Wednesday, November 30, 2011

* back HOME *

Assalaam alaykom... selamat mendarat di bilik tidur yang dirindui. Alhamdullillah. Perjalanan petang tadi bersama Five Star Bus ditemani hujan, maka mr driver yang kurang mesra alam hanya berhenti seketika untuk ke bilik air. So trip kali nie tiada teh peng sedap Simpang Pulai.. ahaks. Harga barangan naik, begitu juga tambang tiket bas....haih! Jika dahulu Penang-Bandar Utama RM45 seorang dan diberi sebotol air mineral dan roti planta Gardenia, kini hanya sebotol air mineral yang bersaiz lebih kecil. Tidak naik harga tiket tetapi ganjaran lain yang ditarik. hmm. Tetapi yang lebih geram lagi keadaan di Terminal Bas Sungai Nibong...kurang pasti kenapa dan mengapa. Yang pasti setelah bertemu dan bertanya penjual tiket bas, mereka maklumkan pihak pengurusan berbeza, maka banyak perubahan yang berlaku.


Contohnya, kedai mamak 'bajet' yang menjual minuman dan makanan telah ditukarkan dengan kedai roti. Harga masuk ke bilik air adalah RM0.30 {agak mahal untuk kos di Penang ya}. Harga makanan di cafe' usah dicerita kerna semakin hari cafe' semakin tiada pelanggan. Bas yang masuk ke terminal dikenakan bayaran seperti membayar parking. Laluan masuk ke terminal untuk menurunkan penumpang ditutup. haih!!!! Hari hujan, penumpang terpaksa berjalan kaki di bawah hujan sejauh 50 meter. Mahu parking sama juga keadaannya, sekali masuk rm2, sedangkan tujuannya hanya untuk menurunkan penumpang. Itu yang membuatkan tahap kesabaran tiada lagi kerna mereka hanya mahu memperbaharui dan menambahbaik mungkin pengurusan tetapi sebenarnya menyusahkan orang lain. Baik naik kapal terbang... bayar mahal tetapi masuk ke ladies PERCUMA dan selesa bukan? Pengangutan bas adalah untuk golongan bajet, maka sila fikirkan kembali semua kemudahan yang ditawarkan kepada penumpang.


gambo dipetik dari dalam bas... menunjukkan anggaran jarak perjalanan dari terminal dengan pagar luar


Pihak Pengurusan yang kurang bijak. MAAF!!!


Redakan kemarahan dengan sesi makan.. hiks!

owh.. layan makan di Penang! nyum nyum! Koleksi ayam dan yu yu!!!


Nasi ayam penyet dan lele penyet. Nyummy!!! Untung MAMA ada pembantu dari tanah Jawa, dapat makan sambal Jawa.. thanks sis Ana yang pandai masak dan sis Sue yang rajin buat air nyaman. Lurve you all.

Tuesday, November 29, 2011

* lil' Putra Al-Rayqal Rifa'ie *

Assalaam alaykom.... meet lil' Putra Al-Rayqal Rifa'ie Johari, dilahirkan 14 November 2011 di Hospital Lam Wah Hee Penang. Anak saudara lelaki kedua sebelah family ABAH & MAMA dan yang ke7 dalam family AYAH & IBU. Diam jek tak banyak ragam...nak dengar suaranya juga harus bersabar tunggu bila waktu lapar susu. hehe.

Kesempatan pulang ke kampung halaman, sempat bertemu dengan lil' Rayqal yang masih lagi matanya berkelip2 mencari fokus. Ditemani Aiman keke yang telah mendapat pangkat abang... lucu juga melihat telatah lil' Aiman yang sekejap2 sayang adiknya. lil' Rayqal with Ummy yang masih lagi berdarahthe best piece by daddy Joe... natural light yang best

editin' by brother Joe... cute!

okay..jom layan koleksi handphone Aunty Cyana...

lil' Rayqal yang masih lagi tidur, hanya bangun untuk minum susu

tersenyum dalam mimpi

menguap...

tengah berfikir dalam mimpi.. hehe

senyum lagi

cutey boy!

Aiman keke {panggilan untuk Abang Aiman} with lil' Rayqal

lil' gift for Rayqal! lucunya jika beri hadiah untuk Rayqal, perlu juga hadiah untuk Aiman. Bak kata Ummy, Rayqal banyak pakai baju lama Aiman keke jek... so sekali pandang, dah sama macam gambo abangnya masa kecil. hehe

uncle Chab with two boys!!!

nice moment by hubby Moose!!! Lovely!

Semoga lil' Rayqal membesar dan menjadi anak yang soleh. Ameen. Rindunya.. kena tunggu pulang kampung lagi nanti..uncle Chab, jom balik kampung!! hiks.

