Tuesday, February 21, 2017

* Emir's 2nd Birthday | Shah Alam *

Date: 11th February 2017
Location: Fifties Cafe, Temasya Glenmarie Shah Alam



Assalaam alaykom... Alhamdullillah HiTea 2nd Birthday lil' Emir telah berjalan sempurna dengan kehadiran ahli keluarga the Wayfarers dan beberapa kenalan terdekat di Fifties Cafe Temasya Glenmarie, Shah Alam. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerna tidak bisa menjemput ramai kenalan kerna jemputan adalah terhad dan diadakan secara kecilan namun Alhamdullilah meriah dengan ketawa riang anak-anak dan juga pasti sesi bergambo yang lebih meriah dirakam oleh hubby Moose dan juga brother Nurifin a.k.a Papa Danish.

Majlis kali ini lebih ceria kerna lil' Emir sudah pandai menyanyi dan gembira melihat percikan bunga api dari kek Elmo-nya. okay terus bercerita bergambo ya dan semoga coretan ini merakam kenangan buat semua terutamanya lil' Emir.

the e-card

tetamu pertama yang sampai ke cafe

Jiddy and Jiddah

lil' Emir excited terus membuka hadiah pemberian Jiddy & Jiddah

suasana cafe.. love it!

my lil' familia

kiddo... lil' Uzayr,  lil' Uwais and lil' Umayra

the cake setup

lil' Emir lebih excited meniup trompet

the cake cuttin'

bunga api lilin yang menghiburkan tetamu

woww!!!

a kiss from Jiddah

my lil' Boov! love you!

sesi menggodam kek

lil' Emir and lil' Sumayya

"oh nooo... she wants more cake" hehe

my happy familia

Umy yang paling gembira...eh paling sibuk

the Wayfarers

catch him!

my youngest brother in law

my buddies miss Amilia and mr Ganesh 

mr Zizo a.k.a Kenanga turut hadir mewakili GGO

balloons tyme!!!

pose bersama the Best Dress winner!!!
 the Best King, Best Queen, Best Princess and Best Prince 

birthday boy turut mahu berebut hadiah dari lil' Darwish

mrs Julia and family sedondon merah

lil' Emir and miss Dila a.k.a Tidil

my ladies in red

mrs Tika and mrs Tiz

tetamu menikmati makanan

candid ELMO tyme!

playin' tyme

readin' tyme

thanks for the presents

sesi bergambo

the commercial pose for magazine

happy mrs Tika menang Best Queen!

sesi memotong kek bersama aunties GengPS

pose for cameraman!

posin' tyme!
{kekurangan seorang iaitu mrs Timy yang tidak dapat hadir}

happy US!

pose with GengPS sebelum pulang

my happy family

mrs Cyana with Maksu and sista Iman

bergambo kenangan bersama keluarga

pose with abang, kakak dan adik ipar

pose lagi selagi belum pulang

last but not least... bergambo kenangan di hadapan luar cafe

 Syukran YA ALLAH!!!

Thanks to ALL yang hadir meraikan lil' Emir dan memeriahkan majlis. Maaf atas sebarang kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis sambutan hari lahir anakanda. Jika ada keizinan dapat kita berkumpul lagi InshaALLAH. Doakan lil' Emir diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh serta berbakti kepada keluarga, nusa dan bangsa. Ameen.

* Emir's 2nd Birthday | Taska Ijtihad *

Assalam alaykom... masih lagi kisah cerita sambutan ulang tahun kelahiran lil' Emir yang diadakan secara ringkas di taska penjagaannya. Kisahnya lil' Emir telah mula ke taska sejak Februari 2017 yang mana kami terpaksa menukar pengasuh memandangkan babysister lil' Emir a.k.a MAMAYUS tidak bisa menjaganya lagi kerna perlu menguruskan jadual anak-anak sekolah. InshaALLAH jika diberi keizinan saya akan bercerita tentang pengalaman lil' Emir bersama MAMAYUS. Ketika keputusan diambil untuk menghantar Emir ke taska, kami juga membuat kaji selidik dan dengan harapan Emir dapat menyesuaikan diri berada di taska kerna selama ini beliau hanya dijaga oleh babysister atau Aby Moose sahaja. 

Sepatutnya sambutan kelahiran dibuat pada tanggal hari lahirnya namun dek kerna lil' Emir bercuti maka kami menyambutnya pada petang Jumaat sebelum waktu pulang. Ketika majlisnya, lil' Emir masih lagi belum bisa menyesuaikan diri sepenuhnya dan akan mudah menangis. Namun dari pengamatan saya selama beberapa hari di Taska Ijtihad, keadaannya di situ lebih mengikut disiplin contohnya waktu makan dan bermain mengikut jadual. Alhamdullillah. 

