Assalaam alaykom... kembali lagi dengan cerita yang mungkin dalam kategori #throwback namun padahnya bila tidak dicoret dalam blog, dan apabila simpanan gambo semuanya hilang dan hanya tinggal sisa yang terselamat barulah berasa kekesalan. Sekurangnya jika di blog, kehilangan maklumat adalah tipis yang mana jika storage blogspot hancur atau ditutup mungkin cerita dan gambo hilang. Saya juga mengambil pendekatan merakam kenangan di blog untuk dibaca oleh anakanda pada kemudian hari atau pada bila ketiadaan saya yang kita sendiri tidak tahu bila panggilanNYA.
Cerita setahun yang lalu iaitu semasa mahu menyambut kelahiran lil' Emir yang ketika itu dirujuk sebagai lil' One, Umy adalah orang yang paling sibuk mahu penyediaan perkakasan lil' Emir. Memandangkan jantina liil' Emir hanya diketahui pada minggu 32 atau masuk bulan ke 8, maka persiapan pakaian lil' Emir ketika itu hanyalah dibeli ketika kandungan masuk ke bulan ke 7 kerna kemungkinan bersalin awal seperti yang berlaku kepada sesetengah ibu. Baju-baju lil' Emir hanya beli 'basic wear' yang mana syaratnya bukan berwarna biru kerna warna biru adalah amat sinonim dengan bayi lelaki pink pula untuk bayi perempuan. So Umy Emir yang sedikit cerewet mahu warna tersendiri untuk anakanda. Dengan itu, pencarian warna bermula... hiks! Akhirnya saya menermui warna orange untuk lil' Emir dan dipadankan dengan chartreuse green. Warna itu juga mengambil tema semasa majlis tahneek lil' Emir. Selain itu, barangan lil' Emir berwarna putih menandakan kesucian seorang bayi. LOVE!
Alhamdullillah rezeki anakanda pada bulan terakhir mendapat satu bilik kosong untuk menempatkan kami berdua ketika berpantang. Penghuni sebelum ini adalah my BIL Musleh yang kini masuk ke hostel UIAM dan pindah ke bilik lain, maka lil' Emir dapat bilik bersebelahan bilik Umy. Kemudian sesi mengemas dan menghias ala kadar dilakukan. Walaupun sarat mengandung ketika itu, saya masih diberi kekuatan untuk menyediakan persiapan terakhir barangan dan bilik tidur lil' Emir. Thanks to Mama Ami yang menghadiahkan katil dan bertambah panjang pula senarai barangan yang perlu dibeli. hehe. shoppin' tyme!!! owh.. my favourite!!! Memandangkan Umy Emir suka merakam gambo maka sesi bts shoppin' juga penuh gambonya.
I'm now a MOTHER!
bathtub juga mahu ikut tema putih
so colorful! cute!
carseat penting untuk menghantar lil' Emir ke babysitter
my favourite shop sejak menjadi ibu
cute cute items!
shoppin' adalah terapi minda... ahaks!
koleksi baju lil' Emir yang dibeli dari kampung halaman sista Sumayya
blanket
barang-barang yang belum disusun
beg yang disediakan untuk ke hospital
the first toy from Jiddah
sesi mengemas bilik
thanks to hubby Moose yang menjadi tukang memasang katil dan mengemas bilik
almost ready
Akhirnya bilik untuk lil' Emir telah disediakan. owh.. jika terjumpa lagi gambo mungkin akan ditambah. hehe. Setelah setahun, lil' Emir kini bisa panjat dan lompat keluar dari katilnya menyebabkan beliau lebih selamat tidur bersama Umy. To my dear Emir... thank you sepanjang malam tidur dengan nyenyak dan tidak banyak meragam. Alhamdullillah.
No comments:
Post a Comment