Monday, November 28, 2011

* Salaam 1433Hijrah *

"Hijrah bukan kerna Manusia bukan jua untuk Dunia,
Hijrah untuk Cinta dan Redha YANG MAHA ESA
".

Assalaam alaykom sisters and brothers... berlabuh sudah tirai Masihi 1432H, bermulanya tanggal baru tahun 1433H. Lebaran baru disambut dengan azam baru dengan izinNYA. Semoga kita mencapai dan mengapai impian dan harapan yang diredhaiNYA. InshaALLAH. Salaam Ma'al Hijrah 1433H sekali lagi bersiaran dari tanah Pulau Mutiara. Dari tanah kita tercipta semoga tanah itu nanti bakal menerima jasad kita sebaiknya. Segala yang dilimpahkan oleh ALLAH swt amat indah dan rapi susunannya, Subhana'allah. Hijrah demi kebaikan agar kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam dan menjadi antara yang terbaik. Pelbagai bentuk hidayah yang disampainya dengan pelbagai cara.. tanpa sedar... ALLAH memberi kurnia dan memilih kita untuk berada di kalangan insan2 yang disayangiNYA. InshaALLAH.

Saturday, November 26, 2011

* the BLACK spot *

Salaam again sisters...pernah dengar musuh utama wanita adalah jerawat selain garisan kedutan. oppss!!! Lucky me tiada masalah kronik mengenai jerawat. Juga belum jelas kelihatan kedutan.. owh.. itu juga akan menjadi masalah kecil-kecilan dek kerna saya adalah seorang yang sememangnya 'no cream type'! Dan pabila melihat kemunculan bonjolan jerawat,perkara pertama yang akan dilakukan adalah memicit. hehe. Dan rasanya kekerapan jerawat besar ini selang sahaja 2-3 bulan. Tetapi kenapalah jerawat besar nie suka muncul ketika saya perlu berdiri di konti pengacara majlis. hiks. Nak make up tebal tak pandai pula, maka jerawat yang bekas di picit itu akan meninggalkan bekas hitam buat seketika. {naseb tak selamanya.. hiks}

Sesekali mengenakan PINK, ramai pula yang menegur. Mungkin kerna biasa melihat saya HITAM.. {memang berkulit hitam kan? ahaks}. Sekali pandang seperti tahi lalat bukan?

ahaks! okay mari cari perbezaan gambo di bawah.. smile!

Pic Pagi

Pic Petang

Apakah perbezaannya?.... Jawapannya...

Pic Pagi bertahi lalat kesan jerawat yang telah kering. Muka masih segar bugar mahu ke ofis dan memakai inner furchia color. Pic Petang tiada lagi tahi lalat! hahaha. Muka berminyak bley goreng ayam... memakai inner hitam.. oppss!!! Magic bukan? hehe. Itu kerna jarak bisa berjalan kaki ke Pavillion... oppss!

* my day @ Kota Kinabalu *

Assalaam alaykom... kembali bercerita sambil melayan hari cuti di hujung minggu. Gembira bila tiba penghujung tahun, banyak public holidays... namun bila di congak hanya beberapa jam sahaja lagi menjelang tahun bau Masihi dan bakal juga menyambut detik tahun baru Georgian. hmm. okay, quick entry seperti sepantas masa berlalu... sekadar coretan harian perjalanan.

Last wednesday adalah hari tanpa henti aktivitinya. Bermula dengan mesyuarat yang bermula seawal pagi dan tamat menjelang jam 3 petang. Itu adalah senario biasa mesyuarat Opening tender yang mana kdang tidak bisa di jangka masanya. Jika sampai malam maka semua ahli juga perlu pulang menjelang malam. hmm. Sesudah mesyuarat, menyiapkan apa yang patut sebelum meninggalkan ofis lebih awal dek kerna mahu terbang ke Negeri Di Bawah Bayu. Senario sebagai Sekretariat kadang kita tersepit juga.. benar pihak Sekretariat yang menentukan tarikh mesyuarat namun realitinya perlu juga mengambil kira kesesuaian masa ahli yang akan menghadirkan diri ke mesyuarat. Mudah sahaja...keutamaan saya mengadakan mesyuarat tetapi keutamaan ahli lain adalah rutin kerja mereka. Dan bila masa mesyuarat tender di tempat kedua, maka pihak Sekretariatlah yang akan menanggung semua kebarangkalian masalah yang mungkin timbul dek kerna pertukaran ahli di saat akhir, perubahan masa dan seumpamanya.

btw thanks to hubby Moose yang sudi menghantar wifey ke Airport. Dan enaknya sempat menghabiskan masa bersama sekurangnya layan makan2 sambil berbual sambil melihat permandangan alam sekitar yang masih hijau segar. Selepas hubby Moose hantar, wifey check in lebih awal...so bley la online sambil menghilangkan kepenatan setelah seharian berkeliaran di ofis. hehe.

