Assalam alaykom... pertama syukur kepadaNYA yang memberi rezeki kepada keluarga kecil kami. Sejak keberadaan lil' Emir, jadual saya juga telah berubah. Jika dahulu saya hanya memerlukan 30 minit untuk bersiap, sekarang menjadi 90 minit dek kerna lil' Emir yang mahu turut bersama mandi berjalan ke sana dan kemari. owwhhh I wish I can give him a tablet. ahaks! Sebenarnya saya cuba tidak memberikan barangan seumpama itu kerna mahu anakanda bermain mainan tradisional namun dek kerna perkembangan teknologi yang pantas, saya terpaksa akur dan memberi ruang kepada anakanda untuk sama menikmati kemudahan dan keseronokan alam maya. wink!
Ceritanya hubby Moose telah menghadiah lil' Emir sebuah kereta kecil untuk memudahkan Umy menghantar lil' Emir ke rumah babysitter. Kriteria kereta yang dicari adalah kecil dan baik kondusinya. Maka bermulalah pencarian melalui Mudah.Com yang mana banyak iklan penjualan kereta. Akhirnya kami bertemu dengan dua jenis kereta yang telah disenarai pendek iaitu pilijhan pertama Peugeot kerana terdapat beberapa siri Peugeot yang dikbuat koleksi oleh ahli keluarga Warisan Tehez dan pilihan kedua adalah Chevrolet Aveo. Saya kemudiannya diberi peluang membuat pilihan dan telah memilih Chevrolet Aveo kerna pernah memandu kereta SIL dan ianya akan memudahkan saya menyesuaikan diri dengan kereta tersebut.
Alhamdullillah, ianya memudahkan saya menghantar dan mengambil lil' Emir setiap hari. Anyway, thanks to hubby Moose yang membolehkan kami jalan-jalan makan angin. hiks! owh... namanya ATam, iaitu Aveo Hitam kawan kepada CTam.
sesi melawat kereta
the ATam yang telah berusia 10 tahun
ciri-ciri sporty ATam membuatkan saya jatuh hati padanya selain warna hitam.. hiks!
the interior yang kemas dan cantik
test duduk.. hehe
lil' Emir juga mahu mencuba test drive
our first selfie in ATam
current pic... lil' Emir yang akan tidur sepanjang 10 mins perjalanan
jika tidak tidur, sama sibuk mahu memandu bersama Umy
safe drive. Semoga ALLAH SWT melindungi keselamatan kami berdua. Benar bahaya memandu sambil menjaga anak...owh selfie hanya ketika berhenti di traffic light. Tetapi mempunyai anak seaktif lil' Emir, saya harus akur dan sedaya mungkin memandu dengan berhati-hati sambil menjaganya. Jika tidak mampu dikawal, saya akan berhenti dan tunggu sehingga beliau tidur dalam pangkuan sebelum sambung lagi memandu. Ya benar bahaya... pilihan lain adalah jika tidak memandu sambil menjaga anak, maka kami dua-beranak akan lebih lama berada di perjalanan kerna lil' Emir akan tertidur jika kenderaan berjalan atau ketika beliau sangat keletihan dan tertidur sahaja. Safe journey.
No comments:
Post a Comment