Tuesday, October 18, 2011

* Radical *

Assalaam alaykom... sebelum tidur update cerita minggu lalu. Agak sibuk dengan kerja2 'slot in - URGENT' tetapi kepuasannya buat hati tersenyum bil berjaya menyiapkannya. Namun ada beberapa tugas yang masih belum selesai memandangkan masih menunggu feedback & response. Apa yang perlu buat jika statusnya High? atau Please reply ASAP? Adakah perlu tunggu satu minggu atau lima hari bekerja? Itu adalah beberapa etika yang saya sendiri kurang senang bila berkomunikasi dengan 'Malay' {bukan semua ya... mungkin segelintir sahaja}. erm.. bukan saya mahu menidakkan bangsa sendiri tetapi itulah kekerapan yang selalu berlaku. Bukan pula mahu menaikkan bangsa lain, tetapi kadang mereka lebih faham tentang kepentingan sesuatu perkara berbanding Malay yang kerap kali lebih banyak berlengah...lebih banyak berkata itu ini tanpa outputnya. Jika di Kuching, mungkin dapat berhubung terus dengan bangsa Melanau, Bidayuh, Iban selain India dan Cina yang popular di Tanah Semenanjung. eh, tersasar dari cerita. Tapi benar juga kadang bila terfikir disini-lah tempat meluahkan rasa... disini-lah tempat berceloteh..disini-lah tempat berkongsi cerita. Namun bila meluahkan pendapat, rasanya saya lebih radikal mungkin. ahaks!

owh.. last Friday juga separuh nyawa. Pagi sempat ke Kursus Pengenalan Industrial Relation a.k.a IR a.k.a pengenalan kepada Domestic Inquiry. Benar saya agak teruja mahu mendalami bidang ini namun katanya hati harus kering untuk mengendalikan kes IR. {owh..saya sedikit lembab mungkin... namun bisa menjadi kering bila berbicara tentang kerja.. hiks} Selain itu, teruja kerna dialog yang diguna semasa siasatan seperti bahasa peguamcara dan peguambela. {suatu masa dulu cita2 saya mahu menjadi peguam sebelum beralih ke doktor haiwan, seterusnya cita2 tinggal kenangan.. oppss!} Penat sungguh kerna terpaksa bekejar ke mesyuarat tender pula. Maka saya hanya sempat hadir separuh hari sahaja...namun Alhamdullillah dengan sedikit input ianya sudah cukup menggembirakan hati menerima ilmu IR.

Radikal bunyinya bila saya akan menjawab kepada sesuatu soalan... saya akan bertanya kepada sesuatu perkara atau akan argue untuk sesuatu yang mungkin saya anggap ianya benar. Seperti kata seorang sahabat 'owh Cyana taknak kalah bila berbicara' dan jawabnya 'benar!! jika saya rasa sesuatu itu benar, saya akan cuba pertahankannya. Bak kata bila berdiskusi tentang pendapat tiada yang benar tiada juga yang salah'. Yang penting kita harus berani bersuara. Dimana datangnya keberanian? Saya juga seperti anda mempunyai sifat penakut, namun saya cuba jaya atasinya dengan senyuman. ahaks!

nota yang sempat ditulis

mr Azmi sedang berdiskusi... segmen santai. Pernah mr Boss bertanya, jika diberi peluang unit manakah saya akan terajui? Jawab saya 8 bulan yang lalu... pertama ER kerna itu lebih sesuai dengan minat dan jiwa. Keduanya IR kerna saya tidak perlu bersaing dengan staff lain yang tidak mahu menyertai unit IR. hiks.

owh... mrs Cyana suka juga bergambo di waktu pagi dikala muka masih segar bugar

selain gambo di dalam lif, kereta dan ladies {bak kata missmarvic},
favourite saya adalah shoot gambo kasut sendiri. hehe

eh eh... nie kasut yang lain pulla... tapi kaki orang lain juga.

Alangkah indah ada kasut begini kan? Setelah otak penat berfikir, masanya untuk berangan bersama kasut dalam mimpi. hiks! Good nite!

No comments:

Post a Comment