Friday, November 3, 2023

* Kejohanan Bowling KBM Wilayah Tengah *

Date: 27.08.23 

Venue: Wangsa Bowl, Kuala Lumpur

Assalaam alaykom... back to the bowling lanes! Setelah bertahun-tahun lamanya saya tidak mem-bowling dek kerna setiap kali tournament saya berbadan dua dan hanya hadir sebagai pemerhati. Bayangkan sebentar sahaja anak sulung sudah menjangkau 8 tahun dan agaknya berapa lamakah saya tidak turun mem-bowling. hiks. Cerita kali ini agar tidak luput kenangan, jom ikuti sedutan Bowling Tournament yang mulanya saya hanya setuju turun sebagai emcee namun akhirnya rezeki untuk saya mem-bowling meskipun penat walau hanya tiga games sahaja. 

Kejohanan Boling KBM Wilayah Tengah diadakan setelah tertangguh sebelum musim PKP. Seingat saya ketika itu hampir memasuki musim Covid-19, saya berada di wad menemani lil' Elhan. Seusai masuk ke ofis, kami dikehendaki kuarantin kerna terdapat kes positif dan seterusnya semua program dibatalkan. 

Akhirnya Kejohanan Boling KBM Wilayah Tengah berlangsung di Wangsa Bowl membariskan pemain KBM Wilayah Tengah dan KBM Selangor. Gembira saya secara peribadi kerna terdapat penyertaan dari pemain KBB Kuala Rompin dan juga Gudang JASA, Port Klang. Program dirasmikan oleh Presiden KBM, Encik Abdul Rahman Nasri dan turut dihadiri oleh Ketua Kumpulan Bahagian Sumber Manusia, Puan Norbaya. 

Saya bertugas sebagai emcee dan juga pemain yang berjaya merangkul tempat keempat kategori wanita. Ketika itu terasa seakan tidak percaya! Saya hadir hanya untuk menyokong program namun masih lagi punya rezeki membawa pulang pingat dan juga hadiah cabutan bertuah. TQ KBM!

pose sebelum masuk ke Wangsa Bowl

mrs Emcee menyarung kasut baru memandangkan kasut lama terlalu uzur dan telah mereput di dalam beg. ahaks!

Pembukaan program 

bacaan doa oleh Ustaz Faroque

antara pingat yang dpertandingkan

tema pakaian adalah kargo pants idea mrs Julia.. maka semua gigih menyarung kargo pants 

ladies yang gigih ke Aeon Mall mencari kargo pants


sesi pendaftaran

Ucapan oleh Presiden KBM

ucapan oleh Ketua Kumpulan HR

perasmian gimik balingan oleh Presiden KBM

Alhamdullillah... mrs Cyana memenangi hadiah tempat keempat 

GengPS bergambar dengan Group Head HR

sahabat yang masih gigih mem-bowling

Tahniah kepada mrs Julia yang menyandang Juara Bowling


pose wajib!

TQ to mr Faezal, Biro Sukan & Rekreasi yang menjemput saya dan akhirnya terjerumus untuk kembali mem-bowling

mrs Cyana in action!

pose with UCMD Team

my lovely GengPS

peace!

Gambar Kenangan Kejohanan Bowling KBM Wilayah Tengah

back to my kiddo yang dijaga sementara di rumah Jiddah mereka. 
Singgah sebentar untuk mengisi perut yang baharu terasa lapar

my favourite Pasembur & cendol di gerai tepian Petronas Cyberjaya

Tahniah to all KBMWT Bowlers!

No comments:

Post a Comment