Sunday, July 21, 2013

* feeling LILAC *

Assalaam alaykom... feeling LILAC? owh.. am I sooo sweet seperti gula-gula kapas? hiks. Teringat pula zaman kanak-kanak pabila ke Pesta Pulau Pinang pastinya mahu gula-gula kapas. Masa tu tiada kamera untuk merakam gambo seperti zaman teknologi kini.. kemana sahaj pasti bergambo. Dan memandangkan hobi eh bukan hobi... kegemaran mrs Cyana adalah merakam gmbo hasilnya pasti mahu pose! pose!pose! 

btw... musim Ramadhan agak membuat diri sibuk pada hujung minggu dengan rutin berjalan dari satu ke satu pusat membeli-belah bagi mendapatkan pakaian yang menarik minat mata, selesa disarung dengan harga berpatutan. hmm. owh.. fesyen baju kurung terkini adalah 'design peplum' atau baju kurung moden atau kebaya mahsuri. wahhhh!!! kembali ke zaman retro gayanya. Tahun ini teman mencuci mata saya adalah my sista in law, sista Iman kerna sista Ochal masih berada di kampung halaman brother Gio di USA dan hanya akan sampai ke Malaysia pada pagi Syawwal manakala IBU dan AYAH pula akan berangkat mengerjakan umrah dan akan sampai ke Malaysia pada hari terakhir Ramadhan. InshaALLAH. Semoga pagi Syawwal nanti kami dapat bersama kerna tahun ini Baitur Ar-Rahmah akan mengumpulkan semua warga the Wayfarers memandangkan brother Awez dan sista Fateyn turut berada di Malaysia kerna pergolakan di bumi Mesir membuatkan mereka pulang sebentar ke tanah air. Semua yang disusun oleh ALLAH swt sangat indah. Indah lagi my sista in law, sista Yusra telah tamat pengajiannya selama 7 tahun di USIM dengan cemerlang dan kini telah bergelar Dr. Yusra Dzulkefly. Tahniah ummuyumna!!!! We proud of u!

ehh.. tersasar dari cerita pula. Asalnya mahu memikirkan warna tema untuk eid tahun nie, tetapi kerna carta warna kegemaran tidak begitu meriah maka sedang lagi memikirkan warna yang bersesuaian dengan jiwa. Setakat ini masih belum menemui baju kegemaran kecuali terjumpa dress kegemaran. opps!okay.. masa untuk berhenti berceloteh kerna perlu melelap mata lebih awal sambil dibuai mimpi kerna hari-hari esok pastinya terasa tidak cukup masa.

let me share my sweet Lilac day...

mrs Cyana in lilac!

henna by sista Fateyn.. and ofcourse my sweet lilac ring

and my lilac dress untuk jalan-jalan sambil mencuci mata. hiks!

Tetapi senarai 'things to do' lebih panjang dari 'things to buy'.. whuaa. Goodnite!!! SMILE! 


Saturday, July 20, 2013

* Rezki Ramadhan *

kedondong && mangga

Assalaam alaykom... sudah masuk ke hari ke-11 berpuasa dan rasanya hampir 98% dari hari tersebut menu minuman di Baitul Ar-Rahmah adalah air kedondong dan mangga yang dibeli dari Bazaar Ramadhan Seksyen 2. Itu air kegemaran Insan Terchenta. Kemudian IBU mendapat pula menu air tembikai dan air tebu segar dari Bazaar Ramadhan Seksyen 18. Kesimpulannya meriah meja dengan pelbagai jenis minuman. owh.. lupa pula selalunya di hujung meja iaitu di tempat duduk tetap mrs Cyana ada lagi satu bungkusan iaitu Teh Ais dari Gerai Frado Seksyen 2. oppps!!! 

Semalam turun sahaja dari tren wajah tersenyum kerna mendapat message berbunyi "Mucab dah beli ayam penyet"... yeay!!!!! Thank you CYGku!!!! Terus hati berbunga-bunga mahu makan ayam walau juadah utama semalam adalah ikan pari asam pedas masakan IBU yang istimewa untuk iftar. owh... ditambah pula dengan kuih cara oleh Cik Mona yang dalam anggaran 10 ketul tetapi mrs Cyana yang makan paling banyak. hiks! Thank you Cik Mona. Rezki Ramadhan, Alhamdullillah. 

okay.. mahu bersiap untuk ke program seterusnya yang memerlukan saya memakai batik sekali lagi. haih! Bila bermesyuarat dengan memakai batik terasa sangat formalnya. hiks. Semoga mesyuarat kali ini berjalan lancar. InshaALLAH. owh.. hari ini mrs Cyana akan bersama mr cTam yang baru pulang dari bengkel. Rindu kamu 40 hari tidak melihat kamu... erk.. 2 hari pun dah rindu, bayangkan jika separuh hari tidak nampak kelibatmu? hiks! Happy Ramadhan.