sendirian sambil ditemani mr BTorch

menuju ke gate B

tyme to fly

sampai bandar Kota Kinabalu di tengah malam.... Zzzzz... sleep tight!!!

mulakan pagi dengan senyuman... ready to work!!!

breakfast di hotel dengan menu yang sama.. hehe

berjalan ke ofis yang hanya beberapa blok dari hotel

segar mata memandang

ruang jalan kaki yang dipenuhi pokok2 besar

Apartment yang bisa di sewa

Meeting seharian sampai ke petang... huhu.
Sebelum pulang dinner dengan miss Marvic

Air Asia kini juga perlu self-chek in. Memandangkan MAS penuh, maka memilih pulang dengan Air Asia. Perlu segera pulang kerna esok ada mesyuarat Central di HQ. huhu.

check in check out.. hehe

berat beg... masukkan kargo, meringankan bahu. hehe

tyme to fly.... argghhhh!!!! macam pasar malam jek di terminal nie.

safely arrived! Alhamdullillah.

Rindunya mahu bertemu dengan lil' Rayqal...
wait for aunty Cyana & uncle Chab ya.


* cerita Kerja *

hari bersama tren

Assalaam alaykom... sesekali bila badan dilanda keletihan, pasti tidur pilihannya. Rehat! Rehat! Rehat! Dan salah satu cara saya berehat iaitu menconteng cerita di blog. Enak bukan? Penat terus hilang... hmm. Terkadang rasanya rindu masa seperti dulu 'duduk dan klik', sampai hilang arah mana mahu diklik. Tetapi hari ini jika dapat klik baca berita itu sudah cukup indah kerna itu maksudnya saya mempunyai masa. Namun ada ketikanya rasa disakiti bila ada yang hanya tahu mengkritik... tetapi cuba anda pula ditempat saya, harus bagaimana jika saya perlu membuat membuat beberapa tugas dalam satu masa? hmm. Diringkaskan cerita lebih baik saya mempunyai kertas contengan dari saya tidak mempunyai nota. Owh... hari ini sedikit emosi, mungkin badan letih... banyak pula cerita itu dan ini semuanya mahu serentak. Sampaikan terkadang seakan rasa mahu BERHENTI dari melakukan apa2. Kerna itu juga maaf jika saya bersuara lantang bila cuba membela diri.. kerna saya tahu di mana kedudukan saya dan kerna saya tahu saya bekerja bukan hanya tahu bercakap kosong tanpa membuat apa2. Dan sekiranya anda bisa membuktikan anda lebih bagus...silakan! Jangan hanya menjatuhkan orang lain kerna anda itu hanya tahu mengeluarkan kata2. owh... mungkin saya dilihat senantiasa tersenyum, namun jangan sampai saya bersuara dan tidak lagi menghormati anda. Kerna bila mana saya bersuara itu akan keras bunyinya. hmm.

Realitinya tekanan kerja yang banyak lebih bagus dari menerima tekanan bekerja dengan individu bermoral rendah yang tidak bisa membantu meningkatkan produtiviti orang lain. SABAR!!! benar itu kuncinya. Mungkin dengan sabar itulah saya masih berdiri teguh di sini. Tetapi saya juga perlu memikirkan sama ada mahu mencari tapak baru agar kareer lebih berkembang dan dapat bersaing secara positif dan sihat.


Wednesday, November 23, 2011

* off to Bayu *

Assalaam alaykom, bersiaran seketika sementara menunggu masa perlepasan. Berehat sambil menghilangkan penat setelah seharian mengejar masa menyelesaikan mesyuarat Opening, esok perlu menghadiri mesyuarat di lokasi lain pula. Jangan hairan ya... kerna skop kerja Sekretariat adalah tinggi peratusannya duduk di bilik mesyuarat. mudah bukan? Cabaran hanya bila perlu mengaturkan mesyuarat yang puratanya 8 kali sebulan...itu angka untuk mesyuarat tender, belum lagi mesyuarat kelab atau mesyuarat tingkap. ahaks.

okay.. jom layan mood dress hitam setiap hari. hiks.


eh..eh... tiba tiba menjadi putih terleby... hiks. Itu hanya camera trick ya. and deeply thanks to hubby Moose yang sentiasa menjadi peneman setia. { nanti kita makan sama2 okay}. Make du'a for my lil' journey to Negeri di bawah Bayu... berpisah dengan insan terchenta 24 jam sahaja. inshaAllah.

