Monday, November 9, 2020

* DOA buat ABAH & MAMA *


 🌿Mohon doakan kesihatan ABAH saya yang kurang sihat. Kini sedang dirawat di Hospital Besar Pulau Pinang. Hanya Anak/Penjaga sahaja dibenar melawat pesakit dengan izin pihak hospital, memadai doa kalian agar ABAH cepat sembuh. Doakan juga kesejahteraan semua khususnya ahli keluarga/sahabat/kenalan yang akan mengharungi PKPB di Daerah Barat Daya Pulau Pinang bermula esok. 

Terkini: Tanggal 8 Nov 2020, ABAH telah seminggu dirawat di Hospital dan pagi tadi MAMA pula dirawat di Hospital Lam Wah Ee, disyaki keracunan makanan. Moga penyakit MAMA tidak serius namun dek kerna kesunyian mungkin beliau mengalami kemurungan. hmm. 

Saya hanya mampu berdoa dari jauh kerana PKPB seluruh Semenanjung telah dilaksana dan membataskan pergerakan merentas negeri bersama keluarga. Terima kasih kepada Brother Joe yang kini menjaga ABAH & MAMA, setiap hari memberi update malah berkejaran ke sana sini untuk mendapatkan rawatan terbaik buat kedua Ibubapa kami. Semoga doa anak-anak, ahli keluarga dan sahabat-sahabat dimakbulkan namun hati saya tetap gundah tidak dapat melihat keadaan mereka dengan mata sendiri dan tidak dapat menyentuh tangan untuk memberi semangat kepada mereka berdua ketika ini. Maafkan Adik! 

Maafkan Adik ya ABAH terpaksa berkeras meminta ABAH ke Hospital dan menelefon ambulans bagi mendapatkan rawatan terbaik buat ABAH. Saya sedar nada di telefon mungkin akan berbunyi lebih keras berbanding saya bercakap secara berdepan. Semoga ABAH & MAMA cepat sembuh, Adik rindu nak jumpa keluarga! Hanya ALLAH swt yang tahu bagaimana perasaan ketika ini walau harus mengukir senyuman pabila berdepan cucu-cucu ABAH & MAMA. 

🙏 #cmcomalaysia #family #elhanalqadryjourney

* Elhan's first word *


 🌿20.10.20|the best feeling ever...

...
MashaAllah sejuk hati Umy hilang rasa sakit walau scar di perut masih ada, waktu PKPB dapat direct feeding dan melihat kamu berdiri, berjalan setapak dua walau lewat dari fasa pertumbuhan namun kamu faham pabila dipanggil namamu, Elhan🍩 Semoga kamu anak membesar dengan sihat dan sempurna, InshaAllah.
...
Note: Elhan’s first word is ‘car’, then kedengaran Emir... Umy & Aby dipanggilnya Abah😅
#elhanalqadryjourney #teratakcyanamoose #cmcomalaysia #wfhmom #cyanatalks

* COVID-19 | Break the Chain *


 🌿Doa agar anak-anak kita dilindungi sebaiknya. Kasihan mereka terpaksa memakai mask sepanjang masa. Baru sahaja kami merasa bebas sebentar membawa anak-anak beriadah setelah sekian lama berkurung dirumah. Status peningkatan kes amat merisaukan. Doakan agar pandemik Covid-19 cepat berakhir🙏

For the record my conversation with lil’ son Eijaz during the weekend.
Eijaz: Where are we going Umy?
Umy: We are not going anywhere. Virus still out there.
Eijaz: We can go to the shop. We have mask Umy. I can wear mask and kill the virus.
Umy: 😐 speechless.
Jujur. Reaksi anak-anak kecil yang bosan tidak dapat keluar kemana-mana. Pity them.
...
Kerna kita mempunyai ‘mereka-mereka’ yang hanya bercakap A tetapi buat perkara C. Bagaimana mungkin kalian memimpin negara dan mahu memberi contoh yang baik? #cyanatalks #emirsjourney #eijazsjourney #elhanalqadryjourney

* my kids && candid moment!! *

🌿behind the scenes && candid moment!! Dua perkara yang sinonim dengan dunia fotografi iaitu kejadian di sebalik cerita sebuah karya. Realiti dan titik manis saya apabila memetik kamera, akan ada tangan-tangan yang menanti. Mereka bersabar untuk memberi masa Umy melaksanakan kerja dan kerna itu saya belajar memendekkan masa dan harus pantas. Sekeping gambar petikan hanya 2-3 keping untuk satu angle yang sama. Kerna untuk dipilih hanyalah SATU. Kenapa perlu ada 2-3 atau 5-6 untuk SATU? Itulah yang saya pelajari memilih yang SATU terbaik... cerewet, ya benar!!! kerna mata tajam Photographer tidak sama untuk menentukan kualiti bukannya kuantiti. Kerja harus ikhlas, jujur dan amanah. Niat adalah nadi utama. Tanamkan sifat baik di hati dan minda... InshaAllah pasti tenang sahaja seperti anak-anak kecil yang naif namun mereka akan memberi ekspresi yang nyata😊. #cyanatalks #foodlover #cyanakitchen #behindthescenes
 

