Friday, March 20, 2015

* Three weeks in Penang *

Assalaam alaykom... ringkasan cerita sepanjang percutian sambil berpantang di kampung halaman iaitu Pulau Pinang. Menghabiskan masa di sana selama tiga minggu sebelum kembali semula ke kediaman dan pastinya gambo juga beribu lemon dan bagi memendekkan cerita, hanya meringkaskan cerita sebagai kenangan di blog kesayangan. Jika ditangguhkan nanti takut pula cerita menjadi arkib dalam komputer sahaja. hehe. 

Selepas bersalin, saya berehat hampir dua minggu sebelum memulakan perjalanan untuk sambung berpantang di Penang. Ya benar, pantang saya ala-ala pantang moden sahaja kerna saya tidak mengamalkan makan jamu, bertungku badan atau berbengkung. lil' Emir juga turut tidak sama dibedung kerna mahu yang ringkas sahaja. Pemakanan pula saya hanya makan apa yang bisa diterima dek tekak. Alhamdullillah mungkin kerna saya tiada alergi, maka badan tidak lemah dan berasa segar seperti biasa. owh.. lil' Emir sememangnya kuat minum susu dan suka berjaga malam, maka setiap malam harus memandang mata bulatnya tanpa berkata apa-apa bagi memaklumkan bahawa ketia itu malam dan mahu tidur dan bukannya masa untuk berbual-bual. Setakat catatan ini ditulis, kami berdua sihat Alhamdullillah. 

 bertolak pulang ke Penang selepas subuh

 my new view!!! hehe

 singgah di Perhentian Simpang Pulai untuk menukar lampin 

 lil' Emir sangat baik dan tidak meragam.. maka perjalanan juga lancar dan tidak perlu berhenti 

 sampai sahaja di Penang terus singgah ke Giant untuk membeli barangan keperluan...opps!

 lil'Aiman yang sentiasa bermain bersama lil' Emir

 hadiah-hadiah daripada brother Joe and family... thank you so much!


baju-baju yang bakal diwarisi pemberian lil' Aiman & lil' Rayqal

 lil' Emir with hubby Moose

 changing tyme!

 thank you to brother Joe and Tisha kerna banyak memberi tunjuk ajar dan menjaga lil' Emir

 my gorgeous sisters datang melawat

 okay... sempat selfie dalam rumah.. ahaks!

selfie again... ketika ini perlu keluar dari rumah kerna ada semburan aedes, maka hubby Moose bawa jalan-jalan menaiki kereta

 Jiddah a.k.a IBU sempat melawat lil' Emir ketika di Penang

 hubby Moose yang terpaksa berpisah sementara dengan lil' Emir 

 my vitamin C!

 daily drink

 my favourite fish... ikan yu

 produk Tanamera yang diguna amatlah baik sekali
 owh... daily update too

 hubby Moose yang sampai jam 4 pagi terus memeluk lil' Emir


more and more love

 masa untuk pulang!

 lil' Emir OOTD!

 good boy! teman Umy makan  malam di R&R

Thank you so much to Popo a.k.a MAMA dan Kokong a.k.a ABAH yang  menyayangi lil' Emir
dan menjaga kami dengan baik sepanjang berada di Penang. InshaAllah jika berkesempatan kami akan pulang lagi ke sana. 

Till we meet again. Love. 

2 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah.

    Penantian sekian lama, akhirnya disambut dengan penuh gembira kehadirannya. Syukur juga Cyana dan Emir sihat2 sahaja... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah Kakcik... terima kasih di atas doa. Semoga Emir dapat bertemu mata dengan nenda Seroja suatu hari nanti. InshaAllah.

      Delete