🌿Aug 1-7, World Breastfeeding Week | Setiap wanita bergelar Ibu punya kekuatan tersendiri. Jangan pernah rasa kecewa jika tidak dapat menyusu anak, tetapi harus bangga setelah mencuba bukan sengaja. Sejujurnya saya tidak bersedia untuk menyusu anak, saya kira mudah sahaja. Salah tekaan saya kerna seorang Ibu itu perlu punya ilmu selain cekal hati dan harus tabah. Selepas kelahiran anak pertama saya belajar semuanya... EBM, power pumping, double pumping dan sebagainya. Saya turut menyusu anak waktu mengandung dan menyusu dua anak serentak... mindset ‘demi anak’, Pam susu untuk bekalan anak juga bukan mudah. Penat!!! Stres! Masa terhad! Minda perlu tenang! Bengkak susu dan sebagainya.
Alhamdullillah kini saya secara tidak sedar diberi rezeki telah menyusu anak selama 5 tahun berterusan.. bagaimana kekuatan itu muncul seadanya. Cabaran utama adalah sewaktu hari bekerja... Saya perlu urus persepsi dengan limitasi masa. Biasa saya pam susu waktu dalam kenderaan ketika dalam perjalanan ke tempat makan atau dalam penerbangan, thanks to my #medelafreestyle portable & ringan. Tips penyusuan Just Be Positive, Mindset!!! InshaAllah ade rezekinya. #wbw2020 #worldbreastfeedingweek2020 #medelafreestyle #cyanatalks
No comments:
Post a Comment