Sunday, February 24, 2013

* my SWEET GLORY Day *

 mrs CYANA and big SMILE

Assalaam alaykom... syukur ke hadrat ALLAH swt dengan keizinanNYA semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah. Kenapa program ini amat bermakna buat saya kerna ianya adalah dibawah kendalian saya sebagai Program Coordinator yang juga merangkap Pengacara Majlis dan Pemain. Apa pun tanggungjawab dan tugas utama perlu didahulukan. Benar bebanannya sangat berat namun dengan kerjasama  barisan urusetia dan sokongan sahabat-sahabat dan keluarga, yang berat diringankan kerna kami saling membantu dan komited. Banyak kenangan sepanjang mengendalikan program sebesar ini, biar ianya menjadi salah satu pengalaman dan kenangan yang terindah dalam diari harian. 

Cabaran utama adalah memikul tugasan disamping memastikan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Banyak pengalaman berharga dan yang penting pabila terpaksa membuat beberapa keputusan drastik yang mungkin bisa menjadikan isu sekecil kacang hijau menjadi sebesar mangkuk bubur kacang. hehe. Apapun saya hadapi dengan tenang agar semua keputusan dibuat secara rasional. Cabaran bermula sejak hari pertama memikul tugas sehinggalah ke penghujung program. Bermula dengan aturan program yang perlu diadakan di luar dari Kuala Lumpur, saya sendiri yang perlu bermain untuk pasukan negeri Pulau Pinang bagi memenuhi penyertaan kerna akur pada peringkat pemilihan, saya bukanlah antara pemain utama yang akan mewakili Kuala Lumpur. Namun cemuhan demi cemuhan yang diterima kerna mungkin mereka tidak mengetahui perkara sebenar dan hanya pandai membuat andaian. Begitu juga dengan pencaturan barisan urusetia yang terhad dan terpaksa juga mereka multitask. Alhamdullillah semuanya dapat diselesaikan bila mana memasang niat untuk melaksanakan tugasan sebaik mungkin.

YES!!!  23 Februari 2013... owh My SWEET GLORY day!!!! Penutup majlis adalah kejayaan bagi saya bila melihat wajah-wajah keriangan para pemain, barisan urusetia dan para tetamu yang hadir. owh.. ianya juga adalah hari bertuah  kerna berjaya merangkul beberapa hadiah termasuk dengan hadiah cabutan bertuah... tak bisa terungkap dengan kata-kata. Antara hadiah yang berjaya dibawa pulang adalah Piala Pemain Wanita Terbaik, Piala Jatuhan Pin Terbanyak, Piala Pasukan Tempat Keempat dan Balingan Turkey Strikes. Alhamdullillah I am truly blessed. Thank you ALLAH for everything in my life. 

Thursday, February 21, 2013

* Kerja itu AMANAH! *

Assalaam alaykom... malam hari adalah waktu untuk merehatkan minda agar bebas setelah seharian berfikir, berkata-kata tanpa henti, mengukir senyuman walau sebenarnya sedikit terkilan. Melayan kerenah yang remeh lebih membebankan, mungkin lebih baik berdiam sahaja. Namun tidak mungkin kerna setitik dot hitam mahu dihitamkan semuanya... masih ada lagi banyak aura dot-dot putih yang senantiasa tegar dan bersemangat untuk terus berjuang. 

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul namun biarlah masa dan keadaan  menentukan segalanya. Yang penting saya mahu senantiasa berada di kelompok mereka yang positif, bebas bersuara dengan nas benar, bebas dari perasaan hasad dengki yang sentiasa membelenggu kelompok negatif. Sebelum membuat sesuatu, silalah berfikir dengan matang. Bukalah minda, bukalah hati. YA ALLAH! Berikanlah kami kekuatan untuk menempuh hari-hari seterusnya dan bersihkan hati-hati mereka yang penuh dengan dot hitam. Kerja itu AMANAH! Sebarang kerja yang diberi adalah tanggungjawab dan amanah kita. Lakukan sebaik mungkin, jangan hanya mahukan ganjaran sahaja.


owh.. YES!!! I'm just a women who lurve red fower... but never MESS with me! 

Monday, February 18, 2013

* YES! I'm pretty NERVOUS *



BIG and YEARLY Tournament Coming UP!!!

