Saturday, May 16, 2015

* To make you feel my LOVE! *



"I'd go hungry, I'd go black and blue
I'd go crawling down the avenue
No, there's nothing that I wouldn't do
To make you feel my love

I could make you happy, make your dreams come true
Nothing that I wouldn't do
Go to the ends of the earth for you
To make you feel my love"

... Adele...





* Stay Tuned! *

my PENANG Island!!! 

Coming Soon!! Stay Tuned!

* my Strong lil' Emir *

Assalaam alaykom... catatan harian buat kenangan perjalanan hidup lil' Emir Al Qays atau lebih mesra dipanggil BamBam. Untuk rekod lil' Emir kini berusia 3 bulan dan beratnya melebihi 6.3kg dan fizikalnya yang tembam itu membuatkan nama glamournya BamBam! 

Setiap pagi selepas subuh, kami bertiga akan keluar rumah dan hubby Moose akan menghantar saya ke ofis kemudiannya lil' Emir ke Puchong kerna dijaga oleh my SIL. Alhamdullillah walaupun jaraknya agak jauh yang mana setiap hari kami sekeluarga terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghabiskan masa yang lebih lama di jalan raya namun saya sendiri terasa lil' Emir selamat dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Just look at him... gambo yang dirakam oleh my SIL sentiasa menunjukkan lil' Emir tersenyum riang walaupun kebiasaannya susah untuk melihatnya tersenyum jika tidak mengenali si kecik yang pandai mengambil hati orang. soo cheeky!

close up at 3 months

 excited face memandang MamaChal yang juga menjadi Ibu susuannya

 lil' Emir with lil' Sumayya yang merupakan kakak sama Ibu susuan

 aksi-aksi lil' Emir sepanjang berada di jalan raya

perjalanan sehala melebihi 45 minit yang membuatkan masa memandu lebih mencabar


lil' Emir juga sudah bisa memegang botol susu sendiri


OUR good boy lil' Emir in pose! 

WE LOVE YOU EMIR AL QAYS! 

Friday, May 15, 2015

* Happy Mothers Day to ME! *

Assalaam alaykom... sedikit catatan mengenai sambutan Hari Ibu bersama keluarga the Wayfarers yang mana kami meluangkan masa minum petang bersama sambil menikmati hidangan kek. 

A simple celebration but meaningful! Alhamdullillah. 

Saya seorang yang bergelar Ibu pastinya rasa terharu apabila diraikan dengan kehadiran lil' Emir. Dan pasti juga saya mahu membuat yang terbaik untuk anakanda walaupun terpaksa mengharungi apa jua dugaan dan cabaran. 

 my cheeky lil' Emir talkin' to his Aby Moose

 Subjek utama adalah baju lil' Emir yang memakai nama glamour hubby Moose

sunshine of my day

 my lil' family in pose
 my SIL family yang kini menjaga lil' Emir setiap hari bekerja
 the Wayfarers in pose

and thanks to hubby Moose for your love!
I'm now a happy Umy!

* 15.05.15 *

Assalaam alaykom.... sudah menjelang tanggal 15 Mei 2015 yang diringkaskan dalam bentuk nombor 15.05.15 mungkin lebih menarik susunannya. owh! lamanya tidak berbicara dan bila menaip sambil berkata terasa seakan getaran yang kuat melanda. YES! I'm pretty nervous! Tak kira berapa kali kaki menjejak kaki ke pentas, tangan memegang mic, mulut berbicara tanpa henti namun perasaan gementar itu pasti ada bila mana saya mendapat tugasan menjadi pengacara. Jantung akan mengepam kencang walaupun wajah saya kelihatan tersenyum seadanya. Petang tadi tiba-tiba saya ditegur oleh pengawal keselamatan bangsa Nepal yang mana beliau memberi pujian untuk saya yang mengendalikan majlis KBM yang lalu. Walaupun sebutir kata-kata saya tidak difahaminya, namun beliau tetap mahu memuji katanya enak didengar. Thanks brother! Itu sudah cukup memberi semangat dan membuahkan senyuman walaupun ketika ini saya sering berbicara bernada itik mungkin dengan si kecil lil' Emir.. ahaks! 

Namun kata-kata itu walau sepatah akan tetap segar diingatan saya. Apatah lagi saya seorang yang suka mengimbau kenangan silam.. pejam mata dan saya masih dapat mengingati zaman kanak-kanak dengan jelas, zaman remaja yang nakal menaiki bas awam, zaman universiti dan percintaan malah detik pertama melihat lil' Emir yang dipegang sebelah kakinya oleh doktor yang menunjukkan bayi itu selamat dilahirkan oleh insan sekerdil saya. Alhamdullillah.

Senyuman lil' Emir yang memberikan ketenangan

and YES! my cheeky lil' Emir yang akan sentiasa merenung tepat ke dalam mata memberi isyarat bahawa Umy seorang yang kuat dan bisa mengharungi segala onak rasa. InshaAllah.