Bandar Bayan Baru, Penang @ 2018
Assalam alaykom... ketika catatan ini dicoret masa menunjukkan jam 12:05 pagi dan saya sedang menunggu masa untuk berangkat pulang ke kampung halaman terchenta iaitu Bandar Bayan Baru. Semakin hari rindu akan kampung kerna dahulunya saya adalah penduduk tetap dan tidak pernah berniat untuk berhijrah kemana-mana. Perjalanan hidup kita ditentukan olehNya, kini saya telah lebih 15 tahun menetap di Shah Alam dan akan pasti lebih lama menetap di Selangor namun kampung halaman masih dalam hati. Jika dahulunya setiap bulan pasti saya akan menaiki bas ekpress pulang ke Penang namun kini agak kebatasan dan hanya pulang dua atau tiga bulan sekali. Yang pasti apabila mendengar saya perlu pulang ke Penang untuk bekerja, sudah tentu sangat teruja. Walau sayu rasa hati sebenarnya kerna hanya akan berada di rumah kurang dari 24 jam, namun biarlah kesempatan masa bersama keluarga Penang nanti diguna sebaiknya. InshaAllah.
owh.. Jika menatap di gambar yang dirakam oleh hubby Moose, bangunan berbumbung panjang itu adalah Medan Selera Bayan Baru atau dikenali sebagai Astaka Bayan Baru. Tempat itu adalah sumber rezeki kami sekeluarga berniaga melebihi 20 tahun. Jika dikenang zaman persekolahan, Mama dan Abah mula berniaga sejak saya berumur 8 tahun dan sejak itu kehidupan kami sekeluarga berubah. Seingat saya ketika zaman sekolah rendah, makanan tengahari akan dibungkus oleh Abah manakala apabila masuk ke sekolah menengah, saya dibekalkan wang untuk makan pagi sehingga ke malam kerna Mama hanya akan pulang selepas jam 9 malam. Maka saya sememangnya sudah biasa makan sendirian di warung. Dan setiap hari Ahad adalah hari membantu keluarga di kedai, maka saya akan membawa bersama buku sekiranya menjelang musim peperiksaan. Apa yang saya pelajari adalah untuk berniaga hati perlu kental dan cekal menghadapi pasang surat dalam permiagaan. hmm.
owh.. untuk rekod tahun ini sekali lagi diberi peluang untuk mengadakan program di Penang dan pastinya sejarah akan berulang kerna jika tahun 2015 saya mendukung lil' Emir ketika beliau berusia 3 bulan semasa bertugas di program. Tahun ini saya akan mendukung pula lil' Eijaz yang berusia 9 bulan dan berharap agar lil' Eijaz bisa menyesuaikan diri untuk sama bekerja dengan Umy. Esok adalah lawatan pertama saya bersama lil' Eijaz untuk meninjau lokasi program. Be nice to Umy!!! Doa agar dipermudahkan semua urusan dan selamat perjalanan kami sekeluarga untuk pulang ke kampung halaman.
No comments:
Post a Comment