Okay... dek kerna Umy bekerja, maka saya hanya sempat menyediakan kek, nuggets, fries dan sedikit goodies untuk rakan-rakan lil' Emir. Goodies pastinya hasil tangan sendiri.. smiley me! 

chocolate cake for lil' Emir

sesi meniup lilin yang sedikit syahdu kerna baru lepas menangis 
{terharu nampak Aby mungkin}

lil' celebration for lil' Emir

look at them... semuanya sopan duduk menikmati makanan

Jiddah, lil' Yumna and lil' Sumayya turut hadir meraikan lil' Emir

beratur untuk goodies

sesi penyampaian goodies oleh besday boy

so sweet!

comel sangat sebab semua beratur dan menurut kata

last but not least... lil' Emir and his friends

* Emir's 2nd Birthday | Penang *

Date: 3rd to 6th February 2016
Location: Penang, Malaysia

Assalaam alaykom.... It's February! bulan kelahiran lil' Emir dan maksudnya Umy akan sedikit sibuk dari biasa kerna mahu menyambut ulang tahun kedua anakanda yang mana juga tahun depan kami sekeluarga bakal menerima seorang lagi ahli baru...awal tahun ini kami masih lagi bertiga. Agak lama tidak pulang ke kampung halaman dan kesempatan minggu ini kami pulang lebih lama dan juga turut menyambut ulang tahun lil' Emir bersama keluarga di Utara. 

owh.. perjalanan ke Penang mengambil masa selama lima jam dengan menaiki bas Aeroline yang mana pastinya selesa dengan layanan stewardess dan bisa movie maraton sepanjang perjalanan. Seperti biasa juga apabila di Penang, pasti tidak bisa berkata 'TIDAK' kepada makanan. ahaks! Diringkaskan cerita kerna masih banyak entry yang mendatang dan terpaksa bercerita lebih dengan gambo sahaja. 

early birthday celebration for lil' Emir

 thanks Jiddah yang menghantar kami ke stesen bas

 movie maraton hero berdua 

 owh.. magnum di kedai Joe cafe

 maka lil' Emir asyik makan aiskrim percuma.. thanks uncle Jojo

 lawatan wajib ke Pet Shop

 sunday morning di Astaka Desa Mayang

 menu sarapan pagi yang pelbagai rasa

 bihun kuah dari kedai favourite saya sejak dari umur 16 tahun

 lil' Emir and Popoh

 short vacation at Golden Sands Resort Penang

 lovely scenery

 indoor playhouse untuk anak-anak

 early birthday celebration

lil' Emir excited bila sudah pandai menyanyi

 lil' Emir with gege Aiman and gege Rayqal

lil' Minions for my lil' Emir

pantai Batu Ferringhi

 pool tyme!

 catch my Boov!

Happy Moment!!!
menariknya di hotel ini terdapat banyak jenis pool

 tyme to go home
 lil' Boov yang kepenatan

pregnancy masterpiece at Golden Sands

 layan ABC Joe Cafe sebelum pulang

 aiskrim lagi!!!

lil' Emir dibuai mimpi sepanjang perjalanan pulang ke Shah Alam

End Story! 




* Sweet 2nd Birthday | Emir Al Qays *

         


Happy 2nd Birthday to Emir Al Qays bin Mus'ab Al Khair!!!!

Assalam alaykom... Sweet 2nd Birthday to my lil' Emir!!!! Lama benar menyepi sehingga terasa seakan tidak bisa wujud lagi di dunia blog. Semoga tulisan ini bukan yang terakhir dan semoga saya bisa kembali aktif berbicara meluah rasa dan aktif semula untuk merakam gambar dan cerita. Benar kelu lidah seakan kelu jari mahu menaip apa. Namun demi merakamkan detik indah anakanda agar ianya lil' Emir bisa menonton kenangan pembesarannya, Umy gagahkan diri mencari sumber dan meluang masa untuk berbicara. 

Pantas benar masa berlalu pabila sedar anakanda sudah menjangkau usia dua tahun dan akan menerima adinda tidak lama lagi. InshaALLAH. Dalam kekangan waktu dan kelesuan diri saya mahu juga menyimpan cerita perkembangan dan peristiwa indah anakanda Emir yang ketika ini petah berbicara memanggil nama setiap orang yang dikenalinya dan mampu memberi tindakbalas dengan segera malah bisa berlari satu padang yang mana Umy yang sarat berbadan dua perlu juga mengejarnya. hmm. Entry seterusnya penuh dengan cerita lil' Emir semestinya. Stay tuned for more stories.