* All the BEST *


 🌿All the best to you mr Boss @fishutter . Thank you for being my mentor, supportive tender committee, former KBM HQ YDP, former Head #simdbernas, co-partner emcee and unpaid actor-actress😅...Terus saya kembang dengan jaya hasil nama panggilan ‘kembang’😂. Banyak kenangan pahit manis bersama especially bila dari Unit Tender to SIMD Dept. Hope our friendship will last walau tidak sebumbung sepadi lagi😉 #friendship #cyanatalks #bernasmeeting #simdbernas

* Cyana && Moose *


 🌿#cyanamoose #12yearsanniversary #throwback OUR simple quick lunch together😍 Kita dikurniakan pasangan yang mungkin berbeza dan berlainan citarasa namun itulah cabaran dalam kehidupan untuk mencari titik persefahaman dan persamaan dalam meniti kehidupan bersama sehingga ke Jannah, InshaAllah.

...
Menu kami juga berbeza. Hobi saya merakam gambar tetapi merakam gambar adalah sumber pendapatan hubby @moosekhair . Namun dalam kesibukan harian, saya pasti akan mengukir senyuman apabila melihat gambar ‘kasut’ dari angle yang sama. Apa ada pada gambar ‘kasut’ ? Pentingnya kasut yang baik untuk menyokong postur badan ketika berjalan dan bekerja. Kerna itu tidak pelik jika saya merakam gambar kasut sebagai tanda penghargaan kepada barangan. Keep smilin’😊 #cyanatalks #cyanashoes #cyanasring

* Mr & Mrs Moose | behind the scenes *

 

🌿Mr & Mrs Moose behind the scenes. Masing-masing kami di bawah lapangan yang sama cuma set yang berbeza. Pastinya cabaran buat small production house adalah Cameraman cum Art & Photography Director, penting bagi merakam motion/moment yang terbaik. Rumit lagi bikin video... baik sahaja memetik camera untuk still photo😅. Hargai kerjaya videographer kerna jika ada bayaran, sudah pasti setimpal dengan kos peralatan, masa dan tenaga serta creative idea mereka😊 #throwback #btsbernasevent #cyanatalks

* Prayforbabycyanamoose *


 🌿#throwback #prayforbabycyanamoose

...
Gambar kenangan untuk ketiga-tiga anak yang dirakam sendiri hubby Moose. Setiap anak mempunyai pengalaman dan alahan yang berlainan, cuma saya bertuah kerna sepanjang pregnancy tidak banyak kerenah, makanan tetap sama. Malam tadi lil’ Emir menyatakan hasrat sekali lagi mahu mempunyai adik perempuan bernama ‘Elyna’ dan saya harus menerangkan kepada anak berusia 5 tahun ini yang tiada lagi adik yang lain(dengan izin Allah) memandangkan faktor usia saya sendiri yang tidak punya kemampuan untuk menjaga anak-anak kecil serentak selain isu kesihatan yang tidak mengizinkan untuk mempunyai anak lagi. Alhmdullillah dengan rezeki anak lelaki 3 orang akan kami didik dan membesarkan mereka sebaik mungkin. Terima kasih atas pengalaman dan rezeki membolehkan saya menyusu anak selama usia anak sulung saya. Moga saya dapat terus menyusu lil’ Elhan sehingga usianya 2 tahun. InshaAllah. #eaqbrothers #emirsjourney #eijazsjourney #elhanalqadryjourney #cyanatalks

* Al Qadry *

🌿A year ago... posisi tidur Elhan 45’, dan hari ini... swipe to left! saya mengukir senyuman melihat Elhan tidur tanpa beralas bantal atau bisa berpusing keliling katil😅 Betapa gembira hati pabila melihat ketiga-tiga anak tidur bersama kerna Elhan terpaksa diasingkan sendirian lebih dari 6 bulan selepas kelahirannya untuk mengurangkan jangkitan virus😘 Be strong Elhan!!! Anak Umy bernama Qadry (Powerful) sekuat suaranya😅 #elhanalqadryjourney #cyanatalks