Assalaam alaykom... lagi cerita mengenai perjalanan pembesaran lil' Emir yang mana salah satu cabarannya adalah mencari pengasuh atau babysitter atau singkatannya BS. owh.. bunyi seakan mudah dan saya juga pada mulanya ambil mudah namun kesukaran untuk mencari BS yang bersesuaian dan agar kita sebagai ibu bapa bisa bekerja dengan tenang itu menjadikannya situasi menjadi sukar. Selepas berpantang, barulah saya mula mencari BS dan melawat pusat jagaan anak atau nursery. Dalam 10 buah nursery yang saya pergi dan 6 BS dan nursery yang dihubungi melalui telefon, hanya sebuah sahaja yang masih mempunyai kekosongan manakala sebuah lagi tidak mempunyai kemudahan mengendali EBM iaitu susu ibu. Kebanyakan ibu yang menghantar anak ke nursery telah membuat tempahan lebih awal seawal kehamilan mereka. Dan rupanya tidak semua nursery menyediakan kemudahan EBM kerna ianya menggunakan peralatan khas seperti pemanas susu dan peti sejuk khas untuk EBM. Manakala BS yang dihubungi masing-masing menjaga ramai anak asuhan. hmm..
Selepas puas mencari dan ketika pencarian nursery, hubby Moose mengambil keputusan untuk tidak hantar ke nursery kerna semua mengambil semaksima mungkin anak asuhan, maka kami mengambil pendekatan meminta my SIL untuk menjaga lil' Emir. Memandangkan lil' Emir masih fragile dan kecil, kami lebih rela mencari BS yang boleh dipercayai dan semestinya yang penyayang. my SIL atau dipanggil lil' Emir dengan nama MamaChal tinggal di Puchong dan dengan itu setiap hari kami menghabiskan lebih banyak masa di atas jalan raya cuma hati benar lebih tenang ketika bekerja walau terpaksa berkejaran pulang on-time dan menyediakan lebih banyak stok EBM.
Selepas eidulfitri, lil' Emir sudah menjangkau usia 6 bulan, maka sekali lagi pencarian BS di lakukan kerna my SIL tidak bisa menjaga anakanda yang semakin membesar dek kerna kesihatannnya yang kurang baik. Sekali lagi kerisauan melanda apabila lil' Emir pada mulanya menunjukkan reaksi tidak sesuai dengan BS yang baru iaitu Nenda Ronie yang tinggal di Taman Bukit Hijau Seksyen 25. Nenda adalah keluarga di sebelah AYAH yang juga menjaga seorang anak asuhan. Walaupun kediaman Nenda agak jauh dari laluan ke pejabat, kami tetap optimis mahu mendapatkan BS terbaik untuk anakanda. Namun jodoh lil' Emir dan Nenda tidak lama, beliau terpaksa berhenti menjaga anakanda kerna perlu menghantar anaknya ke sekolah pada waktu pagi.
Sekali lagi pencarian BS bermula dan kali ini saya membuat iklan di laman FB Kelab Pengasuh Anak. Ramai juga yang memberi maklum balas namun seperti biasa saya perlu lebih teliti memilih kerna kebanyakan mereka menjaga ramai anak asuhan. Akhirnya saya mendapat seorang BS dengan 3 anak asuhan dan dicampur anaknya sendiri seramai 2 orang menjadi 5 anak di bawah jagaan. Tetapi lil' Emir pula tidak serasi kerna asyik menangis. Pity me... sepanjang menjaga anakanda tidak pernah melihat beliau menangis seperti mana yang didakwa oleh BS. hmm. BS terpaksa menyerah semula lil' Emir selepas 8 hari menjaganya. okay... think positive!!! mungkin ada hikmah disebalik kejadian.
Kemudian bermulalah era 'AbySitter' yang mana lil' Emir dijaga sendiri sepenuh masa oleh hubby Moose dan yang pasti anakanda menjadi lebih manja dengan Aby dan apabila tidur juga mahu mencari Aby. Bangun buka mata juga disebut nama Aby! Aby! okay... Umy? hehehe.... lil' Emir baru sahaja bisa menyebut Umy untuk meminta susu. hiks!
owh... panjang cerita, ringkasannya kami masih lagi mencari BS untuk anakanda dan dirangkulkan gambo dengan cerita seperti biasa memandangkan koleksi gambo sebelum hilang dari pandangan lebih baik kongsi di blog terchenta.
our lil' Emir!!!
lil' Emir ketika berusia 4 bulan
perjalanan ke rumah Nenda
a lil' gift for Nenda
bakul lil' Emir yang akan mengikut ke mana sahaja
stok EBM untuk lil' Emir
hari kelapan atau hari terakhir lil' Emir di kediaman BS ketiganya
lil' Emir semasa dalam penjagaan Aby
playin' tyme
happy!
sandwich kegemaran lil' Emir
lil' Emir with his BS
sleepin' tyme
duduk dengan Aby... pakai baju cantik-cantik.. hehe
lil' Emir and his walker
spageti tyme
jumpin' tyme
the boy!
kini tidur mahu dalam dakapan Aby
lil' Emir and his cousins
breakfast tyme
fish feedin' tyme
look at him!! bangun tidur terus tersenyum di rumah MamaChal
jika Aby outstation, lil' Emir akan ke rumah MamaChal
playin' tyme
cookin' tyme
lil' Emir and his lovin' Aby!!!
Thanks to hubby Moose yang menjaga lil' Emir sepanjang ketiadaan BS. Terima kasih juga kepada Nenda dan MamaChal yang sudi menjaga lil' Emir dengan penuh kasih sayang. Semoga lil' Emir akan mendapat ganti BS yang baik dan penyayang juga bisa membesarkannya dengan sebaik mungkin. InshaAllah.