Monday, January 6, 2020

* Welcome LURVELY 2020!!!*

Assalam alaykom... Happy New Year!! 
Welcome 2020 with full of dazzling heart!!!

HOPE

Wawasan 2020 yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali pertama. Saya diceritakan tentang watak dan disiplin beliau yang akan senantiasa memakai pakaian kemas, bertag nama serta akan membawa buku nota kecil untuk membuat catatan. Wawasan 2020 yang saya mula kenali sejak di bangku sekolah rendah jika tidak salah perkiraan ketika itu darjah enam dan perlu menghafal 7 Visi Wawasan 2020!! MashaAllah seakan tidak percaya ianya menjadi kenyataan pabila tahun ini saya menyambut kehadiran tahun 2020 yang pastinya cabaran lebih hebat untuk Perdana Menteri Malaysia yang disayangi disamping menerajui pimpinan negara bersama Kerajaan Malaysia Pakatan Harapan.

Tahun 2020 juga merupakan tahun yang bakal mencatat sejarah untuk diri saya sendiri kerna mulai tahun ini saya akan bertukar ke Corporate Communication Department. Gambaran pertama mendapat berita itu saya agak sedih kerna perlu meninggalkan dunia tender yang telah bersama sejak 10 tahun yang lalu. Namun saya mengambil pendekatan positif untuk menimba ilmu pengetahuan dalam bidang Komunikasi Korporat yang selama ini menjadi sebahagian hobi saya. Mungkin orang melihat ianya forte dan landasan terbaik untuk saya mengembangkan kerjaya namun cabaran terbesar saya adalah untuk bekerja disamping menjaga tiga orang anak-anak kecil yang baru hendak membesar bukanlah suatu perkara yang mudah kerna mereka juga di tahap memerlukan Ibu mereka sepanjang masa. Semoga saya bisa memberikan yang terbaik  buat keluarga dan bekerja dengan penuh ikhlas dan melaksanakan tanggungjawab sebaiknya, InshaAllah. 


Latest pic of my lil' family semasa pertama kali membawa lil' Elhan keluar ke public untuk sesi birthday dinner. Memandangkan lil' Elhan masih lagi dalam pemantauan doktor, maka keluarga kami membataskan aktiviti di luar rumah terutamanya di kawasan sesak dan tertutup seperti kenduri dan shopping mall. lil' Elhan hanya disarankan dibawa ke tempat terbuka seperti taman dan pantai namun dek kerna mahu menghadkan sentuhan dengan Public, maka saya lebih banyak berdiam di rumah bersamanya. 

Semoga tahun 2020 memberi sinar baru kepada keluarga kecil kami, dimurahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan keluarga. Ameen. 

No comments:

Post a Comment