Wednesday, January 30, 2019

* NO SMOKING!!! Thank You *

Assalaam alaykom Malaysians.... bermula tanggal 1 Januari 2019 yang lalu, cerita apa yang lebih hangat selain dari 'Larangan Merokok di Tempat Makan!" Pastinya saya juga terkena tempias disebabkan larangan tersebut datangnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau dalam erti kata yang lebih mudah dari YB Datuk Seri Dr. Hj Dzulkefly Ahmad yang mana saya kira satu peraturan/larangan yang baik diwujudkan demi kesihatan bersama namun kepelbagaian tohmahan dan illutrasi kreatif diolah berkaitan larangan ini. 

Lucunya rakan-rakan mengandaikan mereka perlu berhati-hati jika ternampak saya sewaktu di cafe kerna bimbing mendapat aduan perokok yang melanggar peraturan. Sehingga ada yang mahu mengukur jarak mengguna pita ukur (drama sangat!). Lucu juga bila larangan merokok ini menjadi bahan spinner dan isu utam agenda politik. Be rationale Malaysians! 


Mari berfikir secara positif dan kurangkan cas negatif anda! 

Larangan Merokok sebenarnya telah lama diwujudkan melalui Akta Makanan 1983: Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 cuma tahun 2019 diperluaskan ke tempat awam khususnya kawasan restoran tidak berhawa dingin, gerai-gerai makanan dan sebagainya. 

Apa kebaikan larangan merokok? Jika dari sudut kesihatan jelas ianya baik walau dikatakan menidakkan hak perokok namun perokok harus juga ingat hembusan anda menyebabkan impak dua kali ganda kepada orang disekeliling anda. Perokok juga harus sensitif kepada siapa orang sekitarnya kerna terdapat sebilangan perokok yang tidak sama sekali endah merokok walaupun berada berdekatan dengan kanak-kanak. Larangan merokok di tempat awam telah lama diwartakan. Namun seperti biasa Malaysians tidak 100% mengikut peraturan. Apabila larangan merokok di tempat makan iaitu kawasan yang majoriti tempat lepak atau kegemaran perokok menghisap rokok selepas makan maka jangan mudah melenting. Kita harus menerima sesuatu cadangan dengan hati terbuka. Cuba disiplinkan diri dengan membuang putung rokok di tempat sepatutnya dan bukan di lantai. Cuba sedar akan siapa berada di sekeliling anda sebelum merokok. Benar Kerajaan harus mewujudkan ruang kepada perokok tetapi dengan bajet yang limited mana mungkin semuanya mahu diadakan segera. Lebih penting menaik taraf kemudahan hospital yang banyak uzur dan tidak seangkatan hospital swasta. Tetapi jangan cepat melenting dan melempar fitnah, untuk Kerajaan Baharu memperbaiki apa yang ada dan untuk membuat perubahan pasti masa diperlukan... dan bukan dapat direalisasi sekelip mata. Bayangkan 60 tahun dibanding 6 bulan pasti tempoh bulan-bulan pertama adalah untuk mengkaji, menyelidik dan memahami kekangan yang ada. Mudah kata kepada perokok, anda juga harus menerima larangan merokok dengan hati terbuka dan berdoa agar kemudahan ruang kepada perokok dapat diwujudkan dalam jangka masa segera. 


Alhamdullillah kini kami sekeluarga (terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak kecik) lebih berasa selesa dan tenang bila ke kedai makan kerna tiada lagi hembusan asap rokok. Saya sendiri sebelum ini perlu memerhati tempat duduk yang jauh dari perokok dan pernah juga melarikan anak saya dari perokok dek kerna perokok yang hanya pentingkan diri mereka. Ahli keluarga saya juga ada yang merokok/vaping namun semuanya mempunyai disiplin yang tinggi iaitu tidak merokok di dalam kediaman/dalam kenderaan dan hanya akan merokok di satu sudut khas di luar rumah serta menjauhi asap rokok dari kanak-kanak terutamanya. InshaAllah jika bisa dipraktik selama 40 hari maka anda akan biasa dengan amalan yang lebih baik. Jadikan 6 bulan pertama tahun ini fasa mendidik untuk anda lebih peka dengan persekitarannya. 

my lil' EAQ kini lebih bebas memilih tempat duduk kerna sebahagian besar masa kami sekelurga makan di restoran.  



Be strong Ayahanda YBMK! Kami sekeluarga menyokong saranan baik Ayah demi kesihatan sejagat. Semoga membentuk masyarakat yang lebih berdisiplin dan baik malah terima kasih kerna kini kami bisa menghirup udara yang lebih segar. Alhamdullillah. 

No comments:

Post a Comment