🌿Mohon doakan kesihatan ABAH saya yang kurang sihat. Kini sedang dirawat di Hospital Besar Pulau Pinang. Hanya Anak/Penjaga sahaja dibenar melawat pesakit dengan izin pihak hospital, memadai doa kalian agar ABAH cepat sembuh. Doakan juga kesejahteraan semua khususnya ahli keluarga/sahabat/kenalan yang akan mengharungi PKPB di Daerah Barat Daya Pulau Pinang bermula esok.
Terkini: Tanggal 8 Nov 2020, ABAH telah seminggu dirawat di Hospital dan pagi tadi MAMA pula dirawat di Hospital Lam Wah Ee, disyaki keracunan makanan. Moga penyakit MAMA tidak serius namun dek kerna kesunyian mungkin beliau mengalami kemurungan. hmm.
Saya hanya mampu berdoa dari jauh kerana PKPB seluruh Semenanjung telah dilaksana dan membataskan pergerakan merentas negeri bersama keluarga. Terima kasih kepada Brother Joe yang kini menjaga ABAH & MAMA, setiap hari memberi update malah berkejaran ke sana sini untuk mendapatkan rawatan terbaik buat kedua Ibubapa kami. Semoga doa anak-anak, ahli keluarga dan sahabat-sahabat dimakbulkan namun hati saya tetap gundah tidak dapat melihat keadaan mereka dengan mata sendiri dan tidak dapat menyentuh tangan untuk memberi semangat kepada mereka berdua ketika ini. Maafkan Adik!
Maafkan Adik ya ABAH terpaksa berkeras meminta ABAH ke Hospital dan menelefon ambulans bagi mendapatkan rawatan terbaik buat ABAH. Saya sedar nada di telefon mungkin akan berbunyi lebih keras berbanding saya bercakap secara berdepan. Semoga ABAH & MAMA cepat sembuh, Adik rindu nak jumpa keluarga! Hanya ALLAH swt yang tahu bagaimana perasaan ketika ini walau harus mengukir senyuman pabila berdepan cucu-cucu ABAH & MAMA.
No comments:
Post a Comment