Friday, July 19, 2013

* I'm soooo Excited!!! *

Assalaam alaykom... Happy Ramadhan to ALL MUSLIMS!!! Sepanjang bulan Ramadhan syarikat memendekkan waktu kerja namun seperti biasa aura Ramadhan atau mungkin kerna aura Bazaar Ramadhan semuanya berpusu-pusu pulang maka kesesakan jalan raya lebih hebat dari biasa. huhu. Dan bila mana pertukaran waktu tidur yang perlu bangun seawal pagi untuk menyediakan sahoor kemudian terus bergegas ke ofis adalah sesuatu meletihkan. Cemburu juga bila melihat rakan-rakan sempat tidur pada waktu rehat kerna saya pula seperti mengejar waktu dan tidak mempunyai cukup masa kerna semua kerja mahu dilaksana dengan sempurna. Lucky me tidak cerewet dengan kerja orang namun jika diberi kesempatan untuk mengkritik pastinya panjang berjela. oppss! Satu prinsip yang dipegang adalah hasil kerja itu adalah refleksi anda dan pastinya orang akan menilai anda melalui hasilnya. hmm. 

owh.. sebenarnya sedikit teruja bila mana prosedur tender yang telah lama dirangka bakal membuahkan hasilnya. Bayangkan angka rujukan draf telah menjangkau ke angka 8, namun masih belum bisa dilaksanakan hinggakan bila terlalu lama dalam 'KIV box', mood untuk menyiapkannya sedikit sebanyak akan terkubur sahaja. Kerna bagi saya bila kita mula merancang melakukan sesuatu... Please get it DONE!!! else hanya menjaja tetapi tiada hasilnya. Nevermind... think positive! Dengan usaha berterusan dan niat yang ikhlas pastinya ianya akan terlaksana. Happy ME sesuatu rombakan akan berlaku dan dalam masa yang sama Pity ME kerna kerja bakal bertambah. huhu.

Setiap kali Insan Terchenta bertanya pasti jawapan adalah 'Cie tengah meeting.' Itu adalah jawapan yang bisa di copy-paste dalam peratusan masa saya di ofis. Duduk dalam bilik mesyuarat dari pagi sehingga ke petang adalah lumrah biasa. Itu belum lagi dicampur dengan menyiapkan minit mesyuarat dan laporan. hmm. Bila agaknya masa rehat saya untuk membaca junk-mail? Jawapnya TIADA MASA. Namun akur bahawa saya seorang yang mengikut protokol kerna setiap kali mendapat balasan email penuh nama mrs Tender. Agak janggal jika ada yang membalas mrs Tender tidak menjawab email jika dituju kepada saya dan ianya harus berkaitan kerja. erm.. kerna saya sentiasa mengingatkan diri bahawa kerja itu amanah, setiap masa kita bekerja dibayar dan tanggungjawab itu adalah berat untuk dipikul. Again...selalu mengingatkan diri agar tidak hanya selalu berkata-kata tetapi praktik sebaliknya. hmm. 

mrs Tender ditemani cutie paper clips bagi menceriakan hari bila kebosanan dalam bilik mesyuarat. owh... satu lagi yang selalu saya ingatkan miss Tender juga adalah tepati masa mesyuarat. Jangan lewat! kerna masa orang lain juga berharga bukan datang dan tunggu anda yang berlenggang kangkong seperti puteri putera dan tidak menghormati masa mesyuarat. 

Hari ini dalam sejarah sebagai mrs Tender a.k.a Sekretariat, jawatankuasa menilai satu tajuk tender selama dua jam. Bayangkan jika satu mesyuarat mempunyai lima tajuk? nangis!!! Ini adalah cabaran berhadapan dengan jawatankuasa tetap yang baru dilantik yang mana mereka sedaya upaya mahu memahami proses tender di samping menambahbaik prosedur perolehan.

