Monday, October 31, 2011

* Cyana && Lens *

Assalaam alaykom brothers and sisters... rasanya sudah lama juga tidak bercerita tentang fotografi. Terasanya semakin lama semakin malas mahu mengendong beg melebihi 6 kg berat jika membawa mrD7 berekreasi. Maka kesudahannya saya lebih gemar membawa mr D7 bersama pasangannya Nikon AF Nikkor 50mm f/1.8 D a.k.a potrait lens. 50mm adalah lens kegemaran saya memandangkan sharpness, speed and of course the Bokeh. hehe.

Seingat saya pertama kali mencuba 50mm ketika merakam potrait lil' Nabihah yang ketika itu masih bayi lagi. Ketika itu juga 50mm digabungkan bersama my D60. Maka hasilnya agak mengecewakan memandangkan tak bisa auto-focus dengan baik. Kemudiannya terdetik rasa 'tak bestnya lens nie".. huhu. Tetapi pernahkah anda terjerumus dalam situasi mulanya 'tak suka', akhirnya yang tidak suka itulah menjadi best ever friend atau dalam kata mudah jatuh cinta bukan pandang pertama. ahaks!

Sama seperti apa yang berlaku kepada saya. Kini saya lebih menghargai 50mm. Jika ditanya ianya dalam kategori 'MUST have ITEM' ya! Pernah suatu ketika saya hanya membawa 50mm... dan dari ketika itulah makin cinta semakin sayang pada 50mm. owh.. jika dapat f1.4 or f1.2 mungkin bokehnya lebih nyummy.. hiks. Kini saya lebih banyak masa dengan 50mm dalam apa juga gambo kecuali gambo permandangan luas atau gambo group photo yang sama. Yang lain bisa sahaja memetik dari 50mm. Benar kata hubby Moose, lens memainkan peranan penting selain mata shooternya. hehe.

my dear 50mm f1.8.

Maka tidak hairan jika saya menyukai gambo seperti di atas.
Fokus pada 50mm and get bokeh! hehe

owh satu lagi faktorya, size 50mm seberat 155g... muat sahaja jika dimasukkan dalam beg. {sebab itu juga mrs Cyana perlu beg yang lebih besar.. hehe}.

ATAU wifey Cyana tidak serajin hubby Moose sekali outin' 5 lens...
saya cukup maksima 2 lens sahaja... one wide one potrait. hehe

Sunday, October 30, 2011

* bts KeRRR-rang *

Assalaam alaykom... sebelum ke cerita lain, baik bercerita tentang Pesta Sayap 2011 sebelum basi ceritanya. hehe. BTS Pesta Sayap seperti biasa by mrs Moose yang kurang kreatif merakam gambo permandangan seperti mr Moose yang rajin menangkap gambo burung2 terbang. Kerna itu mungkin pasangan saya seorang kidal yang otaknya lebih berjiwa seni. Tidak seperti wifey yang lurus berjalan tanpa belok2.. hehe.

Hubby Moose sangat teruja untuk merakamkan permandangan.. Jika mahu dipilih sepuluh, hampir sembilan gambonya menjadi idaman.. tetapi koleksi wifey makin berkurang. Pernah juga terfikir, jika ada yang bertanya mana satu gambo terbaik Cyana? opppsss!!! masih belum fikir kerna mahu mencari yang terbaik rasanya belum sampai ke tahap itu. hehe. owh.. program Pesta Sayap selama dua hari ini sangat sesuai untuk pencinta alam seperti Kenanga. hiks.

we're here at Taman Alam Kuala Selangor

mr Moose in style

aturcara program

peserta2 bersiap sedia untuk ke tempat lawatan

face painting


mr lurve in candid

owh..suka makan kerang? Kerang terkenal dengan penambah darah tetapi jika makan terlalu banyak ianya bisa mengundang mudarat kepada kesihatan. hmm.

ke jeti Sungai Buloh yang terkenal dengan hasil kerang

setenang mata memandang

menuju ke sampan...diiringi volunteer

peserta hanya dibekalkan life jacket

owh.. kakak gagah perkasa... JPAM yang bertugas

to get MORE tanned! ahaks!

ada yang memancing

takut juga naik sampan nie... sebab saya belum ke kelas berenang seperti Kantan.. hehe

sesi mencuci kerang

pakcik otai sedang mengasingkan kerang

sambil merokok sambil bekerja... hmm. Barulah saya tahu cara menangkap kerang dan di jeti inilah hasil laut seperti kerang di pasarkan.

yang penting... hubby Moose bergaya dengan Tshirtnya. hehe.
Gembira dapat meluangkan hujung minggu bersama insan terchenta.

Friday, October 28, 2011

* Pesta SAYAP *

Assalaam alaykom... cerita last weekend baru sempat mahu upload. huhu. Harap2 cerita minggu nie jangan sampai minggu depan. Bila terlampau lama tersimpan, terkadang lupa akan detailsnya. hehe. btw last Sunday, bersama hubby Moose ke Pesta Sayap di Taman Alam, Kuala Selangor. Program ini merupakan acara tahunan yang mana setiap tahun berlakunya migrasi burung2 yang singgah di kawasan ini. Tetapi memandangkan kami sampai lewat, seat untuk melihat burung sudah kehabisan... so kami berdua hanya sempat mengikuti Mangrove Sungai Buloh sahaja. Ceritanya menaiki bas dari Taman Alam menuju ke muara Sungai Buloh sebelum menaiki sampan. owh... dek kerna kemalasan mahu mengumpul gambo, oppss! Soo? terpaksa layan gambo2 dari koleksi si peminat tegar burung.. hehe
cute monkey at Taman Alam Kuala Selangor.

