Saturday, March 9, 2013

* my lil' Ending Journey *

futsal.team

Assalaam alykom... the ending story of my lil journey as being AJK Biro Sukan & Rekreasi. Program Futsal KBM HQ adalah program sukan terakhir sebelum tamatnya penggal AJK KBM HQ sesi 2011/2013 menjelang April nanti, InshaALLAH. Meski perlu berdepan dengan cabaran dan rintangan dengan masa persiapan yang agak singkat. Pada mulanya saya sendiri tidak bisa hadir ke program ini, maka persiapan rapi telah diatur sebaik mungkin namun sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan ketentuan ditanganNYA. Saat-saat akhir saya terpaksa akur dengan takdir yang membawa kaki ke sana. Alhamdullillah program futsal tersebut selesai dengan jayanya dan mencapai objektif utama iaitu membuat pemilihan 20 pemain lelaki terbaik bagi mewakili KBM HQ ke pertandingan futsal seterusnya. 

Selepas ini mungkin saya sendiri yang akan merindui program sukan walau pada asalnya tidak yakin bisa menggalas tanggungjawab tersebut kerna saya bukanlah seorang yang aktif bersukan namun memandangkan tugas utama adalah menguruskan program, saya cuba sebaik mungkin. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang berkecimpung dalam arena ini. Yang pasti saya bisa mengukir senyuman dalam kepahitan agar minda menjana cas positif dan saya sendiri yang semakin bergiat aktif bersenam agar bisa merasai kepenatan pabila berada dalam gelanggang. Namun biarlah yang pahit dalam simpanan yang manis dikongsi bersama kalian. owh.. cerita penuh program bakal menyusul kemudian. InshaALLAH.

1 comment:

  1. aik? dah abeh season dah ke? Parlimen x bubar lagik...

    ReplyDelete