Tuesday, October 11, 2011

* the PENDING story *

the moment!!!....AYAH & his CUCUs

Assalaam alaykom...so many pending story!!! Rindu benar mahu berceloteh di blog ini... kerna kekangan masa dan kekurangan capaian internet menyebabkan lama diam membisu. Hanya sempat klik pada mr BB dan membaca apa yang perlu. hmm. owh...Mana satu harus dicerita dulu ya? Mungkin perlu cerita mengikut tarikh lebih mudah atau mudah lagi bercerita mengikut citarasa? hehe.

hot topic?? budget 2012 sudah pasti. Tetapi saya bukanlah pakar ekonomi mahu membahas tentang budget. Yang lebih layak adalah OUR beloved AYAH... pakar ekonomi walaupun beliau mempunyai pendidikan toxicology.. hmm. Ingat lagi kata2 AYAH... Jika anak2 menyatakan 'sibuk', sebenarnya 'sibuk' lagi AYAH. Jadual AYAH tidak menentu...mungkin bermula seawal pagi sebelum subuh dan berakhir menjelang subuh juga. Walau sesibuk mana AYAH, pasti beliau akan mengadakan masa untuk kami sekeluarga. Pernah yang bertanya, jawab saya walaupun sebumbung dengan AYAH namun mod kekerapan bertemu beliau adalah pada awal pagi semasa saya melangkah keluar ke ofis. Jadi yang menghubungkan kami sudah tentu IBU terchenta dan juga rangkaian teknologi.

Ketika ini rasanya minda dalam mood sedikit tenang. Ingat lagi semalam rasanya checklist 'things to do' berjela panjangnya. Minggu ini pula penuh dengan aktiviti mesyuarat tender. Minggu mendatang juga bakal menghadiri mesyuarat yang akan membincangkan hal-hal berkaitan tender. Bak kata hubby Moose yang sedikit pelik mulanya kenapa hari2 wifey asyik dalam mesyuarat? Jawapannya kerna saya bertugas sebagai sekretariat menguruskan mesyuarat. Walaupun sebenarnya saya tidak perlu berada dalam mesyuarat tersebut, namun saya sendiri memilih untuk terus berada dalam bilik mesyuarat kerna sebagai 'sekretariat' a.k.a 'setiausaha', memang patut sedikit 'sibuk' mahu tahu perkembangan isu yang dibincangkan. ahaks! Benar kita perlu sayangkan tugas kita... kerna itu walau sesibuk mana saya harus terus mengukir senyuman.

owh.. teringat pula komentar di kaca televisyen... isu negeri lain, MP lain yang memberi komen. MENARIKnya?... stesen televisyen terkenal dan popular itu juga seperti tiada calon lain. Asyik berputar kepada MP yang sama. enough said!

More and more pending story comin' up NEXT! btw Pending tu salah satu nama tempat di Kuching!

3 comments:

  1. sibuknya awak. semoga kesihatan tetap terjaga.

    ReplyDelete
  2. Kak yan,
    tkde la sibuk mana sgt... tp dah hujung2 tahun nie biasa ler.. nk siapkan kerja2 tertunggak. :)

    ReplyDelete