then kami menaiki sampan melayari muara Sungai Buloh. Semua pelancong menaiki sampan nelayan... tanpa bumbung okay! hehe.
sambil melayari muara, terdapat juga burung2
banyak spesis burung jika dikaji.. hmm.

burung yang mahu pulang ke sarang
nampak burung yang sudah mati? tersangkut di pokok

menuju ke tengah laut di tengah panas mentari...
dapat menyaksikan cara2 menangkap kerang. Agak susah sebenarnya, berpusing2 sampan... kalau tak tahan mabuk bisa pitam

that's me wearing life jacket!!

wanita nelayan tegar mencari rezeki di tengah laut
hasil tangkapan ikan 'Malong'... hmmm
demonstrasi mencuci kerang yang baru naik dari laut... mencuci menggunakan mesin

stylo pic!!! si penjual kerang
semua pelancong diberi sebungkus beg kerang sebagai cenderahati sebelum pulang.
Seronok juga pertama kali dapat tengok cara menankap kerang. hehe

last but not least... the best piece by hubby Moose menggambarkan nelayan Sungai Buloh yang terkenal dengan makanan laut. thumbs up!

Wednesday, October 26, 2011

* eksistensi WARNA *

Assalaam alaykom sisters and brothers.. tahukah kamu warna busana yang dipilih dan dipakai itu memberi erti tersendiri. Tanpa warna dunia terasa kurang seri dan tiada dinamiknya. Apa sahaja warna yang disarung, apa sahaja perasaan dan imaginasi dapat dilontarkan melalui warna. Ironinya warna mempengaruhi suasana hati. hmm... Benar kata sebenarnya warna bisa mempengaruhi emosi kita. Mahu rasa seksi dan berani? Pakailah warna merah.. Jika mahu keyakinan diri, sarunglah warna kuning. Atau jika mahu berasa santai dan tenang.. pakailah warna ungu. Kata kaji selidik, warna yang selalu kita pakai juga bisa menunjukkan siapa diri kita. Tanpa sedar, warna2 itu juga adalah penunjuk keperibadian kita.. hmm. Mari berkongsi bersama rahsia dan ketahui makna warna yang paling kamu senangi...

owh.. peringatan awal,
model segmen warna adalah sekadar hiasan.. ahaks! Enjoys!

MERAH
Seorang yang impulsif (mengikut gerak hati), kuat semangat, energetik dan bercita-cita tinggi.
--sinomin dengan mrs murni.

MERAH JAMBU
Ghairah cinta, simpati, kelembutan bicara, kemanisan dan keindahan.
--sinomin dengan mrs HSM.

KUNING
Aktif, hidup mesti selamba, berterus-terang dan bijak berkomunikasi.

HIJAU
Sentiasa berhati2, suka menolong, sensitif dan berpendirian teguh.
--sinomin dengan mr Moose.

BIRU MUDA
Kreatif, punya ketajaman fikiran, penuh imaginasi dan berfikiran terbuka.
--erm.. mungkin sinomin dengan miss Kemboja.

BIRU TUA
Cergas, bertanggungjawab dan seorang pengambil keputusan yang baik.
--erm.. mungkin sinomin dengan Kakcik Seroja and Kenanga.

UNGU
Peka, mementingkan disiplin diri dan selalu inginkan yang terbaik.
--sinomin dengan miss Kantan.

COKLAT
Jujur, low profile, seorang yang tenang dan tidak banyak masalah.

PUTIH
Mahukan perhatian. Suka kedamaian. Perfectionist, seorang pecinta seni.
--sinomin dengan mrs Yan. hehe.

HITAM
Punya kemampuan diri yang kuat, berfikiran terbuka dan egoistik.
--sinomin dengan Dato' LF and mrs Cyana.. oppss!!

Sekadar perkongsian bersama..
entah benar atau tidak, hanya empunya badan yang bisa mengadilinya. Chill!

* get well lil' WHITEY *

Assalaam alaykom... first and foremost,HAPPY DEEPAVALI to ALL INDIANS. Pastinya rakan2 yang menyambut pesta cahaya ini sedang sibuk melayan tetamu yang datang berkunjung ke kediaman masing2. owh.. cuti umum Deepavali bagi Tanah Semenanjung, pastinya ramai juga yang tidak melepaskan peluang meluangkan masa dengan keluarga. Indah rasanya jika setiap minggu hanya bekerja 4 hari sahaja. hiks.

pesta cahaya yang dimeriahkan dengan kolum cantik menghiasi kediaman.

Alhamdullillah, lil' WHITEY telah selamat melalui pembedahan membuang hernia. Kata doktor, Whitey kena banyak berehat, makan ubat dan makan frieskies juga tidak boleh terlalu banyak. btw thanks to IBU yang bertungkus lumus menghantar Whitey ke klinik. Tetapi kucing mana bisa duduk diam, nak beritahu sakit pun tak bisa... hmm. Cuma kelihatan Whitey lebih manja...

argh...scary!!! jahitan di perut Whitey akan dibuang lagi 2 minggu

look at her!!!... manja dengan kakak... hehe

hubby Moose with Whitey

Get well soon lil' Whitey!!! Sementara nie, whitey kena duduk dalam sangkar supaya tidak banyak bergerak. Selalunya Whitey adalah peneman sembang dikala saya memasak di dapur. hiks.