Thursday, January 24, 2019

* Assalam alaykom January 2019 *

Assalam alaykom... Salam tahun masihi 2019. Alhamdullillah membuka halaman tahun baru dengan berita kehadiran lil' junior EAQ yang bakal menjengah dunia pada bulan Julai nanti, InshaAllah. Berita kehadiran cahaya mata ketiga juga adalah rezeki buat keluarga kecil kami yang telah berhijrah ke kediaman baru yang kami namakan 'Teratak Cyanamoose' di Setia Alam. Pada awalnya hati agak keberatan untuk berpindah ke Setia Alam memandangkan hampir enam belas tahun telah bermastautin di Shah Alam. Walau pun, masih berada dalam daerah yang sama cuma hanya suasana aliran trafik yang agak sesak pada hari bekerja. Lil' Emir dan Lil' Eijaz juga menghadapi cabaran yang sama iaitu berpindah ke taska baru. Alhamdullillah setakat ini anakanda berdua kelihatan gembira dan sesuai dengan taska baru. 

Doakan yang terbaik dan dipermudahkan semua urusan keluarga kecil kami. Jika mempunyai kelapangan, InshaAllah saya akan kembali menulis memandangkan kesuntukan masa apabila di rumah saya lebih banyak meluang masa melayan kerenah anakanda berdua yang semakin aktif dan petah berkata. Semoga Lil' Emir dan Lil' Eijaz menjadi abang-abang yang baik dan anak yang soleh serta dapat menjaga keluarga pada masa hadapan. 


Berita kehadiran lil' Junior EAQ yang saya kongsikan pada  8 Januari 2019 semasa minggu ke 12, bersamaan hari ke 88 anakanda berada di dalam rahim. Semoga lil' Junior EAQ membesar dengan sihat dan semoga dapat kita bersua nanti. Ameen. 


All praises to ALLAH SWT. 

No comments:

Post a Comment