehan. Benar bak kata trainernya Mrs Zakiah yang mempunyai pengalaman lebih 26 tahun dalam perolehan, bidang ini adalah penting dalam menguruskan dan mengawal pembelian. Tambahan pula bila terbabit dengan tender, sensitiviti amatlah tinggi dan memerlukan integriti tinggi sekiranya mahu mengendalikannya. Semuanya mahu bertulis. walaupun sepatah kata.... kerna banyak implikasi terhadap keseluruhan proses perolehan. Seperti dua tahun yang lalu, my EX-miss Boss pernah berkata siapa pun bisa mengendalikan tender {mungkin pengendalian ringkas tender bukan secara keseluruhan prosedurnya}, bak kata hubby Moose yang pelik kerja wifeynya banyak melibatkan 'kertas' dan 'cop' {rumitnya bisa menguji kesabarannya pengendalinya}. Kerna itu saya yang cerewet masih mampu bertahan, kerna itu juga apa sahaja perbualan saya perlu catatkan secara formal sekurang-kurangnya melalui email sebagai bukti komunikasi. Tetapi setelah dua tahun, saya sudah bisa merangka polisi dan prosedur perolehan agar terjamin ketelusannya.

Setelah menghadiri kursus yang telah lama saya nantikan, {yes!!! I'm happy!} dapat juga saya menambah peratusan ilmu perolehan. Dan bila berbicara mengenai perolehan, kadang kala saya perlu bertindak untuk berkeras dan mementingkan diri agar tidak semudah orang lain mengambil kesempatan ke atas polisi dan bila mana bertindak seperti 'perujuk polisi', saya perlu lebih tegas dan berkata YES or NO pada sesuatu perkara. Sekurang-kurangnya kini saya lebih menghargai dan menjiwai tugas sebagai Sekretariat. {dah nama pun sekretariat, kerna itu saya sinomin dengan pen dan kertas.. hiks}

owh... mari layan cerita kursus sambil makan... ke makan lebih dari kursus? hehe.

the signage

tenang jek jalan masuk ke hotel

the place

the course

the name tag

owh... ini peserta sesat mencari bilik kursus

breakfast

the table

lunch tyme

ulam-ulaman

cakes

mine... nasi minyak dan ayam

variety kueh

second day... sebelum masuk kelas, pose dulu ya

cutie muffins

mee goreng for breakfast

makan lagi

cake lagi

mee curry

nyum nyum choc!

ais kacang?

cute macam dadu... selesai kursus makan yer...

sesi penyerahan sijil penyertaan...di mulakan dengan mrs Boss

then my partner yang bertugas di Kedah

that's me yang gegar2 gambo...huhu

yeaa.... saya telah memaksa semua orang free style.. hahaha

bergambo kenangan sebelum pulang bersama mrs Zakiah

Secara peribadinya, saya amat gembira kerna telah mendapat suntikan baru untuk terus berjuang dan berkhidmat dalam bidang Sekretariat tender. Semoga saya lebih bisa effektif dalam mengendalikan pengurusan mesyuarat tender dan semoga semua ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat diperkembangkan ke tahap yang lebih tinggi. InshaALLAH.

No comments:

Post a Comment