Date: 19th November 2011
Location: Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Location: Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Assalaam alaykom..seperti dirancang program yang lama dinantikan iaitu Kejohanan Badminton Piala Ketua Kewangan 2011 anjuran Kelab BERNAS Malaysia Cawangan Ibu Pejabat dengan kerjasama Unit Hubungan Kakitangan telah diadakan di Pro One Badminton Centre Wangsa Maju. Sebanyak 5 pasukan yang bertanding dalam 7 kategori bagi merebut Piala Pusingan CFO yang mana piala ini akan dijadikan piala tahunan selain medal individu kepada peserta. Menarik lagi program kali ini disertai oleh ahli2 dari tanah Selatan juga.
Seawal jam 6.45 pagi saya sudah bergerak ke tempat perlawanan, dan memandangkan kawasan itu agak jarang dikunjungi..maka hampir setengah jam berpusing2 mencari tempat program. huhu. Kesnya masa terhad membuatkan saya tidak sempat membuat persediaan rapi lebih awal. Bermula dengan berpusing2 mencari jalan, ditambah pula dengan ketiadaan sistem pembesar suara... Itu lebih sukar, hinggakan terpaksa mendapatkan pembesar suara dari ofis pada saat akhir {lebih mudah jika awal2 lagi tahu tiada pembesar suara... harapkan dewan sahaja besar. grr}. Dan pastinya tugas sebagai Program Koordinator adalah berat bila mana tidak mendapat kerjasama sepenuhnya {perinciannya biar saya yang simpan.. hmm}. Kerna itu kadang lebih suka membuat semuanya sendiri agar apa yang dirancang sekurangnya terlaksana dengan lebih baik dari mengharapkan yang lain dan hasilnya sedikit hampa. hmm. Namun saya tetap gembira program berlangsung dengan jaya.
Tahun ini nampaknya rezeki kepada pasukan kuning yang merangkul JOHAN dan meraih Piala CFO iaitu pasukan The Twenty9 Club, diikuti NAIB JOHAN pasukan merah, The Red dan KETIGA pasukan biru Al-Mudharib V. Gembira pabila melihat peserta dan pengadil yang penuh semangat menunggu sehingga petang walaupun program habis agak lewat. okay... jom layan sedikit gambo sepanjang program...



tahun ini menggalas tugas yang lebih mencabar. Alhamdullillah.

















Alhamdullillah...syukur semuanya berjalan lancar. Dapat juga menganjurkan program Badminton yang mana saya kira program ini sedikit rumit dari segi pencaturan markah dan susunan perlawanan. Deeply thanks to ALL yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini. Semoga bertemu lagi pada program yang akan datang. InshaALLAH.
adeh...tgk gambar2 ni buat gua gian la nak main badminton...huhuhu...next year insyaAllah join.geram xdapat main...
ReplyDeletePhatlee.. tahun depan kalo ko main bley la biru juara.. hehe
ReplyDelete