Assalaam alaykom... minggu ini adalah fasa akhir untuk menyiapkan semua keperluan sebagai penganjur program Kejohanan Boling BERNAS Piala Presiden KBM 2013 yang akan berlangsung di Melaka Bowling International Centre, Ayer Keroh Melaka. Sebanyak 10 pasukan dari seluruh cawangan KBM seluruh Malaysia  akan menyertai kejohanan ini dan yang pasti KBM Wilayah Persekutuan diberi tanggungjawab meneraju sebagai tuan rumah a.k.a penganjur program tahunan boling yang pertama seadanya.  

Nervous? Sudah tentu!! mrs Cyana sebagai Program Koordinator pertama kalinya juga melepaskan hampir 80% tugasan kepada semua unit-unit AJK kerna kali ini tugas utama adalah merangka dan menyelaras selain daripada mengkoordinasikan tugasan disamping memberi pendedahan kepada AJK dalam menguruskan program sebesar ini. YES!! I am lucky! unit-unit AJK semuanya komited dan banyak membantu serta ringan tulang. Hanya tinggal fasa akhir iaitu mengemaskini pendaftaran, penyediaan hadiah, pengumpulan barang-barang program dan juga masa untuk beraksi. Pray for us. 

mrs Cyana pastinya berdebar kerna akan memikul tanggungjawab memastikan semua aturcara berjalan lancar seperti dirancang disamping berceloteh sebagai pengacara majlis. Semoga program tahunan pertama  KBM HQ di bawah kendalian saya berjaya dan bakal mengukir kenangan sepertimana program TWM Bowling Tournament 2012  yang meriah dengan konsep 'Green'... i luv the details! 

to my ALL superb AJKs... WE CAN DO IT!!! InshaALLAH!

Sunday, February 17, 2013

* blue skies *

Assalaam alaykom.... quick update. 
A very short and sweet blue skies.... my favourite IG's collection.

All pics taken by mr iPhone and edited by IG's app. 


free.dom


travel.north

 Ipoh.city

 which.flag

the.making

PEACE.SMILE.HAPPY

* the Penang trip *

Assalaam alaykom.... bersiaran dengan cerita cuti panjang sempena Tahun Baru Cina dapatlah pulang ke kampung halaman terchenta iaitu Pulau Mutiara. Seperti yang dijangka kesesakan lalulintas di lebuh raya maka perjalanannya pasti melebihi jam biasa. Misi utama adalah membawa pulang mr Blasoo ke Penang dan sudah tentu bertemu dengan keluarga yang dirindui. hiks. okay.. jom layan gambo sambil bercerita ya.. 


mr Blasoo pose pada hari terakhir di Baitul Ar-Rahmah


 with sista Ochal yang bergambo kenangan dengan mr Blasoo



sempat singgah sebentar di Upin & Ipin 


see... cutie happy face dapat susu chocolate


hubby Moose and lil' Aiman

 and lil' Aiman hiburkan aunty Cyana dengan lagu Gong Xi Fa Cai

 
the next morning... layan roti kegemaran Insan Terchenta

 lil' Rayqal yang sudah pandai makan sendiri


cutie lil' Rayqal

 the kiddos and aunty Cyana!!!! 

hajat mahu membawa pulang basikal tidak kesampaian.. huhu

 then pulang ke Shah Alam menaiki bas Aeroline


bahagian bawah bas


permandangan dari atas bas

Alhamdullillah sampai di Baitul Ar-Rahmah pada jam 12 malam. Hujan renyai dan kesesakan lalulintas sepanjang perjalanan... sempat juga melayan 4 buah movie selama berada di atas bas. hiks!

* Saturday Evening @ Space U8 *

Assalaam alaykom.... dalam kesibukan mengatur program dan mengurus proses tender, hujung minggu saya pastikan tidak mahu minda memikir tentang kerja maka masa berlibur bersama dengan rakan-rakan ofis yang masing-masing akan mewakili pasukan Bowling ke program di Melaka nanti. Sebenarnya terasa kelainan kali ini kerna program yang akan datang di Melaka nanti, sebagai koordinator saya lebih banyak menyusun atur program berbanding turun padang mencari barang-barang program. Apa yang penting setiap hari menyemak checklist memandangkan tinggal hanya lagi seminggu sebelum program itu bermula. Debarannya bukan untuk membaling tetapi lebih kepada perjalanan program kerna tahap kebimbangan sudah mencapai separa maksima. hiks. 

owh.. cerita petang tadi kami bermain bowling di Shalin's Space U8 {yes! pemiliknya adalah Shalin yang hebat dalam sukan bowling di Malaysia}. Kerna hadir lewat dan kesilapan teknikal di kaunter kami bermain separa jalan.. huhu. Yang pasti gambo mesti ada.. hiks. 

 mrs Cyana in action!

antara yang hadir


 shoot by mr Nuriffin


 then layan cucur udang di Scrummy Cafe.. nyaman!

 and yummy banana split

 jemput makan

licin semua gelas dan pinggan


Thanks to ALL and miss Zaty yang tegar mengurus masa latihan kami. Sekurangnya masa berlibur diluangkan dengan aktiviti bersukan mengangkat bola bowling yang berat. hiks. 

