Tuesday, February 23, 2016

* Festival Nasyid BERNAS 2015 *

Date: 26th December 2015
Location: Grand Alora, Alor Setar Kedah

Assalaam alaykom... Festival Nasyid BERNAS 2015 adalah program anjuran kali kedua oleh Biro Agama & Kebajikan, Kelab BERNAS Malaysia dengan kerjasama Kelab BERNAS Malaysia cawangan Kedah telah berlangsung di Ballroom Grand Alora Hotel Alor Setar Kedah yang menyaksikan 12 kumpulan nasyid dari seluruh negeri di Malaysia. Program ini digabungkan bersama dengan Program Kembali ke Sekolah Anak-Anak Petani dan Asnaf Negeri Kedah. Seramai hampir 700 tetamu hadir memenuhi Ballroom Grand Alora yang serba indah ditambah dengan kemeriahan anak-anak kecik yang pastinya paling gembira dapat hadir ke program dan menjamu selera di hotel tersebut. 

Alhamdullillah, program berjalan dengan lancar walaupun dengan persiapan yang paling minima. Bagi peserta-peserta nasyid dari kalangan ahli KBM, dilihat banyak peningkatan dari segi vokal dan persembahan malah memberi saingan positif antara satu sama lain. Yang penting program diakhiri dengan senyuman dan berlangsung mengikut masa yang ditetapkan. Saya ditugaskan sebagai pengacara majlis bersama dengan rakan setugas iaitu Mr Hafizy pada malam harinya disamping membantu aturan dan rehearsal majlis. owh.. bak kata bila dapat mic pasti saya akan berbicara tanpa noktah namun sebaliknya debaran dan gemuruh akan sentiasa ada. Syukur dapat juga berkongsi tips dan pengalaman bersama rakan pengacara yang baru. Sesekali bila duet mengacara bagus juga dapat mempelbagaikan idea dan ada backupnya. hehe. 

Tugas bermula seawal jam 11 pagi yang mana lawatan ke dewan untuk memastikan sistem audio dan susunatur telah tersedia. Jam 2 petang, semua peserta nasyid telah berkumpul untuk mengadakan rehearsal dan kali ini lebih mudah kerna sebahagian peserta telah mempunyai pengalaman naik pentas dan tidak banyak yang perlu di susunnya. Jam 7:30 malam selepas maghrib, tetamu mula masuk ke dewan dan mr CEO dan para VIP hadir tepat jam 8 malam. Program bermula awal dengan pemberian sumbangan kepada Program kembali ke sekolah diikuti pertandingan nasyid.

 the event

 
 mr Serituah... my co-partner

 waktu untuk bertugas.. Hola lil' Emir!

 my supportive friends

 rehearsal tyme

 team HQ sewaktu rehearsal

 smile after rehearsal

 ready for event

 the program book

workin' tyme!

 mr Hafizy... co-emcee

debaran sebelum bertugas... 

 mr CEO memberi ucapan dan merasmikan majlis

 team Kelantan

 team Terengganu

 team Perlis


Juara bertahan...Tempat Pertama, team Sabah Quthrunada dari Sabah. 
Persembahan nasyid kontemporari yang menyaksikan kombinasi harmoni yang mantap

 team Pulau Pinang.. Raudhatul Jannah

 team Perak.. Darul Ridzuan

team Kedah ... Soutul Imtiyaz memenangi tempat kedua dan Encik Fitri memenangi kategori solo

 team Sarawak.. Al Khalifah memenangi tempat ketiga

 team HQ

 team Kedah

 team Kedah

team Selangor

 selingan cabutan nombor bertuah

 pose after the event!

 emcees with mr CEO

 
gambo kenangan bersama wakil-wakil HQ
Gambo kenangan AJK Program di Kedah. 

Gembiranya saya kerna ABAH dan MAMA sempat juga hadir menyaksikan anak mereka bekerja di pentas... ehhh.. {macam peserta nasyid pulak.. hehe} Thanks to hubby Moose yang menjaga lil' Emir sepanjang saya bertugas walaupun anakanda hanya sempat hadir sewaktu rehearsal malam hari telah tidur lena.

owh.. lil' Emir adalah pakej dan rakan bekerja di tempat program. Alhamdullillah lil' Emir seakan memahami tuntutan tugas Umy dan tidak meragam sepanjang beliau menghadiri mana-mana majlis. Good lil' Boy!

Selesai sudah program penutup tahun 2015, Alhamdullillah. Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Gambo program lain sekiranya ditemui hardisk yang hilang dapatlah kiranya saya kemaskini program walaupun cerita #throwback. InshaAllah. 


No comments:

Post a Comment