Wednesday, January 30, 2019

* NO SMOKING!!! Thank You *

Assalaam alaykom Malaysians.... bermula tanggal 1 Januari 2019 yang lalu, cerita apa yang lebih hangat selain dari 'Larangan Merokok di Tempat Makan!" Pastinya saya juga terkena tempias disebabkan larangan tersebut datangnya dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau dalam erti kata yang lebih mudah dari YB Datuk Seri Dr. Hj Dzulkefly Ahmad yang mana saya kira satu peraturan/larangan yang baik diwujudkan demi kesihatan bersama namun kepelbagaian tohmahan dan illutrasi kreatif diolah berkaitan larangan ini. 

Lucunya rakan-rakan mengandaikan mereka perlu berhati-hati jika ternampak saya sewaktu di cafe kerna bimbing mendapat aduan perokok yang melanggar peraturan. Sehingga ada yang mahu mengukur jarak mengguna pita ukur (drama sangat!). Lucu juga bila larangan merokok ini menjadi bahan spinner dan isu utam agenda politik. Be rationale Malaysians! 


Mari berfikir secara positif dan kurangkan cas negatif anda! 

Larangan Merokok sebenarnya telah lama diwujudkan melalui Akta Makanan 1983: Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 cuma tahun 2019 diperluaskan ke tempat awam khususnya kawasan restoran tidak berhawa dingin, gerai-gerai makanan dan sebagainya. 

Apa kebaikan larangan merokok? Jika dari sudut kesihatan jelas ianya baik walau dikatakan menidakkan hak perokok namun perokok harus juga ingat hembusan anda menyebabkan impak dua kali ganda kepada orang disekeliling anda. Perokok juga harus sensitif kepada siapa orang sekitarnya kerna terdapat sebilangan perokok yang tidak sama sekali endah merokok walaupun berada berdekatan dengan kanak-kanak. Larangan merokok di tempat awam telah lama diwartakan. Namun seperti biasa Malaysians tidak 100% mengikut peraturan. Apabila larangan merokok di tempat makan iaitu kawasan yang majoriti tempat lepak atau kegemaran perokok menghisap rokok selepas makan maka jangan mudah melenting. Kita harus menerima sesuatu cadangan dengan hati terbuka. Cuba disiplinkan diri dengan membuang putung rokok di tempat sepatutnya dan bukan di lantai. Cuba sedar akan siapa berada di sekeliling anda sebelum merokok. Benar Kerajaan harus mewujudkan ruang kepada perokok tetapi dengan bajet yang limited mana mungkin semuanya mahu diadakan segera. Lebih penting menaik taraf kemudahan hospital yang banyak uzur dan tidak seangkatan hospital swasta. Tetapi jangan cepat melenting dan melempar fitnah, untuk Kerajaan Baharu memperbaiki apa yang ada dan untuk membuat perubahan pasti masa diperlukan... dan bukan dapat direalisasi sekelip mata. Bayangkan 60 tahun dibanding 6 bulan pasti tempoh bulan-bulan pertama adalah untuk mengkaji, menyelidik dan memahami kekangan yang ada. Mudah kata kepada perokok, anda juga harus menerima larangan merokok dengan hati terbuka dan berdoa agar kemudahan ruang kepada perokok dapat diwujudkan dalam jangka masa segera. 


Alhamdullillah kini kami sekeluarga (terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak kecik) lebih berasa selesa dan tenang bila ke kedai makan kerna tiada lagi hembusan asap rokok. Saya sendiri sebelum ini perlu memerhati tempat duduk yang jauh dari perokok dan pernah juga melarikan anak saya dari perokok dek kerna perokok yang hanya pentingkan diri mereka. Ahli keluarga saya juga ada yang merokok/vaping namun semuanya mempunyai disiplin yang tinggi iaitu tidak merokok di dalam kediaman/dalam kenderaan dan hanya akan merokok di satu sudut khas di luar rumah serta menjauhi asap rokok dari kanak-kanak terutamanya. InshaAllah jika bisa dipraktik selama 40 hari maka anda akan biasa dengan amalan yang lebih baik. Jadikan 6 bulan pertama tahun ini fasa mendidik untuk anda lebih peka dengan persekitarannya. 

my lil' EAQ kini lebih bebas memilih tempat duduk kerna sebahagian besar masa kami sekelurga makan di restoran.  



Be strong Ayahanda YBMK! Kami sekeluarga menyokong saranan baik Ayah demi kesihatan sejagat. Semoga membentuk masyarakat yang lebih berdisiplin dan baik malah terima kasih kerna kini kami bisa menghirup udara yang lebih segar. Alhamdullillah. 

Tuesday, January 29, 2019

*Behind the Scenes of Rice Warrior Challenge 2018*

Assalaam alaykom... cerita sebalik tabir Rice Warrior Challenge 2018 a.k.a RWC yang berlangsung pada bulan November yang lalu. Berita penuh RWC inshaAllah akan menyusul kelak jika ada kelapangan (owh.. wajib ada untu kenangan & rujukan). Tahun lalu sekali lagi Kelab Bernas Malaysia menganjurkan RWC yang mana sebenarnya program ini tidak tersenarai dalam carta tahunan namun dek kerna permintaan semasa, program ini diadakan serentak bersama dengan program futsal KBM. owh.. dek kerna sewaktu futsal handphone di monopoli oleh anakanda EAQ maka hanya sempat merakam beberapa keping sahaja gambar untuk kenangan. 