ALL the BEST team Bowling HQ!!! 



* Kejohanan Boling Piala NYDP KBM HQ *

Date: 9th February 2013
Location: Ampang Superbowl, The Summit USJ Subang Jaya

Assalaam alaykom... Kejohanan Boling Piala NYDP KBM Ibu Pejabat anjuran Biro Sukan & Rekreasi KBM HQ telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Februari 2013 di Ampang Superbowl The Summit USJ Subang Jaya dengan penyertaan terbuka seramai 30 orang peserta. Memandangkan minggu tersebut jatuh berdekatan dengan hari cuti panjang perayaan Tahun Baru Cina, maka cabaran utama adalah menjawab soalan "Kenapa pilih tarikh tersebut?" jawab saya "Tiada tarikh lain yang bersesuaian memandangkan KBM perlu membuat pemilihan pemain dan juga kesuntukan masa". Oleh itu dari objektif utama mengadakan pertandingan secara kumpulan akhirnya menjadi pertandingan secara individu sahaja. Walaubagaimanapun peserta-peserta yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong kerna semuanya membawa pulang hadiah cabutan bertuah.. owh, semua bertuah bezanya hanyalah hadiah besar ataupun kecil. hiks. 

Program bermula petang hari dengan kehadiran NYDP KBM HQ, En Md Faizal Md Ali bersama dengan Dato' Roslan Othman yang turut hadir memeriahkan kejohanan. Credit to mr Nuriffin yang turut sudi merakamkan gambo kenangan program ini.

 pic of the day!!! with mrs Julia and lil' Danish

 masa balingan

 cubaan berjaya strike

 cubaan separa berjaya

the ASAP man

 the most stylo women

the most stylo man

 
 masa cabutan bertuah.. apa yang lucu?

 owh.. lucu kerna mendapat hadiah dari mrs Boss sendiri

  Pemain Wanita terbaik iaitu 1st Place mrs Hanim, 2nd miss Noreha, 3rd mrs Julia and 4th miss Lynne

 Pemain Lelaki Terbaik iaitu 1st Place mr Hassan, 2nd mr Serituah, 3rd mr Azmil and 4th mr Hussain

 and sesi pose... mula dengan wajah senyuman bak kata mr photog senyum tanpa gigi 3 saat

 
 and then senyum with gigi triple saat.. hehe

pose with the ladies

last but not least pose kenangan 

Alhamdullillah program berakhir dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang menjayakan program ini. Seemoga bertemu lagi pada program yang akan datang.  

Thursday, February 14, 2013

* Stay tuned *

king and queen

Assalaam alaykom.... owh.. I'm still here!!!! owh... I really really miss! Rindu untuk berceloteh. Hanya kekangan masa membuatkan jari berhenti seketika menekan papan keyboard sambil membiarkan minda benar-benar berehat tanpa memikir apa-apa sepanjang cuti Chinese New Year yang lalu.. owh..cuti sambil melayan buah limau mandarin yang enak. {argh.. I miss kuih bakul too}

Sambil sibuk dengan aturan program yang bakal menjelang dan bila seharian berkurung dalam bilik mesyuarat, mahu juga meluangkan masa menjengah blog kesayangan. owh... why paperclips? the dolphin paperclips di atas adalah pemberian brother Joe yang membawa pulang dari tanah Hong Kong tetapi sayang pula mahu menggunakannya sampaikan menjadi bahan perhiasan sahaja. hiks. Namun apa yang membuat saya tersenyum bila mana petang tadi salah seorang presenter menegur ketika melihat paperclip di laporan mesyuarat "Clip tulis SMILE, saya kena senyum ker?"... and I'm smilin'! Memandangkan kerja saya melibatkan laporan mesyuarat dan bosan melihat laporan dengan pen berdakwat hitam, maka perlu saya menambah elemen keceriaan sekurangnya paperclips berwarna-warna. Why penting miss Tender? a lil' tip agar ahli mesyuarat yang hadir akan mengenali anda yang membawa personaliti berbeza. Smile!
 
More and more story coming up.. Stay Tuned!

