Saturday, May 16, 2015

* my Strong lil' Emir *

Assalaam alaykom... catatan harian buat kenangan perjalanan hidup lil' Emir Al Qays atau lebih mesra dipanggil BamBam. Untuk rekod lil' Emir kini berusia 3 bulan dan beratnya melebihi 6.3kg dan fizikalnya yang tembam itu membuatkan nama glamournya BamBam! 

Setiap pagi selepas subuh, kami bertiga akan keluar rumah dan hubby Moose akan menghantar saya ke ofis kemudiannya lil' Emir ke Puchong kerna dijaga oleh my SIL. Alhamdullillah walaupun jaraknya agak jauh yang mana setiap hari kami sekeluarga terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghabiskan masa yang lebih lama di jalan raya namun saya sendiri terasa lil' Emir selamat dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Just look at him... gambo yang dirakam oleh my SIL sentiasa menunjukkan lil' Emir tersenyum riang walaupun kebiasaannya susah untuk melihatnya tersenyum jika tidak mengenali si kecik yang pandai mengambil hati orang. soo cheeky!

close up at 3 months

 excited face memandang MamaChal yang juga menjadi Ibu susuannya

 lil' Emir with lil' Sumayya yang merupakan kakak sama Ibu susuan

 aksi-aksi lil' Emir sepanjang berada di jalan raya

perjalanan sehala melebihi 45 minit yang membuatkan masa memandu lebih mencabar


lil' Emir juga sudah bisa memegang botol susu sendiri


OUR good boy lil' Emir in pose! 

WE LOVE YOU EMIR AL QAYS! 

No comments:

Post a Comment