Monday, November 21, 2011

* Congrats HARIMAU Malaya *

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!! Ngaum! Ngaum! Berjaya merangkul semula Pingat Emas setelah kali terakhir pada tahun 1977...tambahan info, iaitu Harimau Muda berjaya mengekalkan kejuaraan pingat emas dua tahun yang lalu.. Walaupun sebentar tadi ketika perlawanan berlangsung penuh-sepenuhnya stadium namun ketika detik sejarah tercipta buat negara Malaysia, kosong stadium ya. Pastinya penyokong yang kecewa dan rendah mindanya akan bertindak di luar batasan dan sudah pasti menunjukkan sikap mereka yang tidak tahu menghormati orang lain. Apa pun jangan anda terlalu emosional dan bertindak di luar kawalan. Walaupun tekanan dan pelbagai tohmahan yang melanda kepada pemain Malaysia, kesungguhan mereka bermain dengan profesional dan berjuang sehingga ke saat akhir itu adalah sangat dihargai. Itu bezanya mentaliti kita dan mereka. Sifat rakyat Malaysia yang berhemah tinggi adalah cermin keperibadiaan kita semua. Dan pastinya kita bangga pabila mendengar lagu Negaraku berkumandang di bumi Jakarta. TAHNIAH sekali lagi kepada pasukan Harimau Muda! {tak sia2 penyampai berita menyarung jersi bukan? hiks}

* KBM Badminton CFO's Trophy *

Date: 19th November 2011
Location: Pro One Badminton Centre, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Assalaam alaykom..seperti dirancang program yang lama dinantikan iaitu Kejohanan Badminton Piala Ketua Kewangan 2011 anjuran Kelab BERNAS Malaysia Cawangan Ibu Pejabat dengan kerjasama Unit Hubungan Kakitangan telah diadakan di Pro One Badminton Centre Wangsa Maju. Sebanyak 5 pasukan yang bertanding dalam 7 kategori bagi merebut Piala Pusingan CFO yang mana piala ini akan dijadikan piala tahunan selain medal individu kepada peserta. Menarik lagi program kali ini disertai oleh ahli2 dari tanah Selatan juga.

Seawal jam 6.45 pagi saya sudah bergerak ke tempat perlawanan, dan memandangkan kawasan itu agak jarang dikunjungi..maka hampir setengah jam berpusing2 mencari tempat program. huhu. Kesnya masa terhad membuatkan saya tidak sempat membuat persediaan rapi lebih awal. Bermula dengan berpusing2 mencari jalan, ditambah pula dengan ketiadaan sistem pembesar suara... Itu lebih sukar, hinggakan terpaksa mendapatkan pembesar suara dari ofis pada saat akhir {lebih mudah jika awal2 lagi tahu tiada pembesar suara... harapkan dewan sahaja besar. grr}. Dan pastinya tugas sebagai Program Koordinator adalah berat bila mana tidak mendapat kerjasama sepenuhnya {perinciannya biar saya yang simpan.. hmm}. Kerna itu kadang lebih suka membuat semuanya sendiri agar apa yang dirancang sekurangnya terlaksana dengan lebih baik dari mengharapkan yang lain dan hasilnya sedikit hampa. hmm. Namun saya tetap gembira program berlangsung dengan jaya.

Tahun ini nampaknya rezeki kepada pasukan kuning yang merangkul JOHAN dan meraih Piala CFO iaitu pasukan The Twenty9 Club, diikuti NAIB JOHAN pasukan merah, The Red dan KETIGA pasukan biru Al-Mudharib V. Gembira pabila melihat peserta dan pengadil yang penuh semangat menunggu sehingga petang walaupun program habis agak lewat. okay... jom layan sedikit gambo sepanjang program...

sesi pendaftaran

Piala CFO yang dipertandingkan

hadiah untuk johan, naib johan dan ketiga

pembukaan program

Bezanya tahun lepas sebagai emcee sahaja,
tahun ini menggalas tugas yang lebih mencabar. Alhamdullillah.

YDP KBM HQ, mr Marwan memberi kata2 aluan

program dirasmikan oleh CFO sendiri, mr Ahmad Tarmizi

cenderahati buat mr CFO

team Twenty9 Club

team The Red

team AL-Mudharib V

team The Green Hornet

AJK Program Badminton 2011

taklimat kepada pengadil

seriusnya wajah mrs coordinator... candid by mr OP

antara kategori yang dipertandingkan

bergu wanita

bergu campuran

bergu lelaki

penyokong yang memeriahkan program

selepas beraksi.. posing dulu.. hehe

oppss!! cedera perlu bertemu paramedik

pengadil dedikasi

mr OP in candid too

final game sebelum pulang

ketiga Al-Mudharib V

Naib Johan The Red

Johan The Twenty9 Club

bergambar beramai2 sebelum pulang

Alhamdullillah...syukur semuanya berjalan lancar. Dapat juga menganjurkan program Badminton yang mana saya kira program ini sedikit rumit dari segi pencaturan markah dan susunan perlawanan. Deeply thanks to ALL yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan program ini. Semoga bertemu lagi pada program yang akan datang. InshaALLAH.