Persediaan program bermula pada pertengahan bulan September dan seperti kebiasaan dek kerna kesuntukan masa maka hanya sempat mengatur apa yang terbaik dengan kekangan dapat memantau dari jarak jauh dan banyak berkomunikasi melalui WhatsApp sahaja. Alhamdullillah program berjalan lancar yang mana RWC dikendalikan oleh Consultant Black Box Event yang dilantik manakala futsal dikendalikan sepenuhnya oleh KBM Kedah. Tahniah sekali lagi kepada KBM Kedah yang berjaya menyahut cabaran menganjurkan tiga program secara serentak. Pening persiapan program hanya kami sahaja yang tahu...ahaks. Okay jom sambung cerita bergambar ya...

bermula dengan persiapan proposal kepada Pengurusan untuk tujuan mendapatkan kelulusan dana program

sesi mesyuarat bersama Consultant Black Box Event

sesi mesyuarat video conference dengan KBM Kedah

maklumat program disebarkan melalui email, facebook dan instagram

sesi mesyuarat dengan KBM Kedah

sesi lawatan tapak di lokasi program RWC

sesi lawatan ke gelanggang futsal

progress meeting dengan Black Box Event

anakanda EAQ juga memakai Tshirt RWC tanda sokongan kepada Umy (selain untuk tujuan marketing... hehe)

persiapan akhir... penghantaran hadiah ke lokasi program

lil' Eijaz mengenakan Tshirt RWC... paling awal rasmi. hiks

sesi taklimat futsal pada sebelah malam menjelang ke hari program

anakanda EAQ turut serta mendengar taklimat

spot my lil' Pooh

pose with the ladies from KBM HQ


program dimulakan dengan bacaan doa



perasmian program oleh Head HRESD

bergambar kenangan bersama barisan VIP dan YDP KBM

sesi memanas badan

pose bersama dengan srikandi Bernas


with Presiden KBM dan miss Dila yang memenangi tempat pertama kategori wanita

in the meantime.. lil' EAQ sedang beriang ria dengan hubby Moose. hehe

lil' Eijaz on the moves

my lil' Emir yang turut hadir menyokong Umy.. ahaks


sesi lucky draw.. berduet dengan emcee untuk sesi lucky draw. owh.. ketika ini saya masih lagi mengalami alahan mengandung tetapi Alhamdullillah masih dapat bekerja dengan baik walau sesekali muntah air.. opps! 

pose dengan Spidermans dan team Black Box Event


Emir and Spidermans


pose with my lil' Eijaz

thank you to my Family yang sentiasa memberi sokongan

after event pose with miss Shima a.k.a my programme partner dan juga mr Arif from Black Box Event

one pose with my lil' Emir ketika di program Futsal


memoir with team Black Box Event


Alhamdullillah... gembira dapat menjayakan satu lagi program besar untuk KBM. Semoga saya terus diberi kesihatan yang baik untuk melaksanakan program-program yang akan datang. Terima kasih atas kesempatan dan kekuatan yang diberikanNYA untuk menjalankan tugasan ini walaupun saya menghadapi alahan pregnancy pada awal bulan kehamilan. Untuk catatan ketika program ini berlangsung saya baru mendapat tahu telah 8 minggu hamil anak yang ketiga, InshaAllah namun saya tidak berkongsi dengan sesiapa kecuali hubby Moose. Alhamdullillah hubby Moose terus menyokong dan memberi semangat kepada saya untuk bekerja di bawah kawalan ibu mengandung. hiks. 

LOVE.
#ricewarriorchallenge2018



Thursday, January 24, 2019

* Assalam alaykom January 2019 *

Assalam alaykom... Salam tahun masihi 2019. Alhamdullillah membuka halaman tahun baru dengan berita kehadiran lil' junior EAQ yang bakal menjengah dunia pada bulan Julai nanti, InshaAllah. Berita kehadiran cahaya mata ketiga juga adalah rezeki buat keluarga kecil kami yang telah berhijrah ke kediaman baru yang kami namakan 'Teratak Cyanamoose' di Setia Alam. Pada awalnya hati agak keberatan untuk berpindah ke Setia Alam memandangkan hampir enam belas tahun telah bermastautin di Shah Alam. Walau pun, masih berada dalam daerah yang sama cuma hanya suasana aliran trafik yang agak sesak pada hari bekerja. Lil' Emir dan Lil' Eijaz juga menghadapi cabaran yang sama iaitu berpindah ke taska baru. Alhamdullillah setakat ini anakanda berdua kelihatan gembira dan sesuai dengan taska baru. 

Doakan yang terbaik dan dipermudahkan semua urusan keluarga kecil kami. Jika mempunyai kelapangan, InshaAllah saya akan kembali menulis memandangkan kesuntukan masa apabila di rumah saya lebih banyak meluang masa melayan kerenah anakanda berdua yang semakin aktif dan petah berkata. Semoga Lil' Emir dan Lil' Eijaz menjadi abang-abang yang baik dan anak yang soleh serta dapat menjaga keluarga pada masa hadapan. 


Berita kehadiran lil' Junior EAQ yang saya kongsikan pada  8 Januari 2019 semasa minggu ke 12, bersamaan hari ke 88 anakanda berada di dalam rahim. Semoga lil' Junior EAQ membesar dengan sihat dan semoga dapat kita bersua nanti. Ameen. 


All praises to ALLAH SWT.