Monday, November 21, 2011

* Congrats HARIMAU Malaya *

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!! Ngaum! Ngaum! Berjaya merangkul semula Pingat Emas setelah kali terakhir pada tahun 1977...tambahan info, iaitu Harimau Muda berjaya mengekalkan kejuaraan pingat emas dua tahun yang lalu.. Walaupun sebentar tadi ketika perlawanan berlangsung penuh-sepenuhnya stadium namun ketika detik sejarah tercipta buat negara Malaysia, kosong stadium ya. Pastinya penyokong yang kecewa dan rendah mindanya akan bertindak di luar batasan dan sudah pasti menunjukkan sikap mereka yang tidak tahu menghormati orang lain. Apa pun jangan anda terlalu emosional dan bertindak di luar kawalan. Walaupun tekanan dan pelbagai tohmahan yang melanda kepada pemain Malaysia, kesungguhan mereka bermain dengan profesional dan berjuang sehingga ke saat akhir itu adalah sangat dihargai. Itu bezanya mentaliti kita dan mereka. Sifat rakyat Malaysia yang berhemah tinggi adalah cermin keperibadiaan kita semua. Dan pastinya kita bangga pabila mendengar lagu Negaraku berkumandang di bumi Jakarta. TAHNIAH sekali lagi kepada pasukan Harimau Muda! {tak sia2 penyampai berita menyarung jersi bukan? hiks}

2 comments:

  1. sis, ini kali kedua berturut-turut dah dapat gold medal bola.last Sukan SEA kat Laos...

    ReplyDelete
  2. bro.. noted. tau ler ko peminat tegar. hehe

    ReplyDelete