I'm playful! Yes I am! tetapi kerja tetap kerja. Prosedur dan tatacara perolehan haruslah diikuti dan aksesori rutin menghiburkan hati bila mana sepanjang masa berdamping dengan dokumentasi. wink! wink!

double.love by ME

That is my paper clips! owh.. mrs Tender adalah seorang yang cerewet bak kata miss Tender nak pergi mesyuarat pun sibuk memilih kasut. hiks. Yang pasti mrs Tender mahu keberadaannya diingati. InshaALLAH. eh... kenapa asyik sebut nama miss Tender a.k.a miss Zaty? Rindu kamu sebab seminggu bekerja tanpa melihat kelibat miss Tender yang sedang menjalankan sesi pengambilan saiz uniform di semua lokasi di Utara Semenanjung Malaysia. All the best to you. Misi dan tugas yang agak mencabar namun percayalah kamu akan lebih produktif. {seminggu juga tiada orang mengusik saya... nak cerita tentang kasut pun tiada siapa yang sudi melayan.. ahaks.} SMILE!

* Ten Years @ Shah Alam *

Shah.Alam

Assalaam alaykom... sudah menjelang malam ke-10 Ramadhan dan pasti menjadi kenangan manis pabila saya menyambut ulang tahun ke-10 tahun menetap di Bandaraya Shah Alam. Begitu pantas masa berlalu sehingga tanpa sedar tahun ini telah sedekad saya bermastautin di sini. Benar saya amat mencintai Shah Alam kerna bandarnya yang aman damai, lalu lintas tidak terlalu sibuk dan yang penting pusat membeli-belah juga berdekatan. hiks! 

Jika 20 tahun yang lalu, saya hanya menonton rakaman azan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah... kini setiap kali Ramadhan saya berpeluang mengerjakan taraweeh di masjid itu. Syukur Alhamdullillah. Cumanya sehingga kini masih belum berkesempatan solat Eid di masjid tersebut, mungkin satu hari ini akan diIzinNYA. InshaALLAH. 

Masih segar di ingatan yang mana semasa ketibaan saya ke Shah Alam, agak sesat mencari jalan kerna bandar ini terkenal dengan bulatan-bulatannya. Hampir sesat hampir dua jam semata-mata mencari Intekma Resort ketika itu tetapi sekarang Intekma hanyalah terdekat di belakang kediaman. hehe. Masih segar ketika itu jalan masuk dari tol Shah Alam ke Seksyen 13 sedang dibina dan ketika itu hanyalah terlihat Giant yang besar namun kini bangunan yang lebih terserlah di Seksyen 13 adalah bangunan MSU yang mana saya tidak berkesempatan belajar di kampus MSU yang baru. owh.. ingat lagi setiap petang saya akan berjoggin' mengelilingi Stadium Shah Alam... eh? did I say joggin'? ahaks! 

Beberapa kawasan yang pernah didiami adalah seperti di TTDI Jaya, Seksyen 13, Seksyen 16 dan yang terakhir Seksyen 7. Kemudian bertemu jodoh dengan warga Seksyen 7, maka terus menetap di Seksyen 7 yang terkenal dengan kawasan gedung pakaian muslimah yang baru sahaja dibuka berdekatan Wisma Jackel... dan lebih popular adalah bandar bercahaya iCity. Jika ditanya pastinya mahu terus menetap di Shah Alam kerna penempatannya yang strategik begitu juga dengan makanan-makanan yang enak. owh...mungkin juga rezeki untuk terus menetap di Bandaraya Shah Alam bandar Anggerik. InshaAllah.

Tuesday, July 9, 2013

* Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan *

the shadow by hubby Moose

Assalaam alaykom... Eid Mubarak to ALL Muslims! Ramadhan hampir menjelang hanya beberapa jam sahaja lagi hati dan jiwa semakin girang agar bisa sekali lagi menyambut Ramadhan Mubarak. Walau tahun ini keluarga kecil saya diuji dengan beberapa ujian kecil, kami tetap tabah berdoa agar ALLAH swt akan terus memberi kami kekuatan, kecekalan , ketabahan dan ketahanan dalam menempuh ujian-ujian kecilNYA. Bermula dengan ujian mr cTam yang masih berada di bengkel, hubby Moose pula struggle dengan tugasannya, tok Baba sudah dua minggu terlantar di hospital terpisah dengan tok Mami yang sehari-hari menanti kepulangan suaminya, my brother in law Awez and sista Fateyn terpaksa pulang ke Malaysia demi keselamatan dek kerna kacau bilau di Bumi Egypt. Namun ujian sebiginilah yang akan membuatkan kami akan terus kuat dalam menjalani kehidupan seharian di Bumi yang fana ini. hmm.

YA ALLAH! Berikan KAMI semangat untuk terus cekal dalam memberi yang terbaik dan agar segala usaha KAMI akan diberkatiMU. YA ALLAH! KepadaMU KAMI berserah agar keluarga KAMI diberi kesihatan dan bisa menjalani ibadah Ramadhan dengan sepenuh jiwa.