Sunday, February 10, 2013

* Same Shoes with Different Thought *

shoes and thought
 
Assalaam alaykom... kebiasaan mendengar pepatah "rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain", seperti benar pepatah itu menyebut kita mempunyai rambut yang mungkin sama warnanya namun kata hati pastinya berbeza. Pendapat juga pastinya berlainan... setiap nada bila mana berbicara pasti mengikut rentak emosi kiranya. Apa yang dikata adalah apa yang dirasa... namun pernahkah terfikir apa yang dikata bisa mengguris hati lain... bisa melunturkan semangat... atau bisa menterjemahkan inteprestasi makna berbeza. Saya sentiasa memberitahu minda bahawa apa yang saya fikir mungkin tidak sama dengan orang lain walau hakikatnya rambut sama hitam. Apa yang dirasa betul juga tidak mungkin dirasa betul oleh orang lain. Kerna itu kita diberi teman dan keluarga untuk berbicara atau meluah rasa. hmm..

Adakah kedegilan mengundang rasa yang berbeza? Adakah keegoan yang menguasai minda? Apakah persefahaman bisa dicapai jika memendam rasa? hmm. Tidak bukan? Mungkin mata saya melihat kasut itu cantik, kasut adalah mahkota abdomen walaupun letaknya di kaki namun dengannya saya memijak bumi setiap hari mengatur langkah dengan rentak yang berbeza. Tetapi tidak semua orang akan menghargai kasut kerna bagi mereka kasut adalah kasut letaknya di kaki. Itu sahaja. Maksud saya setiap insan pastinya mempunyai naluri, citarasa, pendapat dan luahan kata yang berbeza. Namun kita harus tahu menghormati citarasa dan pendapat yang lain juga. Itulah yang akan membuat perjalanan hidup kita lebih indah bila mana terdapat kepelbagaian dalam apa jua senarionya.

lil' reminder to ME, 

" I need to learn how to respect other people’s decision or choice especially when this people are my close relatives and family members. By disrespecting it and by trying to control it, it is a serious breach of that individual right. Sometimes I need to understand that I cannot satisfy everyone, no matter how hard I try to be nice to them. I am not saying that I have to be selfish, but sometimes I ought to do what I want to do and what I think is best for me. May ALLAH guide me to the right path. Ameen."


* Gong Xi Fa Cai *

Red.Bowler

Alhamdullillah... program Kejohanan Boling Piala NYDP KBM HQ telah selesai dengan jayanya petang tadi. Berita penuh bakal menyusul dengan petikan gambo kelak. InshaALLAH. Mengambil mood tahun baru Cina dengan mengenakan dress merah yang sinonim dengan perayaan yang meriah dengan letupan bunga api.

Cuti panjang sempena sambutan tahun baru Cina. We are going back to Penang. Make du'a for our lil' journey bersama mr Blasoo yang akan kembali ke negeri asalnya. Menjelang perayaan tahun baru Cina pastinya mrs Cyana yang tersenyum girang kerna dapat menikmati buah mandarin dan kuih bakul kegemaran. nyum nyum. To all my Chinese friends... Gong Xi Fa Cai.


Sunday, February 3, 2013

* Mandarin Red | Electric Vermilion *

Mandarin Red theme

Assalaam alaykom... sempena bulan Februari mari kongsi bersama warna kegemaran mrs Cyana iaitu 'Merah+Jingga'... erm hasilnya mungkin seperti Jim Thompson Luxury Canvas berwarna Mandarin Red a.k.a Electric Vermilion (RGB: 255,63,0). Kebetulan juga bulan Februari adalah sinonim dengan sambutan Chinese New Year yang terkenal dengan warna merah dan limau mandarin yang lazat. owh kerna apa merah+jingga bermain di minda? Mudah sahaja.... mari kaji makna di sebalik warna.

Merah :
Seorang yang impulsif (mengikut gerak hati), kuat semangat, energetik dan bercita-cita tinggi. 

Jingga :
Seseorang yang mempunyai sifat kepedulian, kemampuan intuitif, bijaksana, mudah bergaul dan praktis. 

Kesimpulannya 'Merah+Jingga' adalah warna terang yang mewakili simbol fizikal tenaga.
 
Good!!! Merah+Jingga adalah ton warna positif bagi tema program Bowling yang akan datang. InshaALLAH. Dalam erti kata lain, masa untuk mrs Coordinator a.k.a mrs Emcee mula memasang angan-angan mengenakan aksesori berwarna Mandarin Red agar sedondon dengan tema program. Be Happy and energetic mrs Electric Vermilion! wink! wink!