Friday, February 19, 2016

* Kuih Muih | KUEH *

Assalaam alaykom...marathon update saya kira kerna banyak lagi entry yang menanti maka yang paling mudah memilih cerita harian atau kunjungan Geng Makan Glen a.k.a GMGlen yang sememangnya suka bergambo. Lebih mudah kira bila mana semua kamera mempunyai '360 mode' maka lebih senang untuk selfie berbanding ketika zaman lima tahun yang lalu terpaksa menganggak sendiri tanpa lensa kamera. Jika sejak zaman saya menggunakan Blackberry pun sudah 'selfie' yang mana ketika itu masih belum wujud perkataan 'selfie' apatah lagi sekarang? Gambo sahaja memenuhi ruang memori. hiks.

GMGlen yang mempunyai seorang ahli kaki makan iaitu mrs Mamatisya atau dipanggil Timy, telah memudahkan carian kedai makan pada waktu tengahari. Saya pasti tukang mengikut tetapi bab makan akan memilih apa yang dimahukan tekak. Yang pasti jika kedai mempunyai teh ais sedap, pasti saya senyum lebar. Actually pada bulan Januari lalu, saya telah mula survey cafe untuk menganjurkan majlis birthday lil' Emir, maka sambil makan sambil survey dan sambil berrgambo. Antara cafe yang saya survey adalah Kueh yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

GMGlen from left Tinana, Timy, Tijue, Tidil and Tiz. Tika seorang lagi masih bertugas di ofis Menara HLA Kuala Lumpur, tetapi jika Tika datang ke Glenmarie kami pastinya akan cuba mengenakan ton warna yang sama.

the centerpiece

teh ais sedap tetapi agak mahal untuk diminum setiap hari

ruang dalam Kueh

nice interior

antara kuih yang dijual... I just love the details element

delicious roti jala kuah ayam 

colorful apam

cake by 126 Kitchen

sambil pilih kuih sambil pose

pose sebelum pulang

tapau kuih kegemaran iaitu kuih cara

GMGlen pose @ KUEH

1 comment:

  1. Mamatisya ngan makanan,berpisah tiada..hehe..byk lg tmpt kita nk try p makan nanti

    ReplyDelete