 May this moon of RAMADHAN always shine your life with lots of Happiness.
warm wishes on Ramadhan!

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan!!!


* Pertandingan Nasyid BERNAS 2013 *

Date: 5th July 2013
Location: PCB Resort, Kelantan Darul Naim

Assalaam alaykom... Pertandingan Nasyid BERNAS 2013 anjuran Biro Agama & Kebajikan, Kelab BERNAS Malaysia dan Unit Hubungan Kakitangan dengan kerjasama Kelab BERNAS Malaysia cawangan Kelantan telah berlangsung dengan jaya, bertempat di PCB Resort Kelantan yang menyaksikan 12 kumpulan nasyid  KBM cawangan dari seluruh Malaysia. Pertandingan Nasyid BERNAS 2013 ini adalah yang julung kali sebagai aktiviti sampingan selain riadah dan rekreasi. Penglibatan saya kali ini adalah sebagai pengacara majlis merangkap bertugas sebagai juru-raptai. hiks.

Perjalanan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang bermula seawal pagi dan diteruskan dengan sesi raptai persembahan dan malam harinya berlangsung pertandingan nasyid yang menyaksikan persaingan sengit di kalangan semua kumpulan yang masing-masing memberikan persembahan terbaik walaupun ianya adalah pertama kali penganjuran diadakan oleh KBM. Cerita penuh bersama gambo kerna masa tidak mengizinkan untuk berceloteh lebih panjang. Anyway tahniah kepada semua peserta dan juga yang berjaya merangkul hadiah-hadiah tempat utama. 

 mrs Cyana on the moves

 tyme to fly!

 landing tyme! welcome to Kelantan

sarapan pagi di salah satu cafe

 nasi lemak sarapan di pagi Jumaat

 menaiki teksi ke tempat program

 melalui sungai dan kampung-kampung

 here I am!!

 team Sarawak... Al-Khalifah

 team Sabah.. Qathrunada

 sesi raptai bermula

 team HQ.. Al Raudhah

 team Sarawak in action

 chalet di PCB Resort

 senyuman di tepi Pantai Cahaya Bulan

 lunch tyme

 with mr Shamsul and mr Yusof yang menghantar saya pulang ke hotel

 my lunch
{hubby Moose marah kalau tahu wifey makan maggi}

 the dragon..check in tyme!

 The Renaissance Hotel... the lobby view

 the room

 big room for me!

 mrs Cyana ready to work

 
 antara hadiah-hadiah sumbangan Era Bayam Kota

 pose sebelum bertugas
 
  
 barisan VIP yang hadir

 
  team Perlis.. Nur Jannah

 team Kelantan A.. Madani

 team Terengganu.. Nur Iman

 team Pulau Pinang... Raudatul Jannah

Tempat Pertama , team Sabah Quthrunada. 
Persembahan nasyid kontemporari yang menyaksikan kombinasi harmoni yang mantap

 team Perak.. Darul Ridzuan

 team Wilayah Persekutuan.. Al-Raudhah

team Kedah A.. Soutul Imtiyaz yang mana penyanyi lelaki En Fitri memenangi hadiah penyanyi lelaki solo terbaik

 team Sarawak.. Al-Khalifah

Tempat Ketiga, team Kedah B... Nida Un'nisa yang mana penyanyi wanita Pn Azizah memenangi hadiah penyanyi wanita solo terbaik

 team Selangor... Al-Ehsan

 persembahan selingan oleh Al-Baladi

 sungguh memukau dengan persembahan dari seorang insan yang istimewa kerna En Rahman Al-Baladi seorang yang cacat penglihatan

Tempat Kedua, team Kelantan B... Al-Kautsar

 team HQ bergambo kenangan sebelum pulang
 
Barisan Urusetia bergambo kenangan dengan VVIP

 hadiah saguhati untuk AJK

 tyme to check out

 lurve! lurve! lurve!

 signature Kelantan dengan wau bulan

 pakaian rekaan terbaik yang di pamerkan di Lapangan Terbang Kelantan

 permandangan di dalam surau

 sempat shoppin' batik.. hiks

tyme to go home!!! 

Alhamdullillah!! Pertandingan Nasyid BERNAS 2013 telah melabuhkan tirainya dengan senyuman. Ini merupakan program ketiga penglibatan saya yang mana pasti membuatkan saya mengukir senyuman kerna ianya adalah program perintis anjuran kali pertama selain Kejohanan Boling BERNAS Piala Presiden KBM 2013 dan Program Hari Wanita BERNAS 2013. Semoga program-program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dan dapat memberi manfaat kepada semua. InshaALLAH.